BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lagi kes mabuk

1606917462861.png

info detail ....
1606917481963.png

1606917504270.png
 
Nanti ada peguam cakap peratusan kematian akibat mabuk masih rendah. Jadi biar la naik tinggi baru la ketatkan penguatkuasaan dan pinda akta. Emm Allah bagi akal supaya berfikir ke arah kebaikan..semoga Allah lindungi kita dari kemaksiatan.
 
Haritu ada pejuang melayu yang protes bila penjualan arak nak diharamkan dari kedai runcit.
Den harap suatu hari nanti pejuang tu akan menerima nasib yang sama di tangan pemandu mabuk.
 
mcm final destination.. elok je motor tu bawak slow kat kiri.. tau2 kena hentam.. tu lah risiko berada di jalan raya. kita berhati2. orang lain pula yang hantam.. semoga kita semua dilindungi.
 
adui tu seram kalu naik basikal mlm2 ni kita elok je bwk moto kt tepi jln tp org lain plak dtg hentam dr belakang..harap berhati2 la yg bwk moto lg2 bdak2 grab panda pe smua tu..buat keje sampai mlm bahaya agak lebih
 
Pemandu terlelap, ragut nyawa penunggang motosikal
WhatsApp-Image-2020-12-02-at-3.24.34-PM.jpeg
ZHAFARI maut dilanggar sebuah kereta jenis Honda Civic.
PETALING JAYA – Seorang pekerja syarikat penghantaran maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban hala ke Plaza Tol Sungai Besi hari ini.

Difahamkan, penyelia sebuah kelab di Puchong itu yang memandu kereta jenis Honda Civic itu terlelap ketika memandu hingga terlanggar mangsa.

Kejadian pukul 12.10 tengah malam itu mengakibatkan, Zhafari Bukhori, 34, dari Taman Desa, Serdang, Selangor meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, hasil siasatan mendapati penyelia tersebut dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seri Kembangan.

Katanya, ketika melalui laluan selekoh di situ, pemandu kereta yang bergerak di lorong ketiga terlelap kerana keletihan sebelum melanggar motosikal jenis Honda EX-5 yang ditunggang mangsa.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terseret kira-kira 1 meter.

“Mangsa mengalami kecederaan parah pada kaki dan pinggang itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, pemandu kereta terbabit dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi menjalani ujian EBA untuk mengesahkan kandungan alkohol, namun bacaannya didapati negatif.

“Pemandu terbabit ditahan direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan dan kes siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Orang awam atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor A. Vishnuhindran bagi menyalurkan maklumat. – K! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register