BTC USD 85,683.2 Gold USD 4,164.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KTM Train Review @ CG

johor1976

Super Active Member
gem
Messages
8,980
Joined
May 7, 2016
Messages
8,980
Reaction score
543
Points
121
Sejak kebelakangan ni ETS sentiasa delay. Dari KL ke ipoh sampai 5 jam.
29hb April hari tu saya naik dari KL sentral pukul 7mlm, tiba di Ipoh pukul 1230am.

Macam ni ke KTMB.ada sesapa nak share?
 
Tren ETS 29hb April no trip 9310 delay teruk.
Hari ni pun sama
 
Sepatutnya tren ke KL dari Ipoh pukul 611 pm. Tapi train depart pukul 620pm.
Sepatutnya tiba di KL pukul 820pm.
Saya akan update
 
Tak faham betul keretapi canggih, sistem canggih pun masih boleh lewat.

Semua ni rasanya bukan masalah teknikal tetapi masalah manusia.
 
Tak faham betul keretapi canggih, sistem canggih pun masih boleh lewat.

Semua ni rasanya bukan masalah teknikal tetapi masalah manusia.

Saya naik ets sebab nak jimat masa. Harga agak mahal, rm 34 dari kl ke ipoh.
Lepas tu saya dah call ktmb pg ni tanya train delay ke. Dia kata ktmb system dah recover ikut jadual.

Tapi sekarang saya dlm train ETS yg delay.
 
Saya naik ets sebab nak jimat masa. Harga agak mahal, rm 34 dari kl ke ipoh.
Lepas tu saya dah call ktmb pg ni tanya train delay ke. Dia kata ktmb system dah recover ikut jadual.

Tapi sekarang saya dlm train ETS yg delay.

Susah nak percaya kata pegawai yang jaga talian khidmat pelanggan ni.

Kes saya pasal panel insuran. Telefon AIA untuk kepastian bahawa hospital KPMC adalah panel hospital AIA.

Dua kali saya suruh dia semak. Sekali dengan sistem dan sekali saya minta dia semak dengan supervisor. Saya berikan sekali nombor polisi dan nombor kad insuran saya.

Saya kata dan berkeras bahawa saya tidak mahu buang masa di lobi hospital atau bilik kecemasan. Nak masuk terus wad.

Sekali pergi, KPMC bukan panel hospital. Sungguh kecewa dan menyesal ambil AIA.

Berbalik kepada masalah KTMB, bagi saya ini semua masalah manusia iaitu pekerja yang tidak profesional, jujur, cekap dan amanah.

Saya syorkan tuan buat aduan bertulis kepada KTMB dengan menggunakan email dan surat berdaftar. Pastikan tuan sebut nama pegawai yang berikan maklumat salah.

Pastikan tuan sebut bayaran mahal daripada bas, jadi sepattunya ikut jadual. Kalau mahal dan terus lewat begini ditambah dengan kes kemalangan nescaya orang ramai akan pilih semula bas. Jangan sampai pengguna buat kempen boikot ETS.
 
Last edited:
tapi yang jual tiket kat kaunter kl sentral tu cantik2 semuanya..
rasa macam hari2 nak beli tiket
 
tapi yang jual tiket kat kaunter kl sentral tu cantik2 semuanya..
rasa macam hari2 nak beli tiket

haha..tu yang boleh ko komen..klau mcm tu ko beli la tiket ari2 p ipoh..sehari ulang alik kl-ipoh 4 trip jadi la.nescaya dalam sebulan mesti awek kaunter tu jatuh cinta kat ko
 
ktmb ni dah lama dah...tempat korek duit kroni....harga tiket naik pun servis tak naik2...1 lagi kalau perasan, kat beberapa stesen contoh kt stesen Kuala Lumpur, ada mesin tiket tapi tak boleh digunakan..sebelum tu ada gak mesin tiket lama,pun tak boleh digunakan...sia2 beli letak kat stesen..

sebab tu union pekerja dia mengamuk2 dulu pasal kes pekerja kena pecat,banyak krisis dgn ktmb ni..ni baru2 dgar kabar kereta api semua perbadanan aset keretapi nak ambil alih
 
Back
Top
Log in Register