combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,162
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,162
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melaksanakan penstrukturan semula jadual perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang bagi laluan Pulau Sebang-Batu Caves-Pulau Sebang bermula 18 April ini.
KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu diambil susulan pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur Projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) di antara Stesen Salak Selatan hingga Stesen Seremban.
Menurut kenyataan itu penjadualan semula tersebut bertujuan memberi laluan kepada kerja menaik taraf landasan sepanjang 67 kilometer agar dapat dilaksanakan dengan lebih selamat dan efisien, selain mempercepatkan garis masa penyiapan projek berkenaan.
"Pelaksanaan ini melibatkan operasi menggunakan sistem landasan tunggal bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan tren penumpang dan tren barangan di laluan terlibat.
“Rasionalisasi ini melibatkan naik taraf sistem landasan, persemboyanan dan infrastruktur bagi meningkatkan keselamatan, kestabilan serta kecekapan perkhidmatan rel dan kebolehpercayaan sistem rel untuk jangka panjang,” menurut kenyataan itu.
Sepanjang tempoh pelaksanaan projek yang dijangka hingga akhir tahun ini, kekerapan waktu puncak pagi dan petang bagi perkhidmatan KTM Komuter laluan Pulau Sebang-Batu Caves-Pulau Sebang dioptimumkan kepada lima perkhidmatan dengan selang masa setiap 15 dan 30 minit.
“Sepanjang tempoh pelaksanaan ini, tiada perkhidmatan KTM Komuter akan beroperasi dari 10 hingga 4 petang bagi laluan Midvalley-Pulau Sebang dan Pulau Sebang-Bandar Tasik Selatan,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, landasan di antara Stesen Salak Selatan hingga Stesen Seremban akan ditutup sepenuhnya dari 10 malam hingga 6 pagi bagi membolehkan kerja penyelenggaraan dan naik taraf dijalankan secara lebih intensif.
Dalam pada itu, penstrukturan ini juga melibatkan pelarasan jadual dan nombor tren bagi dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) laluan JB Sentral-KL Sentral-JB Sentral.
KTMB Laksana Penstrukturan Semula Jadual Tren Di Lembah Klang Mulai 18 April
KTMB, jadual, perubahan, stesen, perkhidmatan