BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kurangkan 10% kemalangan maut

mohdashraf

Super Active Member
Messages
6,775
Joined
Apr 22, 2010
Messages
6,775
Reaction score
482
Points
81
KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhasrat mengurangkan 10 peratus kadar kematian setiap bulan bagi kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal sepanjang tahun.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa JPJ Omran Omar memberi penekanan kepada penunggang motosikal kerana statistik menunjukkan mereka adalah penyumbang utama kepada kemalangan maut iaitu antara 58 hingga 62 peratus.

“Kami bimbang kerana kadar kematian melibatkan penunggang motosikal semakin meningkat mengikut trend statistik dari 1995 sehingga 2010,” katanya ketika ditemui semasa menjalankan Operasi Integrasi terhadap penunggang motosikal di Batu 10 semalam.

Omran berkata pada 2010, sebanyak 6,872 kemalangan dilaporkan di seluruh negara dengan kadar kematian paling tinggi melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal iaitu sebanyak 60 peratus.
Berikutan itu pihaknya telah diarahkan untuk menjalankan Operasi Integrasi terhadap penunggang motosikal bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dan tidak melanggar peraturan jalan raya.
“Terdapat dua operasi dijalankan dengan kerjasama Polis DirajaMalaysiaPDRM, Agensi Antidadah Malaysia dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersil dan Agensi Antidadah Kebangsaan,” jelas Omran.

Pihaknya akan menjalankan operasi terbabit secara berterusan sehingga tahun depan kepada pengguna jalan raya bagi mewujudkan kesedaran dan pentingnya keselamatan ketika berada di jalan raya.
Pada masa yang sama, pihaknya banyak mengeluarkan saman terhadap kesalahan pengguna jalan raya yang gagal memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan.

“Menurut data lampiran 28 Oktober sehingga 11 November sebanyak 2,938 saman dikeluarkan di seluruh negara dan kami telah menjalankan operasi terhadap 9,555 motosikal dengan 17,184 kesalahan berbeza,” dedah Omran kepada pemberita.
Beliau menasihati ibu bapa agar memastikan kereta dan motosikal yang diguna oleh anak-anak mereka memiliki cukai jalan dan lesen kenderaan yang sah agar keselamatan jalan raya tidak diabaikan.
Sementara itu, beliau turut mendedahkan beberapa kes pengguna jalan raya ditahan atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk
atau berkhayal disebabkan dadah.

Pengarah JPJ Ibrahim Osman turut berkata Operasi Integrasi itu dilakukan di Kuching, Sibu, Miri, Lawas, Limbang dan Betong.
Semalam menyaksikan 55 saman dan notis amaran dikeluarkan oleh JPJ dan pihak PDRM atas pelbagai kesalahan jalan raya dengan penglibatan 42 pegawai pelbagai pangkat setiap agensi terlibat.
Pihaknya turut menahan kenderaan yang mempunyai cukai jalan palsu.


SUMBER
 
klu ko buat roadblock kat tepi jalan,cmna nak kurangkan ???:)):)):))
 
Back
Top
Log in Register