BTC USD 84,300.3 Gold USD 4,298.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kuala Lumpur dan Yap Ah Loy

kapitan tu jawatan apa? mcm jawatan ketua gengster atau kongsi gelap je
 
kapitan tu jawatan apa? mcm jawatan ketua gengster atau kongsi gelap je

Kapitan tu Captain, di ambil dari alih bahasa Portugis, kalau sekarang ni Kapten la :D

captain kot.... heheheh

Bukan kot, memang.

---

Siapa kata KL dibuka Yap Ah Loy? Orang dah tahu lama kot, cuma dia yang menaikkan Ampang dan KL. Itu sahaja.

---

Nah bahan bacaan tambahan: Battle of Ampang
http://yapahloy.tripod.com/the_battle_of_ampang.htm

Muka utama:
Perang Saudara Selangor aka Selangor Civil War
http://yapahloy.tripod.com/the_selangor_civil_war.htm

Dari sini korang akan faham kenapa dia dianggap pengasas KL walaupun KL tu dah wujud lama.

Kenapa dia dipanggil pengasas Kuala Lumpur? Sebab KL ni macam UMNO tau. Dulu memang dah ada KL tapi KL hancur akibat perang saudara Selangor (Selangor dulu ada berapa orang Raja, dan ketua kepada Raja ni yang dipanggil Sultan - tapi la ni semua Raja ni dihapuskan)... dan Yap Ah Loy membangunkan semula KL... seperti Finix dari abu...
 
Last edited:
Maknanya kuala lumpur dibuka kapitan hiu siew la ye
selaku kapitan pertama
dari China kuala lumpur datang, ke China juga kuala lumpur kembali huhu
 
Maknanya kuala lumpur dibuka kapitan hiu siew la ye
selaku kapitan pertama
dari China kuala lumpur datang, ke China juga kuala lumpur kembali huhu

sutan-puasa-buka-kuala-lumpur.jpg

Sebenarnya Sutan (bukan Sultan) Puasa
lk_02.1.jpg

Sutan-Puasa-cover_march-2016.jpg

Carilah rumah itu: No. 41, Jalan Chow Kit. Ironinya rumah ini pernah hampir pupus, kerana DBKL menggelar rumah ini Rumah Degil tetapi beberapa pejuang aktivis yang kebanyakannya berbangsa Cina berjuang untuk rumah Melayu ini kekal :)
11039699_1379302269056044_5083229045146222040_o.jpg

FB Rumah Pusaka Chow Kit - kebanyakannya Cina yang sampai sanggup relocate rumah ini sehingga tawarkan tanah untuk jadi pusat warisan.
https://www.facebook.com/rumahpusakachowkit/

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0218&sec=Laporan_Khas&pg=lk_02.htm
http://www.malaysia-today.net/on-the-founder-of-kuala-lumpur-ranjit-singh-malhi/

Setelah penemuan bijih di Ampang dan kawasan lain di KL, Sutan Puasa memanggil Hiu Siew dari Lukut menjadi kepala kaum Cina dengan gelaran Kapitan:

The leaders of the Chinese community, who administer the Chinese settlement and ensure law and order, were conferred the title of Kapitan Cina (Chinese headman) by the Malay chief. Hiu Siew, the owner of a mine in Lukut, was chosen as the first Kapitan of Kuala Lumpur. It was however the third Kapitan Cina, Yap Ah Loy, who had the most impact on Kuala Lumpur in its early years.

In terms of who was first on the spot, we know that Sutan Puasa was in Kuala Lumpur before 1850. Hui Siew and (Yap) Ah Sze Keledek were there in 1857. Liu Ngim Kong alias Pak Loh Tsi appeared in Kuala Lumpur in 1861. All there men were invited to come over to Kuala Lumpur by Sutan Puasa. Yap Ah Loy only showed up in Kuala Lumpur in 1862. Sutan Puasa sanctioned the appointment of each Capitan China of Kuala Lumpur of that period, from Hui Siew (1859) to Liu Ngim Kong (1862) to Yap Ah Loy (1869).
 
Owh.. camne lak la dbkl taktahu menahu ttg lokasi2 pusaka ni
 
Owh.. camne lak la dbkl taktahu menahu ttg lokasi2 pusaka ni

Untuk rekod Sutan Puasa lari dari Perang Padri di Sumatera. Padri kalau disini Paderi tapi bukan paderi Kristian, itu gelaran orang agama Islam di Sumatera diambil dari Padre, perkataan portugis/sepanyol.

Perang tu antara orang yang menegakkan agama (Kaum Padri/Paderi/Sheikh) dan orang yang menegakkan adat (Kaum Adat) tetapi biasalah, norma kita Melayu bila berbalah sesama sendiri (Batak pun ada selain Mandailing), Belanda ambil kesempatan dan Belanda menang.

Kebanyakan Kaum Padri yang kalah lari ke Negeri Sembilan tapi Sutan Puasa lari ke KL.

https://www.theedgeproperty.com.my/content/preserving-past-future-generations
Kisah restorasi Rumah Degil atau Rumah Pusaka Chow Kit

20151216_PEO_RUMAH%20PUSAKA%20CHOW%20KIT%207_MSY.jpg

Tan: knew the significance of the place. My grandparents had lived practically opposite it, in another kampung house.
Arkitek KC Tan ni yang mempertahankan rumah tu, sebab atuk nenek dia rumah lama depan dengan rumah tu. Tapi DBKL? Nan hado!
 
Last edited:
Yap Ah Loy ni ketua kongsi gelap merangkap bapak ayam
 
Kajian terbaru sahkan Sutan Puasa pengasas Kuala Lumpur

kuala-lumpur.jpg

KUALA LUMPUR: Betulkah Sutan Puasa, seorang saudagar Mandailing, pengasas sebenar Kuala Lumpur?

Kenyataan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim di beberapa wacana intelektual tahun lepas bahawa “pengasas Kuala Lumpur ialah Sutan Puasa, dari Mandailing”, menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai kerana sejarah menyebut Yap Ah Loy, seorang kapitan Cina, pengasas bandar raya ini.

Bagaimanapun, buku yang diterbitkan baru-baru ini berjudul “Sutan Puasa Founder of Kuala Lumpur” karangan Abdur-Razzaq Lubis, mendedahkan maklumat baharu tentang sejarah Kuala Lumpur.

Terry McGee, Profesor Emeritus Penyelidikan dan Geografi Asia dari University of British Columbia, Vancouver, Kanada, dalam prakatanya menyebut buku itu “memberi interpretasi baharu tentang sejarah awal ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, dan daerah pedalamannya”.

McGee banyak membuat penyelidikan tentang proses perbandaran orang Melayu di Kuala Lumpur dan Tanah Melayu pada 1960-an untuk pengajian peringkat PhD.

Beliau berkata buku itu, yang memberi fokus terhadap peranan Sutan Puasa semasa era awal aktiviti melombong bijih timah di Kuala Lumpur pada pertengahan kurun ke-19, mencetuskan minatnya tentang perkara ini.

“(Abdur Razzaq) Lubis memberi jawapan meyakinkan terhadap 2 persoalan yang kelihatan mudah untuk diselesaikan itu.

“Pertama, siapakah sebenarnya yang mengasaskan Kuala Lumpur dan kedua, adakah catatan sejarah yang ada sekarang tentang pembukaan Kuala Lumpur, benar-benar tepat?” katanya.

McGee berkata, pengarang membuat kajian teliti untuk menyediakan maklumat yang boleh dijadikan asas bagi tafsiran semula sejarah Kuala Lumpur.

Tafsiran baru ini, katanya, mungkin berguna untuk banyak negara dalam perbahasan tentang tempoh peralihan yang berlaku dalam sejarah Asia Tenggara sebelum kedatangan penjajah yang mewujudkan sempadan tetap antara negara berkaitan.

Katanya, pengarang juga mengaku idea berhubung orang Melayu pada kurun ke-19 bukan sahaja meliputi kesultanan berasaskan kedudukan sungai di pantai timur, tetapi juga tentang masyarakat pendatang dari Indonesia yang berhijrah ke Tanah Melayu.

Tulisan Abdur Razzaq dalam buku setebal 615 muka surat itu turut memuatkan peta dan gambar lama Kuala Lumpur. Ia bermula dengan bab bertajuk “The Naming of Kuala Lumpur”, antara lain menyentuh tentang Sungai Lumpur dan Pangkalan Lumpur, 2 nama yang sering digunakan dalam dokumen lama.

Dalam bab 2, beliau menyentuh beberapa nama yang disebut sebagai pengasas Kuala Lumpur oleh pelbagai tokoh dan penulis, termasuk Yap Ah Loy, kapitan Cina pertama Hiu Siew dan Raja Abdullah, Orang Besar Jajahan Klang.

Mulai bab 3, beliau menyentuh tentang peranan Sutan Puasa dan orang Mandailing pada zaman awal kewujudan Kuala Lumpur.

Buku berkenaan, yang mencatat jualan terlaris di kedai buku Kinokuniya sejak 3 minggu lepas, akan dilancarkan penyanyi terkenal Datuk Sheila Majid, daripada keturunan Sutan Puasa, pada 7 April di Galeri Ilham.

Abdur Razzaq akan menyertai sesi perbincangan bersama Pengerusi Majlis Antarabangsa Tugu Peringatan dan Tapak Malaysia (Icomos) Datuk Hajeedar Abdul Majid tentang buku itu di Galeri Petronas pada 8 April bersempena Art for All – Art Fair 2018, sebelum menuju ke Kinokuniya untuk sesi bertemu pengarang dan menandatangani Buku. - FMT

.
 
Back
Top
Log in Register