BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kurang tidur pendek umur

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LONDON: Penyelidik berkata, seseorang yang tidur kurang enam jam setiap malam 12 peratus lebih berpotensi besar mati lebih awal.
Bagaimanapun, dalam kajian sama, mereka juga menemui kaitan tempoh tidur lebih sembilan jam sehari dengan kadar kematian awal.

Ketua penyelidik di Universiti Warwick, Francesco Cappuccio, berkata seseorang yang tidur sedikit akan mengalami diabetes, kegemukan, tekanan melampau dan kadar kolesterol berlebihan.

“Kami berpendapat kekurangan tidur dan penyakit mempunyai kaitan kerana mekanisme hormon dan metabolisme,” katanya dalam laporan disiarkan jurnal Sleep.
Kajian dilakukan di Naples, Itali, membabitkan penyelidikan selama berdekad-dekad di seluruh dunia membabitkan 1.3 juta orang.

Kata Cappuccio, pihaknya yakin tempoh tidur seseorang membabitkan isu kesihatan awam dan perlu dianggap sebagai risiko oleh doktor. - AFP
 
kira2 6-8 jam la kan? hurmm
 
macam mana pulak yang TERlebih tido tu? umur panjang ke, atau sama je dgn kes kurang tido ni. :D
 
pandai2 je buat kajian org mati awal dan lambat..macam takde tuhan je..bila2 je ajal boleh datang..
 
adeh...aku memang keje jenih tkleh tido...masak nih.....huuhuhu...
 
aku rase diorg ni dah lebey la smpai nak buat kajian spal mati awal,mati cepat..
diorg buat mcm nak mati ni ade penawar die..atau kate laen umur boleh dipanjangkan..

rokok,dadah,tidur..mmg la bley memudaratkan.. tp smpai nk kate,kalu buat camtu camni,tempoh hudip 1bulan,3bulan..ape kejadah die camtu
 
aku tido sehari 4-5 jam je..cukup ke ni?
tapi kadang2 rasa cam mengelamun lak cam x ckup tdo.
 
yeke kurang tido pendek umur..?? tak caye ah dgn kajian dorang..

yang tau... kurang tidur, mengantuk...
 
Back
Top
Log in Register