BTC USD 80,550.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Kubur' ribuan basikal

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,745
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,745
Reaction score
1,682
Points
201
RIBUAN basikal ditempatkan di sebuah kawasan lapang di Chengdu, barat daya China.


Beijing: Sebuah kawasan lapang di Chengdu, barat daya China diibaratkan kubur untuk ribuan basikal.

Kawasan itu dijadikan stor meletakkan basikal rosak milik syarikat sewaan negara itu.

Namun, jumlahnya meningkat saban hari sehingga menjadi lautan basikal terpakai.

Daripada hanya beberapa basikal, kawasan itu kini menempatkan ribuan basikal.

Jurugambar, Jackie Xie sempat merakam gambar di kawasan berkenaan berkata, basikal rosak itu menunggu giliran dibaiki.

"Mereka hantar basikal ke sini untuk dibaiki dan ada untuk dilusuhkan sebagai besi buruk.

"Kawasan ini menjadi tempat simpanan sementara kerana sebuah bangunan baru dibina di sini," katanya seperti dilaporkan portal thesun.co.uk.

Menurutnya, syarikat itu menyewakan basikal kepada orang ramai dengan hanya mengimbas kod pada telefon bimbit.

"Selepas menunggang, mereka boleh meletakkan basikal dengan menguncinya di mana saja.

"Malah harga sewaan ditawarkan amat berpatutan," katanya.


== hmetro
 
hush banyak gilo, klu ado yg elok2 laie walaupun bskl terpakai, bleh jual murah2 kek malaysia

ado sapo yg bli bnyk2 bskl terpakai china & jual bundle kek sini?
 
" basikal rosak itu menunggu giliran dibaiki. "
hahaha kelakar plak..dgn kapasiti melaut
 
RIBUAN basikal ditempatkan di sebuah kawasan lapang di Chengdu, barat daya China.


Beijing: Sebuah kawasan lapang di Chengdu, barat daya China diibaratkan kubur untuk ribuan basikal.

Kawasan itu dijadikan stor meletakkan basikal rosak milik syarikat sewaan negara itu.

Namun, jumlahnya meningkat saban hari sehingga menjadi lautan basikal terpakai.

Daripada hanya beberapa basikal, kawasan itu kini menempatkan ribuan basikal.

Jurugambar, Jackie Xie sempat merakam gambar di kawasan berkenaan berkata, basikal rosak itu menunggu giliran dibaiki.

"Mereka hantar basikal ke sini untuk dibaiki dan ada untuk dilusuhkan sebagai besi buruk.

"Kawasan ini menjadi tempat simpanan sementara kerana sebuah bangunan baru dibina di sini," katanya seperti dilaporkan portal thesun.co.uk.

Menurutnya, syarikat itu menyewakan basikal kepada orang ramai dengan hanya mengimbas kod pada telefon bimbit.

"Selepas menunggang, mereka boleh meletakkan basikal dengan menguncinya di mana saja.

"Malah harga sewaan ditawarkan amat berpatutan," katanya.


== hmetro

Jadi besi buruk je la nanti
 
Tak silap aku pernah tgk video org malaysia recycle basikal dan jual balik ke negara ketiga
 
Back
Top
Log in Register