BTC USD 82,055.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KUASA FB: Algeria hari ini.Libya menyusul

lastshark

Active+ Member
Messages
4,505
Joined
Aug 27, 2007
Messages
4,505
Reaction score
4
Points
25
Kuasa Rakyat: Jazirah Arab dan Sebahagian Afrika - Islam majoriti.
Tunisia : Berjaya

Mesir : Berjaya.
Sedang diraikan..dalam tayangan televisyen al-Manar milik Hisbullah, terlihat pembawa acara Amr Nassef menjerit emosional sambil berteriak, "Allahu Akbar, Fir'aun sudah mati! Apakah saya mimpi? Saya bimbang ini mimpi."

Jordan : Sedang

Libya : Isnin ni 14hb start demo.Ghadaffi dah berkuasa 40th.

Yaman : Dah start minggu lepas.Presiden Ali Abdallah Salleh da kecut telor janji tak sambung jadi presiden 2013.

Jordan : Start minggu lepas.Baranag da termasuk sket takut.Da rombak kabinet masukkan pembangkang dan media.

Syria : Berkuasa sejak 1971...lum ada tanda..

Saudia : tudia...Fuhh ...kecut dah ni..

Iran : Demo sebelum ni oleh puak tajaan amerika.. so takde kesan sangat.

Bahrain : Belum tahap migrain

Kuwait : wait la

Iraq : hancur dah...

Somalia : eksport lanun je kot

Sudan : perang negara terbahagi dua referendum sudan utara merdeka.

akan diupdate jika ada info terkini..sila tambah..tq:)
 
jordan baru nak start lambat sgt
 
Mesir sehari dua ni:

Tokoh yang sekarang berkuasa adalah Menteri Pertahanan Mohamed Tantawi. Dia mewakili kelompok perlawanan di dalam rejim, yang kemungkinan ingin menjatuhkan pemimpinnya tetapi tetap mempertahankan intinya. Tantawi dikenal sebagai "anjing poodle peliharaan Mubarak".

Menurut Wikileaks, dia sangat "menolak reformasi ekonomi dan politik yang dianggap mengikis kekuasaan pemerintah pusat". Ini jelas bertentangan dengan revolusi.

rakyat mesir mesti berhati hati...
 
huhu
banyak gak reformasi ni pny gelombang
 
Sahabat baik israel rupanya...dah down tak pula tolong kawan....

BAITULMAQDIS: Seorang bekas menteri Kabinet Israel berkata, Presiden Hosni Mubarak memang sedar dia mesti berundur dan cuba mencari jalan supaya proses itu tidak mengaibkannya.
Bekas Menteri Pertahanan Israel, Binyamin Ben-Eliezer, berkata dia bercakap dengan Hosni malam kelmarin sejurus sebelum tokoh diktator itu membuat ucapan memindahkan sebahagian kuasanya kepada naibnya.
Dikenali sebagai sahabat Hosni, Binyamin berkata, satu-satunya yang diperlukan pemimpin Mesir itu adalah pengunduran yang tidak menjejaskan maruahnya.
“Dia mahu berundur secara terhormat,” katanya.
Bercakap kepada Radio Tentera Israel, Ben Eliezer berkata, Hosni sedar kekuasaannya kini berakhir
 
Sahabat baik israel rupanya...dah down tak pula tolong kawan....

BAITULMAQDIS: Seorang bekas menteri Kabinet Israel berkata, Presiden Hosni Mubarak memang sedar dia mesti berundur dan cuba mencari jalan supaya proses itu tidak mengaibkannya.
Bekas Menteri Pertahanan Israel, Binyamin Ben-Eliezer, berkata dia bercakap dengan Hosni malam kelmarin sejurus sebelum tokoh diktator itu membuat ucapan memindahkan sebahagian kuasanya kepada naibnya.
Dikenali sebagai sahabat Hosni, Binyamin berkata, satu-satunya yang diperlukan pemimpin Mesir itu adalah pengunduran yang tidak menjejaskan maruahnya.
“Dia mahu berundur secara terhormat,” katanya.
Bercakap kepada Radio Tentera Israel, Ben Eliezer berkata, Hosni sedar kekuasaannya kini berakhir

ini la nama nya hidup atas dunia ... bukan selama nya di atas ...
 
lum ada info kat negara arab lain:
so yang ni boleh kot..


Najib: M'sia tak boleh disamakan dengan MesirAbdul Rahim Sabri & Regina Lee
Feb 12, 11

Dengan ribuan rakyat Malaysia mencurahkan ucapan tahniah kepada rakyat Mesir atas kejayaan 'membebaskan' negara mereka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih untuk mengasingkan persamaan di antara kedua-dua negara berkenaan.

"Pertama, kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana perkara adalah berbeza di kedua-dua negara,” katanya apabila ditanya apakah iktibar yang boleh diambil oleh BN dan Umno daripada pengalaman di negara Asia Barat itu.

Menurut Najib, dasar BN 'Rakyat didahulukan' itu adalah perbezaan utama antara Malaysia dengan pentadbiran rejim bekas presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun.

"Kita dari awal telah menyedari rakyat mesti didahulukan. Jadi apapun dasar dan program yang dilakukan mesti meletakkan prinsip iaitu mesti mendahulukan rakyat.

"Saya percaya jika kita berbuat demikian, rakyat bersama-sama dengan kerajaan dalam erti kata bukan semua masalah boleh diselesaikan sekelip mata, rakyat pun faham tetapi asalkan kita, mendahulukan kepentingan rakyat dan memahami jangkaan rakyat," katanya.

BN memahami permasalahan rakyat

Najib berkata kerajaan memberi penekanan dengan memahami permasalahan rakyat dan menyelesaikan permasalah tersebut mengikut kehendak mereka.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan ketua-ketua bahagian Umno di ibu negara petang ini.

Najib sebelum ini pernah memberi amran terhadap mana-mana pihak yang cuba merampas kuasa di negara ini menggunakan demonstrasi seperti yang berlaku di Mesir.

"Jangan beranggapan apa yang berlaku di sana mesti juga berlaku di Malaysia. Kita tidak akan benarkannya berlaku di sini,” katanya kepada akhbar The Star awal minggu ini.

Ditanya mengenai kemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang mahu mengikut jejak langkah penduduk Mesir yang berdemonstrasi, Najib berkata rakyat Malaysia adalah matang dan berfikiran rasional.

Majoriti BN di Tenang bertambah

"Mereka tahu mana (satu) yang hak dan yang batil, dan mana (satu) yang nak dieksploit oleh mana-mana pihak.

"Saya dah buat (penjelasan tentang) point ini. Dalam pergolakan di Mesir majoriti BN bertambah di Tenang, jadi ini adalah petanda yang baik," katanya.

Lewat malam semalam, berbekalkan semangat revolusi di Tunisia pada awal tahun ini, jutaan rakyat Mesir melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran Mubarak yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat sehingga beliau melarikan diri ke luar negara.

Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menumbangkan pemerintahan kerajaan Mubarak.

Faktor media sosial

Mengulas perkara berkenaan, Najib berkata pihaknya mengakui pengaruh media sosial.

"Ini memang dijangkakan. Ia sebahagian daridapa fenomena global. Jadi kita ada dua pilihan - kita boleh tutup Malaysia kepada fenomena global menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) atau menjadi sebahagian daripadanya. Dan kita memilih menjadi sebahagian daripadanya.

"Jadi kita mesti menguruskannya (fenomena ini) dan sebab itu kita mempunyai masyarkat yang berpendidikan dan mahir dengan teknologi.

"Justeru, cabaran adalah bagi kerajaan menguruskan persekitaran politik yang baru ini. Ia tidak mudah kerana kita tidak mempunyai monopoli ke atas maklumat mahupun penyebaran maklumat berkenaan.

"Malah, melalui rangkaian sosial, maklumat boleh disebarkan melaui masa sebenar (real time), walaupun pandangan itu mungkin tidak benar. Tetapi ia boleh dilakukan segera,” katanya.

Namun, Najib dengan cepat menjelaskan apa yang diperkatakannya itu bukan merujuk kepada tapisan di internet.
 
Back
Top
Log in Register