BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,301.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Labur RM10,000 dapat return RM83,421 ! (lihat post #13)

Dah ada i Akaun? Point #4 tak ramai yang tahu!
======

Bagi tuan puan yang ada mencarum di EPF, tuan puan sudah ada i Akaun?

Banyak info yang tuan puan boleh dapat dari sini, antaranya:

+ Periksa baki akaun 1 dan 2
+ Senarai borang untuk dimuat turun bagi pengeluaran akaun 2
+ Mengemaskini butir penama
+ Melihat senarai dana unit amanah yang boleh dilaburkan melalui EPF (seperti yang dibulatkan di dalam gambar)
.
.
 
Last edited:
Unit trust bukan untuk orang-orang...

+ Yang cepat gelabah, setiap hari nak tengok duit dia dah naik banyak mana. Bila turun sikit je dia rasa macam nak pitam, nak terberak dan segala.

+ Yang nak untung 100% dalam masa setahun. Semua dia nak cepat untung. Kau ingat ini skim cepat kaya?

+ Yang terpaksa korek tabung sampaikan tiada simpanan hanya untuk melabur unit trust. Unit trust bukan memaksa anda merisikokan semua duit simpanan!

Ada lagi, tapi golongan di atas ni golongan kronik yang dinasihatkan jangan melabur di unit trust.

Tiada produk yang dijadikan sesuai untuk semua golongan manusia.
.
.
 
Anyway, merujuk kepada link yang saya sertakan sebelum ini (https://data.worldbank.org/indicator/SP.DYN.LE00.IN?locations=MY&view=chart), ada beberapa poin utama yang kita boleh ambil:

- Average life expectancy (purata jangka hayat) penduduk Malaysia meningkat dari 59 tahun ke 75 tahun dari tahun 1960 ke tahun 2015.
- Dalam masa 55 tahun purata umur rakyat Malaysia meningkat sebanyak 16 tahun, bermaksud setiap 3.4 tahun purata umur rakyat Malaysia meningkat sebanyak setahun.
- Kesihatan penduduk Malaysia sejurus selepas merdeka sehingga sekarang meningkat dari semasa ke semasa (dan ianya akan terus meningkat) disebabkan oleh kemajuan teknologi.
- Purata jangka hayat penduduk Malaysia meningkat bermaksud LEBIH BANYAK BELANJA diperlukan.
- Walaupun ada ramai penduduk Malaysia yang hidup hanya sehingga 75 tahun (atau kurang), tetapi akan semakin ramai yang akan hidup melepasi umur 75 tahun (Tun Mahathir contohnya, sudah mencecah umur 90 tahun dan masih lagi SANGAT sihat).
.
Persoalannya, jika ini berlaku, adakah kita bersedia menghadapinya?

Apakah wang persaraan kita mencukupi untuk menampung perbelanjaan kita?

Jika nak tahu wang persaraan anda cukup atau tidak, saya boleh bantu untuk kirakan untuk anda. :)
.
.
 
Last edited:
Berhati-hati saat mendengar agen unit trust berkata, "kami adalah syarikat unit trust nombor satu di Malaysia"!
======

Fakta itu betul. Cuma kena tanya, nombor satu dari segi apa? Nombor satu itu subjektif, maksudnya boleh pelbagai.

+ Nombor satu dari segi senioriti.
+ Nombor satu dari segi jumlah pelanggan.
+ Nombor satu dari segi saiz dana.
+ Nombor satu dari segi populariti.

Semuanya, nombor satu bukan?

Namun persoalannya, adakah kategori nombor satu yang dimaksudkan itu bakal membantu pelaburan tuan puan?

Bila melabur, yang paling penting ialah prestasi. Kukuh, benar, penting juga. Kita tak nak melabur di syarikat cap ayam. Perlu ada nama, stabiliti dan kekuatan.

Namun dalam pelaburan, jumlah pulangan- yang paling penting, selain stabiliti dan kekukuhan syarikat. Sebelum tuan puan melabur (ataupun jika dah melabur), ingin saya mengajak tuan puan fikirkan perkara ini ;

a) Tuan puan mahu melabur di syarikat paling popular di Malaysia tetapi prestasinya bukan yang terbaik,

Ataupun;

b) Syarikat yang kurang popular (tetapi kukuh dan stabil) namun pulangannya sentiasa top 3 di Malaysia?

Bagi pelabur yang bijak- saya yakin tuan puan sudah tahu mahu memilih yang mana.

Jadilah pelabur yang bijak, bukan pelabur ikut-ikutan.
.
.
 
kalau dana x perform, investor kena alert agent or agent aleret investor?
Saya ada baca pasal UT tapi bab ni xbrapa jelas..

mintak sportlight dari cik hani
 
Back
Top
Log in Register