ok, kite sambung..
Lepas solat, jgn lupe berdoa.
Mengenai kunci rezeki pula, kunci nye pon ialah ALLAH.
Kenape 9/10 rezeki datang dari perniagaan? Ramai org menggunakan fakta ni terutama org MLM. Tapi fahamkah mereka di mana konsepnye.
Orang yang berniaga ni selalunya keluar modal, betul x? Bila dah keluar modal, mestilah mengharapkan untung. Kita berniaga kita mengharapkan untung. Tapi tak selalu kita untung. Dan bila tak untung, mungkin boleh bertahan, kalau rugi? Selalunya bila kita rasa susah, kita mesti merintih dengan Allah. Betul x?
Lain dengan orang makan gaji. Diorang confirm akhir bulan masuk gaji. Keje susah macam mane pon, stress macam mana pon, mmg gaji akan masuk. Lain dengan orang berniaga, kalau tak dapat sales, takde untung, so macam mana nak sara anak isteri semua?
Sebab tulah 9/10 rezeki datang dari perniagaan..Sebab orang berniaga ni sedar Allah lah MAHA PEMBERI REZEKI. Nak mintak tolong sape lagi kalau bukan Allah. DIA la yang buka kan pintu hati pelanggan beli dengan kita. Bila dah dapat pelanggan tu, jagalah baik2 ye =) Orang cina menganggap pelanggan adalah nyawa mereka.
Jadi, kita sebagai orang Islam, mohonlah pada YANG ESA. Janganlah jumpe bomoh mintak pelaris dan hantar2 benda nak menjatuhkan perniagaan orang lain. Rezeki ni Allah yang bagi.
Antara rahsia hendak di murahkan rezeki ialah :
- Setiap malam baca Sural Al-Waqiah.
- Setiap hari Solat Dhuha
- Jaga Solat berjemaah
- Setiap malam Solat tahajud
Tahukah anda, betapa untungnya orang yang rajin solat tahajud setiap malam?
Kalau kita boleh bersengkang mata untuk kerja,untuk buat duit, kenape xboleh solat tahajud?
Bangonlah sepertiga malam yang akhir dan berdoalah kepada Allah.
Ada satu masa, jika anda berdoa pada sepertiga malam yang akhir, Allah akan makbulkan.
Pada waktu sepertiga akhir malam, Allah SWT turun ke langit dunia dan berfirman:
"Adakah orang yang meminta, maka Aku akan penuhi permintaannya? Adakah orang yang berdoa, maka Aku akan kabulkan doanya? Adakah orang yang memohon keampunan, maka Aku akan ampuni dosa-dosanya?"
Nota Tambahan:
Sekarang sibuk dok heboh dengan freemason, iluminati bagai. Kita tahu dajal tu mmg akan datang, jadi, kita sebagai orang Islam kembali lah ke jalan Allah. Syaitan dah berjanji dia kan menggoda anak Adam. Kita orang Islam berpeganglah pada Al-Quran dan As Sunnah
Rasulullah S.A.W berpesan: Berpeganglah pada Al-Quran dan As Sunnah, nescaya kamu tidak akan tersesat.
Setakat ini perkongsian saya. Kalau ada yang tidak betol, betolkan saya.
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk tu dari saya hambanya yang serba kekurangan.