Muhamad Nornizam
Freshie
- Messages
- 22
- Joined
- Aug 24, 2010
- Messages
- 22
- Reaction score
- 21
- Points
- 8
Dengar saja perkataan ‘diskaun’, pasti ramai yang tertarik terutamanya golongan hawa. Tetapi apa kurangnya golongan lelaki. Ada juga golongan lelaki yang tertunggu-tunggu diskaun ni. Tetapi yang pastinya bukan saya la. Saya nak kongsi sikit pasal diskaun ni.
Semua sudah sedia maklum bahawa mendapat pelanggan pertama adalah amat susah. Apabila sudah berjaya, maka sudah pasti mendapat pelanggan seterusnya jadi mudah. Tetapi mengekalkan pelanggan yakni menjadikan pelanggan kita itu sebagai pelanggan setia juga susah.
Jadi apa yang patut kita buat? Saya mencadangkan anda memberikan kupon diskaun kepada pelanggan tersebut. Kupon diskaun adalah salah satu strategi yang amat berkesan untuk mengekalkan pelanggan. Secara tidak langsung, keadaan ini seolah-olah pelanggan tersebut berasa dihargai.
Tidak mustahil pelanggan itu akan membuat pembelian seterusnya. Tambah menarik apabila pelanggan itu mula meperkenalkan servis atau produk kita kepada kaum keluarga dan rakan-rakan beliau. Jadi bertambah ramailah pelanggan baru muncul untuk mencuba servis atau produk anda.
Macam mana? Nak buat tak? Saya galakkan anda lakukan. Nanti kongsilah dengan saya kesan dari teknik ni. Semoga berjaya.