BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kumpulan anti-GST menceroboh

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan mengawal peserta yang menyerbu Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya, semalam. Utusan/NURRABIATUL ADAWIYAH (PELATIH PERETAK)​

KUALA LUMPUR 23 Mac – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan tindakan kumpulan anti-cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menyerbu Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya dekat sini hari ini sebagai satu pencerobohan.

Tegas beliau, tindakan itu adalah satu pencerobohan dan pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya kerana perkara seperti itu tidak boleh dibiarkan berlarutan.

“Saya pun hairan dengan mereka. Kenapa pergi seolah-olah hendak menawan kompleks tersebut. Kalau hendak penjelasan tentang GST, itu ke caranya? Masuk pejabat kerajaan, pergi tawan, saya pun tidak faham.

“Ini satu pencerobohan dan biarlah pihak polis Selangor meneliti dahulu perkara berkenaan. Buat masa ini kita tahan dahulu mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Polis Ke-208 di Masjid Bukit Aman di sini.

Terdahulu pada pukul 11 pagi hari ini kumpulan anti-GST yang diketuai Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertindak ganas ketika cuba untuk menyerahkan soalan-soalan tentang GST kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sehingga terpaksa dikawal oleh pihak polis.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang kehadiran Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keadaan di situ, Khalid menjelaskan, itu bergantung kepada keperluan.

“Kalau perlu menggunakan FRU, kita gunakanlah. Itu keputusan Ketua Polis Selangor. Kalau dia perlu untuk gunakan saya benarkan,” ujarnya.
 
Back
Top
Log in Register