BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kurung suami dalam bilik

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
02hm066aa_1496353844.jpg


Kuala Lumpur: Seorang isteri terpaksa mengurung suaminya yang mengamuk di dalam bilik selepas lelaki itu memecahkan siling dan cermin tingkap kediaman mereka di Kampung Sungai Tua, Selayang, di sini.

Dalam kejadian jam 6 petang semalam, lelaki berusia 41 tahun itu dikatakan cuba mencederakan wanita terbabit menyebabkan mangsa terpaksa lari menyelamatkan diri.

Wanita terbabit yang bimbang keselamatannya dan anak kemudian meminta bantuan abang iparnya untuk menghubungi pihak polis.

Difahamkan, sehari sebelum kejadian, lelaki itu turut bertindak mengacukan pisau ke arah anak dan isterinya namun berjaya ditenangkan.

Lelaki itu juga dikatakan mempunyai masalah emosi dan tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.49 petang dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati ahli keluarga lelaki itu berada di luar rumah bersama pihak polis manakala lelaki itu terkurung di dalam bilik tidur.

“Pihak polis mengambil masa lebih setengah jam untuk memujuk lelaki itu supaya bertenang dan tidak bertindak di luar jangkaan,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu akhirnya mengalah dengan pujukan pihak polis selain kelihatan kepenatan berikutan kejadian itu.

“Anggota APM mendapat kebenaran pihak polis untuk memberi rawatan kepada lelaki itu yang dilihat sedang terbaring di atas katil,” katanya.

Shahrul Kamar berkata, anggota APM melakukan pemeriksaan terhadap lelaki itu dan didapati dia luka pada bibirnya akibat terkena serpihan kaca.

“Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/06/234298/kurung-suami-dalam-bilik
 
Yang ni kena dirujuk kepada perubatan psikiatri untuk rawatan lanjut.
 
Zaman skrg memang stresss..
Naseb baik ada cg... boleh gak tempiaskan stress tu kat sini...
Hehehehe
 
Zaman skrg memang stresss..
Naseb baik ada cg... boleh gak tempiaskan stress tu kat sini...
Hehehehe

Samalah kita tuan haji. :D

Ramai yang ada masalah stress ni pendam dan tidak mahu rawat sampai jadi masalah mental.
 
zikir/istighfar pun ubat stress
 
Back
Top
Log in Register