BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagi rakyat Malaysia ditahan bawa dadah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Tiga rakyat Malaysia ditahan bawa 87kg syabu bernilai RM4.3 juta di Hat Yai

Sharifah Mahsinah Abdullah

Kota Bharu: Tiga rakyat Malaysia yang menaiki kereta api dari Bangkok ke Hat Yai ditahan polis Thailand selepas 87 kilogram (kg) syabu bernilai kira-kira RM4.3 juta ditemui disembunyikan dalam bagasi mereka hari ini.

Jurucakap polis Thailand berkata, ketiga-tiga suspek ditahan di Stesen Hat Yai dalam satu operasi bersama membabitkan unit pencegahan narkotik Polis Hat Yai, pasukan polis keretapi, polis pelancong dan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Wilayah 9.

Menurut jurucakap itu, suspek dalam perjalanan dari Bangkok ke Hat Yai sebelum mereka dipintas dan diperiksa polis.

"Anggota menemukan dadah methamphetamine kristal (syabu) disembunyikan dalam tiga beg pakaian beroda dan tiga beg galas," katanya.

Beliau berkata, dadah dipercayai untuk dihantar kepada satu sindiket pengedaran dadah di Malaysia.

"Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek ditawarkan RM8,000 seorang sebagai upah untuk membawa dadah ke destinasi ditetapkan.

"Siasatan sedang dipergiatkan bagi mengenal pasti dalang dan rakan subahat dalam sindiket pengedaran dadah rentas sempadan ini, sama ada di Thailand mahupun di luar negara," katanya.

Ketiga-tiga suspek kini disiasat mengikut undang-undang dadah Thailand.


Artikel Berita Harian
 

14286486258149861-415568.jpg

14286486258149861-415569.jpg

14286486258149861-415570.jpg

14286486258149861-415571.jpg

14286486258149861-415572.jpg

14286486258149861-415573.jpg

14286486258149861-415574.jpg
 

Lagi rakyat Malaysia ditahan bawa dadah​

3605180.webp

Pihak berkuasa menganggarkan nilai pasaran narkotik yang dirampas itu sekitar 2.79 bilion rupiah (RM634,000). - Foto Agensi

JAKARTA - Seorang lagi rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas menemui hampir satu kilogram syabu dan lebih 1,000 pil ekstasi yang disembunyikan di bawah korset dipakainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Sidoarjo.

Menurut pihak berkuasa pada Isnin, suspek berusia 22 tahun yang dikenal pasti sebagai DI diberkas di Terminal 2 selepas tiba dengan penerbangan Batik Air OD 352 dari Kuala Lumpur ke Surabaya.

Pegawai pemeriksaan menemui empat bungkusan mengandungi 990 gram syabu dan empat bungkusan berisi 1,089 pil ekstasi di bawah korset yang dililit pada tubuh suspek.

Siasatan awal mendapati DI bersetuju menjadi keldai dadah untuk sindiket antarabangsa kerana berdepan masalah kewangan dan dibelenggu hutang.

Pihak berkuasa menganggarkan nilai pasaran narkotik yang dirampas itu sekitar 2.79 bilion rupiah (RM634,000).

Rampasan tersebut berpotensi menghalang dadah berkenaan daripada sampai kepada kira-kira 6,584 pengguna.

DI bersama bahan bukti dadah telah diserahkan kepada penyiasat Polis Perbandaran Sidoarjo untuk tindakan undang-undang lanjut dan membantu siasatan bagi membongkar rangkaian lebih besar yang dipercayai terlibat dalam kegiatan sindiket dadah antarabangsa.

Jika disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara lima hingga 20 tahun, penjara seumur hidup atau hukuman mati.

Dalam pada itu, di SONGKHLA, tiga lelaki warga Malaysia ditahan di Stesen Kereta Api Hat Yai pada 31 Julai selepas disyaki cuba menyeludup 87 kilogram syabu (methamphetamine) yang disembunyikan dalam tiga beg bagasi dan tiga beg galas.

Pengarah Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) Wilayah 9, Ratchapon Palakul berkata, penahanan dilakukan oleh unit 'Tawan Hat Yai' dengan kerjasama Polis Kereta Api, Bahagian Pencegahan Jenayah (CSD), Bahagian Antipemerdagangan Manusia (ATPD), Polis Pelancong, Biro Pencegahan Narkotik (NSB) dan ONCB Wilayah 9.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek menaiki kereta api dari Bangkok ke Hat Yai sebelum ditahan sebaik tiba di stesen kereta api itu.

"Siasatan awal mendapati seorang daripada suspek mengaku mereka diupah oleh satu sindiket untuk menyeludup syabu atau 'ice' ke Malaysia, dengan setiap seorang dijanjikan upah sebanyak RM8,000," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Ratchapon berkata, ketiga-tiga suspek didakwa atas pertuduhan bersama memiliki dan mengedar narkotik Kategori 1 bagi tujuan pengedaran yang boleh membawa hukuman penjara hingga 15 tahun dan denda tidak melebihi 1.5 juta baht (lebih kurang RM183,000), jika disabit.

Katanya, siasatan sedang dipergiat untuk mengenal pasti dalang dan individu subahat lain dalam sindiket pengedaran dadah rentas sempadan berkenaan.

 
RM8k je...

tak berbaloi ..baik jual diri sendiri je
 
Back
Top
Log in Register