hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,513
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,513
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Didakwa rogol kekasih bawah umur
Seremban: Pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun, dua bulan lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan pada 12 Februari lalu, kira-kira jam 12.30 tengah hari di sebuah rumah flat di Seremban 2, di sini.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi mencadangkan kepada mahkamah supaya wang jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin bercagar dikenakan kepada tertuduh berserta syarat tambahan.
Nurul Balkis turut mengesahkan kepada mahkamah bahawa hubungan tertuduh dengan mangsa adalah pasangan kekasih.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan paling minimum kerana hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital dengan pendapatan RM1,700.
Katanya, dia sudah tiga bulan mengenali mangsa selepas berjumpanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Bapanya yang hadir sebagai penjamin memaklumkan hanya berniaga di pasar malam dengan pendapatan tidak menentu.
Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan syarat tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan serta perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Sebutan semula kes ditetapkan 16 Jun depan.
Artikel
Harian Metro