Anyway, merujuk kepada link yang saya sertakan sebelum ini (
https://data.worldbank.org/indicator/SP.DYN.LE00.IN?locations=MY&view=chart), ada beberapa poin utama yang kita boleh ambil:
- Average life expectancy (purata jangka hayat) penduduk Malaysia meningkat dari 59 tahun ke 75 tahun dari tahun 1960 ke tahun 2015.
- Dalam masa 55 tahun purata umur rakyat Malaysia meningkat sebanyak 16 tahun, bermaksud setiap 3.4 tahun purata umur rakyat Malaysia meningkat sebanyak setahun.
- Kesihatan penduduk Malaysia sejurus selepas merdeka sehingga sekarang meningkat dari semasa ke semasa (dan ianya akan terus meningkat) disebabkan oleh kemajuan teknologi.
- Purata jangka hayat penduduk Malaysia meningkat bermaksud
LEBIH BANYAK BELANJA diperlukan.
- Walaupun ada ramai penduduk Malaysia yang hidup hanya sehingga 75 tahun (atau kurang), tetapi akan semakin ramai yang akan hidup melepasi umur 75 tahun (Tun Mahathir contohnya, sudah mencecah umur 90 tahun dan masih lagi SANGAT sihat).
.
Persoalannya, jika ini berlaku, adakah kita bersedia menghadapinya?
Apakah wang persaraan kita mencukupi untuk menampung perbelanjaan kita?
Jika nak tahu wang persaraan anda cukup atau tidak, saya boleh bantu untuk kirakan untuk anda.

.
.