BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kukuh kerjasama luar negara

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nik Ali Mat Yunus


KUALA LUMPUR - Sambutan tahunan Hari Koperasi Negara (HKN) 2014 yang bertemakan ‘Memperkukuh Kerjasama Memperkasa Ekonomi’ akan memberikan penekanan kepada pengukuhan kerjasama antara koperasi dalam negara dan luar negara.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata, objektif utama penganjuran acara itu adalah untuk mengiktiraf gerakan koperasi dalam pembangunan negara di samping dapat dijadikan platform kepada ahli-ahlinya bertukar idea bagi membangunkan koperasi masing-masing.

“HKN turut berfungsi sebagai medan mempromosikan konsep dan produk koperasi kepada orang ramai selain mewujudkan semangat kerjasama di antara mereka.

“Dengan terkumpulnya ahli-ahli koperasi ia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara mereka bahkan mendapatkan idea baru dalam usaha memperkukuhkan pengurusan, pentadbiran dan perniagaan koperasi selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2011-2012,” katanya.

Nik Ali berkata, sambutan kali ini mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana diadakan pada Ogos sempena bulan kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri.

“Sepanjang tiga hari berlangsung sambutan HKN, setiap sesi ada program yang sudah diaturkan termasuk acara pengisian kerohanian iaitu forum perdana, selawat perdana selain acara kebudayaan dan permainan sukan rakyat daripada 14 negeri.

“Sebanyak 150 buah gerai akan mempamerkan produk dan perkhidmatan koperasi seperti produk kraf tangan, industri berasaskan makanan, produk kesihatan, input-input pertanian, produk pelancongan dan produk jatihan termasuk sulaman,” katanya.

Dalam pada itu, kata Nik Ali, kemeriahan sambutan HKN akan diserikan dengan penyampaian anugerah kepada koperasi yang menunjukkan prestasi cemerlang.

“Terdapat sembilan anugerah yang akan disampaikan termasuk anugerah koperasi perdana, tokoh koperasi, perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pertanian dan industri asas tani, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, perladangan, hartanah dan koperasi sekolah,” katanya.Sambutan besar-besaran HKN bakal diadakan pada 22 hingga 24 Ogos ini di Mini Stadium Kuala Pilah, Negeri Sembilan,akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
 
Back
Top
Log in Register