BTC USD 84,355.8 Gold USD 4,274.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kuala Lumpur dan Yap Ah Loy

Sutan Puasa pengasas sebenar Kuala Lumpur?

sutanpusasa1a.transformed_0.jpg

MAJLIS bicara buku berjudul 'Sutan Puasa Founder of Kuala Lumpur' di Galeri Petronas, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Salhani Ibrahim

KUALA LUMPUR: Memperbetulkan sejarah amat sukar dan itulah yang berlaku dalam isu berkaitan pembuktian siapa pengasas sebenar Kuala Lumpur.

Dakwaan ia diasaskan Sutan Puasa, usahawan perlombongan dan pedagang timah berketurunan Mandailing dari Sumatera, Indonesia bukan sesuatu yang mudah diterima.

Ini kerana selama ini, ahli sejarah Malaysia berpendapat Yap Ah Loy, seorang Kapitan Cina, adalah pengasas bandar raya ini yang asalnya kawasan perlombongan bijih timah.

Membetulkan fakta berkenaan sama dengan kesukaran menyanggah kajian yang merumuskan Pulau Pinang dibuka Francis Light, selain fakta Singapura diterokai Stamford Raffles dan James Cook membuka Australia.

Dalam hal berkaitan Kuala Lumpur, buku tulisan Abdur-Razzaq Lubis, berjudul 'Sutan Puasa Founder of Kuala Lumpur' mendedahkan maklumat baharu berhubung sejarah ibu negara Malaysia.

Ini diakui Profesor Emeritus Penyelidikan dan Geografi Asia dari University of British Columbia di Vancouver, Kanada, Terry McGee.

Dalam prakata untuk buku berkenaan, beliau ada menyebut bahawa hasil kajian Abdur-Razzaq itu memberi interpretasi baharu berhubung sejarah awal Kuala Lumpur dan daerah pedalamannya.

McGee sendiri banyak membuat penyelidikan mengenai proses perbandaran orang Melayu di Kuala Lumpur dan Semenanjung Tanah Melayu pada 1960-an untuk pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).

Buku berkenaan memberi fokus terhadap peranan Sutan Puasa semasa era awal aktiviti perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur pada pertengahan kurun ke-19.

Abdur-Razzaq berkata, penulisan naskhah itu adalah usahanya melakukan kajian kesarjanaan bagi membuktikan data dan fakta mengenai pengasas sebenar Kuala Lumpur.

Katanya, ia sekali gus menolak penamaan Yap Ah Loy atau Raja Abdullah yang juga Orang Besar Jajahan Klang sebagai pengasas ibu negara Malaysia seperti diterima dalam kebanyakan teks hari ini.

"Yap Ah Loy digulingkan dan diturunkan daripada 'takhta' sebagai pengasas Kuala Lumpur, kemudian diangkat dan dicalonkan pula Raja Abdullah, tetapi ia tidak dibuktikan.

"Kita tahu polemik akan timbul (fakta Sutan Puasa pengasas Kuala Lumpur), malah ada yang sudah mula menolak naskhah ini tanpa membacanya terlebih dulu.

"Bagaimanapun kajian saya ini akan membuktikan secara ilmiah mengenai individu sebenar yang menjadi pengasas Kuala Lumpur, iaitu Sutan Puasa," katanya pada majlis bicara buku tulisannya itu di Galeri Petronas, di sini hari ini.

Abdur-Razzaq berkata, penulisannya mengenai Sutan Puasa atau Sutan Naposo, mengambil masa lebih lima tahun untuk disempurnakan disebabkan pelbagai cabaran dalam membuat kajian dan mendapatkan bahan rujukan.

"Meskipun Sutan Puasa tidak berkahwin, beliau membawa sekali anak saudaranya dikenali Haji Jafaar, ketika berhijrah ke Tanah Melayu dan daripada situ, keturunan Sutan Puasa berkembang di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi terkenal tanah air yang juga keturunan Sutan Puasa, Datuk Sheila Majid, berkata beliau sudah mendengar cerita sumbangan Sutan Puasa dalam membuka Kuala Lumpur oleh ibu dan bapa saudaranya sejak kanak-kanak lagi.

"Sutan Puasa wira dalam keluarga kami, tetapi kami tidak dapat memberitahu orang lain mengenainya kerana kami tidak mempunyai rujukan dan ia mungkin juga tidak akan dipercayai.

"Saya gembira kerana Abdur-Razzaq membuat kajian komprehensif ini, sekali gus dapat menunjukkan kepada masyarakat mengenai sumbangan Sutan Puasa sebagai individu yang bertanggungjawab membuka Kuala Lumpur," katanya.

INFO

Buku 'Sutan Puasa Founder of Kuala Lumpur'

- Setebal 615 muka surat, turut memuatkan peta dan gambar lama Kuala Lumpur

- Bermula dengan bab bertajuk 'The Naming of Kuala Lumpur'.

- Antara lain menyentuh sejarah Sungai Lumpur dan Pangkalan Lumpur, dua nama sering digunakan dalam dokumen lama.

- Bab Dua menyentuh beberapa nama disebut sebagai pengasas Kuala Lumpur, termasuk Yap Ah Loy; Kapitan Cina pertama, Hiu Siew dan Raja Abdullah.

- Bab Tiga dan seterusnya menyentuh peranan Sutan Puasa, orang Mandailing pada zaman awal kewujudan Kuala Lumpur.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/409446/sutan-puasa-pengasas-sebenar-kuala-lumpur
 
Kementerian arah betulkan fakta buku teks

image.jpg


KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan mengarahkan isi kandungan buku teks sejarah sekolah menengah disemak semula sekiranya terdapat pembetulan fakta mengenai siapa individu pertama yang membuka Kuala Lumpur.


Fakta sebelum ini mengatakan individu pertama mengasaskan Kuala Lumpur ialah Yap Ah Loy yang berasal dari Huizhou, Guangdong, China.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Jawatankuasa Silibus Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 termasuk guru-guru dan pihak berkaitan diarahkan supaya berbincang bagi mengkaji semula fakta tersebut.

Katanya, kerajaan bersedia untuk mengkaji semua perkara tersebut kerana ia melibatkan fakta sejarah penting yang selama ini dijadikan tujukan oleh pelajar di seluruh negara.

“Kita akan berbincang bersama komuniti di peringkat kementerian yang melibatkan ahli Jawatankuasa Silibus Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah, guru-guru serta pihak berkaitan.

“Ia penting kerana melibatkan sejarah negara dan saya juga akan berbincang dengan pakar-pakar sejarah untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai isu tersebut,” katanya ketika dihubungi Kos*mo! di sini semalam.

Semalam Kosmo! melapor*kan pakar-pakar sejarah tempatan menggesa kerajaan untuk mengkaji dan meneliti semula fakta dalam buku teks sejarah sekolah mengenai kesahihan individu pertama yang membuka Kuala Lumpur.

Polemik sejarah Kuala Lumpur timbul apabila sebuah buku dengan judul Sutan Puasa: Founder of Kuala Lumpur ditulis Abdur-Razzaq Lubis mendedahkan penemuan baharu mengenai pengasasnya.


http://www.kosmo.com.my/negara/betulkan-fakta-buku-teks-sejarah-1.649454
 

Bila dan siapa sebenarnya yang membuka Kuala Lumpur masih menjadi soalan yang terbuka.


Pada mulanya dikatakan Yap Ah Loy yang telah mengasaskan Kuala Lumpur. Yang pasti bukan Yap Ah Loy yang membuka Kuala Lumpur kerana dia adalah Kapitan Cina Kuala Lumpur yang ketiga. Kalau ada orang Cina yang layak dipanggil pengasas Kuala Lumpur tentulah dianya Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama.

Dalam pusingan kedua, Raja 'Abdu'llah diiktiraf secara rasmi sebagai 'pengasas sebenar' Kuala Lumpur. Raja 'Abdu'llah yang dikatakan raja Melayu itu sebenarnay adalah raja Bugis dari Riau.

Sebelum Raja 'Abdu'llah dan Raja Juma'at membuka kelian bijih timah di Ampang pada 1857 dengan pertolongan kuli-kuli Cina upahan mereka, Sutan Puasa sudahpun tinggal dekat dengan Ampang.

Malah menurut Raja Yacob yang bermarga Nasution, pengarang Tarikh Raja Asal dan Keluarganya, orang-orang Mandailinglah yang membuka Ampang diketuakan pada awalnya oleh Raja Bernang dan akhirnya Raja Banding.

Ini masuk akal kerana pada ketika itu, penduduk yang tinggal di pendalaman negeri Selangor adalah orang-orang dari Sumatra. Orang-orang Mandailing dan Batu Bara meneroka kawasan pendalaman Hulu Kelang kerana orang-orang Bugis dan Melayu sudah menetap di pesisiran pantai sebelum kurun ke-19 lagi.

Semasa kawasan pelombongan dibuka di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur, orang-orang Mandailinglah yang berkelian bijih timah di situ, di samping membuat relau, membeli timah dan berniaga. Raja-raja Bugis memungut cukai dari orang-orang Mandailing di pengkalan-pengkalan sungai.

Malah nama "Ampang" itu sendiri mungkin diambil sempena ampangan yang dibina oleh orang Mandailing dalam kerja-kerja berkelian timah. Air dipakai untuk mengeluarkan bijih dari karang.

Ketika Sutan Puasa di Ampang, anak raja Mandailing itu berurusan dengan pedagang Tionghua Hiu Siew dan rakannya Ah Sze Keledek dari Lukut. Kedua-dua pedagang Tionghua suku Haka itu kemudian pindah ke Ampang setelah diberitahu oleh Sutan Puasa bahawa mereka boleh cepat mengaut untung di Ampang.

Setibanya di Ampang, mereka memilih tempat sebatu jauhnya dari pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang sebagai tapak kedai mereka. Ini berlaku kira-kira pada 1859. Muara kedua-dua sungai itulah kemudiannya dipanggil Kuala Lumpur - berlumpur barangkali kerana kerja-kerja berkelian bijih timah di ulu sungai-sungai tersebut.

Jelaslah bahawa Sutan Puasa, Hiu Siew dan Ah Sze Keledek memainkan peranan dalam pembukaan Kuala Lumpur. Hiu Siew kemudiannya menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur yang pertama dengan sokongan Sutan Puasa.

Sebagai "the leading Sumatran trader of Kuala Lumpur" (pedagang utama anak-anak Sumatra di Kuala Lumpur Sutan Puasalah yang memperkenalkan Hiu Siew dan Ah Sze Keledek kepada pengusaha-pengusaha timah Sumatra di Kuala Lumpur.

Penabalan Yah Ah Loy
Sutan Puasa dan Raja Asal adalah "sahabat baik" dan "sahabat karib" dan rakan perkongsian Yap Ah Loy. Apabila Yap Ah Loy dipilih menjadi Kapitan Cina Kuala Lumpur yang ketiga, Sutan Puasa memberi sokongannya. Istiadat keramaian yang meriah telah diadakan untuk mengiktiraf perlantikan Yap Ah Loy, dan upcara penabalannya disempurnakan oleh Raja Mahdi, seorang raja Bugis.

__________
 

The Patriots Studios​


699773098_1305082248479990_238107688859458432_n.jpg

·
“Yap Ah Loy Bapak Ayam Kuala Lumpur?”
Oleh: Azizul Farhan

Kalau kau berjalan dekat Petaling Street hari ini, susah nak bayangkan kawasan itu dulu penuh rumah candu, rumah judi, pelacur, kongsi gelap dan perang berdarah sampai kepala manusia dipenggal di tengah bandar.
Itulah Kuala Lumpur abad ke-19.

Dan di tengah dunia yang keras itu, muncul seorang lelaki bernama Yap Ah Loy.

Sampai hari ini nama beliau masih jadi perdebatan. Ada yang anggap beliau hero yang membangunkan Kuala Lumpur. Ada pula yang marah bila nama beliau terlalu dipuja. Pada tahun 2017, Perkasa pernah mempertikaikan penghormatan terhadap Yap Ah Loy dan mendakwa beliau terlibat dalam perdagangan candu, perjudian dan pelacuran.

Persoalannya sekarang, betul ke Yap Ah Loy ni “bapak ayam Kuala Lumpur”?

Jawapan paling tepat ialah beliau memang hidup dan kaya dalam sistem ekonomi Kuala Lumpur yang bergantung pada candu, judi dan pelacuran. Tapi kalau nak faham kenapa benda itu berlaku, kita kena faham macam mana rupa sebenar Kuala Lumpur masa tu.

Sebab Kuala Lumpur ketika itu bukan bandar moden. Ia bandar lombong liar.

Bayangkan suasana Kuala Lumpur sekitar tahun 1870-an. Jalan berlumpur. Sungai kotor. Rumah kayu rapat-rapat. Buruh lombong berkeliaran dengan parang dan pistol. Kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin bergaduh sesama sendiri. Orang mati sebab rebut lombong bijih timah. Malam pula dipenuhi rumah candu, rumah judi dan rumah pelacuran.

Petaling Street hari ini penuh pelancong cari beg LV tiruan.
Tapi dulu kawasan itu sebahagian daripada dunia bawah tanah Kuala Lumpur.
Dan British sebenarnya tahu semua benda itu berlaku.
Malah dalam banyak keadaan, mereka benarkan.

Sebab bagi British, candu, judi dan pelacuran membantu “menstabilkan” masyarakat buruh lelaki yang terlalu ramai di Tanah Melayu.

Antara tahun 1880 hingga 1930, Tanah Melayu menerima kemasukan besar-besaran buruh lelaki Cina untuk industri lombong bijih timah. Di beberapa tempat, jumlah lelaki jauh lebih ramai daripada perempuan. Singapura pernah mencatat nisbah lelaki tiga kali ganda lebih ramai daripada wanita. Penang pula digambarkan seperti “sausage party” besar masyarakat Cina.

Bayangkan ribuan lelaki muda tinggal jauh dari keluarga, bekerja dalam lombong panas dan bahaya.
British fikir kalau mereka tak diberi “hiburan”, benda lebih buruk mungkin berlaku.
Sebab itu pelacuran dianggap “necessary evil”.

Dalam jurnal dan kajian kolonial British, pelacur dianggap sebagai cara untuk “memuaskan kehendak lelaki” dan mengelakkan masalah sosial lain. Ada pegawai kolonial yang secara terbuka menyebut pelacuran sebagai “public want” iaitu keperluan masyarakat.

Maksudnya, kerajaan kolonial bukan setakat tahu rumah pelacuran wujud.
Mereka regulate benda itu.

Rumah pelacuran boleh dapat lesen. Pelacur didaftarkan. Pemeriksaan kesihatan dibuat. Malah ada doktor khas untuk memeriksa pekerja seks sebab British takut penyakit kelamin merebak kepada tentera dan pegawai mereka.
Kajian Lenore Manderson tentang pelacuran di Tanah Melayu kolonial menunjukkan bahawa ribuan wanita berdaftar sebagai pelacur di Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Kuala Lumpur sendiri disebut sebagai salah satu pusat besar industri pelacuran akibat perkembangan lombong bijih timah dan kemasukan imigran Cina.

Ada rumah pelacuran Melayu.
Ada rumah pelacuran Siam.
Ada rumah pelacuran Jepun.
Dan yang paling terkenal ialah rumah pelacuran wanita Cina atau “Ah Ku”.
Ramai wanita ini sebenarnya mangsa pemerdagangan manusia.

Ada yang dijual keluarga sendiri sebab miskin di China. Ada yang ditipu dengan janji kerja sebagai pembantu rumah atau tukang jahit sebelum dijual kepada rumah pelacuran di Tanah Melayu. Ada yang terpaksa melacur untuk membayar hutang perjalanan mereka ke Asia Tenggara.

Lebih gelap lagi, ramai wanita ini dikawal kongsi gelap.
Mereka bukan bebas macam yang orang bayangkan dalam filem.
Mereka hidup dalam sistem hutang, kawalan rumah pelacuran dan eksploitasi.

Dan di sinilah nama Yap Ah Loy naik.

Sebab Yap Ah Loy ialah antara orang paling berkuasa dalam Kuala Lumpur ketika sistem ini berkembang.
Kita kenal Yap Ah Loy sebagai Kapitan Cina. Kapitan Cina ni sebenarnya ada kuasa seperti kerajaan mini. Mereka kutip cukai, jaga keamanan, urus pertikaian dan ada pengaruh besar terhadap ekonomi bandar.

Yap Ah Loy sendiri mempunyai polis, penjara dan sistem pentadbiran sendiri di Kuala Lumpur.
Jadi bila ekonomi bandar bergantung kepada candu, judi dan pelacuran, mustahil Kapitan Cina tak terlibat.
Dan ya, Yap Ah Loy memang mendapat keuntungan daripada sistem itu.
Tetapi penting untuk faham satu benda.

Ini bukan “aktiviti rahsia”.
British sendiri membenarkan sistem pajakan candu dan perjudian sebab ia mendatangkan keuntungan besar kepada kerajaan kolonial.

Malah candu ketika itu bukan dianggap macam dadah moden hari ini. Ia sebahagian daripada ekonomi rasmi kolonial. Rumah candu beroperasi secara terbuka di bandar-bandar perlombongan.

Kalau tengok Kuala Lumpur zaman itu, bandar ini sebenarnya bergerak atas empat benda utama iaitu bijih timah, candu, judi dan pelacuran.
Dan semua benda ini saling berkait.

Pelombong perlukan candu untuk tahan kerja berat. Pelombong pergi berjudi. Pelombong pergi rumah pelacuran. Tauke lombong dan kongsi gelap pula kaut keuntungan daripada semua benda ini.
British pula kutip cukai.

Sebab itu ramai ahli sejarah kata sistem kolonial British di Tanah Melayu sebenarnya sangat hipokrit. Di depan mereka bercakap tentang moral dan tamadun. Tapi dalam masa sama mereka membenarkan ekonomi candu dan pelacuran berkembang sebab ia menguntungkan.

Bila penyakit kelamin mula merebak teruk dalam kalangan tentera British dan buruh lombong, barulah kerajaan kolonial mula panik.

Ada rekod menunjukkan ribuan lelaki dimasukkan ke hospital akibat sifilis dan gonorea. British mula membuat pemeriksaan paksa terhadap pelacur dan rumah pelacuran. Malah ada doktor kolonial yang menyifatkan pelacur sebagai “reservoir of infection”.

Tetapi benda paling menarik ialah bagaimana British cuba menyalahkan wanita sepenuhnya.
Sedangkan pelanggan utama rumah pelacuran itu ialah lelaki sendiri termasuk pegawai British, tentera dan tauke lombong.

Dalam beberapa catatan kolonial, Kuala Lumpur disebut mempunyai kawasan rumah pelacuran terkenal di Batu Road dan Petaling Street. Ada rumah Jepun, rumah Melayu dan rumah Siam. Ada juga tempat yang digelar “Malay kip-shop”, tempat lelaki boleh minum arak dan mendapatkan perempuan Melayu.

Maknanya, dunia malam Kuala Lumpur zaman Yap Ah Loy memang hidup.
Sangat hidup.
Dan Yap Ah Loy pula berada di tengah-tengah bandar itu.

Dalam masa sama, beliau juga antara individu paling penting membangunkan Kuala Lumpur selepas bandar itu hampir musnah akibat Perang Klang.
Masa perang saudara Selangor meletus antara 1867 hingga 1873, Kuala Lumpur hancur teruk. Bandar dibakar. Lombong musnah. Ramai orang mati.

Frank Swettenham pernah menulis bahawa Yap Ah Loy sanggup membayar wang untuk kepala musuh yang dibawa ke pasar berhampiran rumahnya.
Kedengaran macam mafia?
Memang.

Tapi Kuala Lumpur masa itu memang macam bandar mafia.
Selepas perang tamat, Yap Ah Loy membina semula Kuala Lumpur. Beliau membina jalan, pasar, rumah batu dan perusahaan batu-bata yang akhirnya melahirkan Brickfields. Kawasan Chinatown Kuala Lumpur juga berkembang pesat di bawah pengaruh beliau.

Sebab itu sampai hari ini sejarah Yap Ah Loy sangat susah nak dilihat secara hitam putih.
Memang banyak sisi gelap beliau.

Tetapi kalau tengok konteks sejarah, hampir semua bandar perlombongan kolonial ketika itu bergerak dengan cara sama.
Yap Ah Loy bukan malaikat.

sumber -
 
Back
Top
Log in Register