eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
Bilik Jentera Kapal Korek Terbakar Di Perairan Pulau Pisang
BATU PAHAT, 2 Nov (Bernama) -- Bilik jentera utama sebuah kapal korek pasir "SMLT Antigoon" yang berdaftar di Marseilles, terbakar ketika kapal yang sedang dalam perjalanan dari Singapura ke India itu berada 8.8 batu nautika Barat Pulau Pisang semalam.
Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Johor Baharu Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan Komander Abdul Razak Johan berkata kejadian berlaku pada pukul 6.40 petang dan kesemua 21 anak kapal itu selamat.
"Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Baharu menerima maklumat tentang kebakaran itu daripada Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Malaysia (MRCC) Putrajaya pada 7.13 petang," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.
Sejurus menerima maklumat itu, APMM Wilayah Selatan mengerah tiga buah bot laju dan sebuah kapal perondanya ke lokasi kejadian kebakaran kapal itu, katanya.
Abdul Razak berkata usaha APMM Wilayah Selatan itu turut dibantu oleh aset daripada agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Laut dan Pasukan Gerakan Marin.
Anak kapal "SMLT Antigoon" itu terdiri daripada rakyat Perancis, Denmark, Belgium, Belanda, Filipina dan Myanmar.
"Aset APMM tiba di lokasi kejadian pada 8.10 malam dan memaklumkan terdapat api dan asap tebal keluar dari Bilik Jentera Utama kapal itu, namun kebakaran terkawal satu jam kemudian dan dipadamkan sendiri oleh krew kapal korek itu," katanya.
Sebagai langkah pencegahan dan keselamatan katanya, Jabatan Laut menghantar sebuah kapal melawan kebakaran, Layar 6 sambil dibantu MV Shaula 1 untuk melakukan usaha penyejukkan dengan pancutan air.
Kebakaran kapal dapat dikawal sepenuhnya pada 3 pagi tadi, kata Abdul Razak.
Beliau berkata "SMLT Antigoon" telah ditarik ke perairan Pulau Pisang bagi mengelakkan ia menjadi gangguan kepada laluan kapal dagang dan bagi memudahkan kerja menyiasat punca kebakaran.
Pihak berkuasa kini membuat pemeriksaan untuk memastikan kapal itu selamat sepenuhnya sebelum mereka boleh memulakan siasatan untuk mengenalpasti punca kebakaran, katanya.
-- BERNAMA