lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
Lagenda ‘Budak-budak Bermata Hitam’ #1: Bang, Tumpangkan Kami Balik Rumah Jap (Texas, AS)
Brian Bethel ialah seorang wartawan yang bekerja dengan surat khabar Abilene Reporter-News di Abilene, Texas. Dia bukan orang sembarangan yang suka buat cerita rekaan, dia adalah seorang wartawan beretika dan profesional.
Kisah dia berlaku pada suatu malam di musim luruh tahun 1996 (ada sumber kata 1998, tapi 1996 adalah tarikh asal dia pos cerita ni di sebuah forum paranormal Usenet).
Kronologi Kejadian (Kisah Benar Brian Bethel)
Malam kejadian tu, Brian tengah parkir kereta kat depan sebuah panggung wayang di Abilene, Texas. Dia tengah duduk dalam kereta, nak tulis cek (zaman orang bayar bil pakai cek lagi) di bawah cahaya lampu dalam kereta yang malap. Suasana sunyi sepi sebab dah tengah malam, hanya bunyi nafas dia je kedengaran.
Tiba-tiba, ada ketukan perlahan kat tingkap kereta dia: ‘TOK. TOK. TOK.’
Brian menoleh ke arah tingkap. Ada dua orang budak lelaki yang masing-masing berumur dalam lingkungan 10 ke 14 tahun, berdiri kat luar. Diorang pakai hoodie dan menundukkan kepala. Brian turunkan cermin sikit (dia kata ini kesilapan terbesar dia).
- Permintaan Yang Pelik:
Budak yang besar tu cakap diorang nak tengok wayang (cerita ‘Mortal Kombat’ tengah main masa tu), tapi kononnya diorang tertinggal duit kat rumah. Dia minta Brian tumpangkan diorang balik rumah sekejap untuk ambik duit.
2. Perasaan "Primal Fear":
Brian kata, sebaik saja dia tengok budak tu, dia rasa satu ketakutan yang dia tak pernah rasa seumur hidupnya. Jantung dia berdegup kencang bukan sebab budak tu nampak jahat, tapi sebab dia rasa tak sedap hati dan macam ada benda yang tak kena je dengan budak berdua tu.
3. Mata Hitam Pekat:
Budak yang kecil tu pulak bersuara: "Encik, kami cuma perlu masuk sekejap je. Kami tak boleh buat ni tanpa kebenaran encik. Bagi kami masuk."
Masa budak-budak tu terus memujuk, diorang angkat kepala sikit lalu lampu jalan menyuluh tepat ke muka diorang. Brian akhirnya dapat tengok muka budak-budak tu dan dia hampir menjerit. Saat itulah dia nampak mata budak tu hitam sepenuhnya. Tak ada putih, tak ada anak mata. Macam dua lubang gelap yang dalam.
4. Peraturan Jemputan: Budak yang besar tu pulak tau Brian dah perasan dan takut. Suara dia berubah jadi
kasar dan memaksa:
"Come on, mister. We can't come in unless you tell us it's okay. Let us in!"
Brian yang dah menggigil terus hidupkan enjin kereta, masukkan gear, tekan minyak dan pecut dari situ. Dia sempat tengok cermin pandang belakang, dan dalam sekelip mata budak-budak tu dah ghaib, padahal kawasan tu padang luas, mustahil boleh lari secepat tu.
Kenapa Kisah Brian Bethel Ni Jadi Tumpuan?
(BEK = Black-Eyed Kids)
- Pencetus Fenomena: Selepas Brian kongsi cerita ni kat forum Usenet, beratus-ratus orang lain dari serata dunia mula tampil dan cakap, "Eh, aku pun pernah kena macam ni!"
- The Invitation Rule: Ini fakta paling penting. Macam cerita vampire/dracula/strigoi, BEK perlukan kebenaran tuan rumah/kenderaan untuk melintasi ambang pintu (threshold). Selagi mangsa tak cakap "Ya" atau "Masuklah", diorang tak boleh sentuh mangsa secara fizikal.
- Reputasi Brian: Sampai sekarang, Brian Bethel tetap dengan pendirian dia bahawa kejadian tu benar-benar berlaku. Dia tak pernah tarik balik kenyataan dia walaupun ramai orang skeptikal.
- Bukan Hantu Biasa: Di sana, BEK dianggap sebagai entiti paranormal yang unik. Diorang bukan mayat hidup, tapi lebih kepada interdimensional beings atau iblis yang menyamar.
- Teknik Pujuk Rayu/Pukau: Mangsa selalunya melaporkan rasa "terpukau" atau rasa kasihan yang sangat kuat sebelum perasaan tu bertukar jadi ketakutan yang melampau (primal fear).
- Teknologi: Laporan moden kata BEK sekarang guna alasan "nak tumpang cas telefon" atau "nak tumpang Wi-Fi" untuk pancing orang muda.
Brian pernah cakap dalam satu interview:
"I didn't want to become the Black-Eyed Kid guy. I just wanted to share something that scared the hell out of me."
Yang menariknya, selepas kisah dia viral, ramai pengkaji paranormal percaya BEK ni sebenarnya bukan hantu, tapi entiti vampiric atau interdimensional beings yang perlukan "kontrak lisan" (jemputan) untuk bertindak.
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-
Last edited: