Saya naik ets sebab nak jimat masa. Harga agak mahal, rm 34 dari kl ke ipoh.
Lepas tu saya dah call ktmb pg ni tanya train delay ke. Dia kata ktmb system dah recover ikut jadual.
Tapi sekarang saya dlm train ETS yg delay.
Susah nak percaya kata pegawai yang jaga talian khidmat pelanggan ni.
Kes saya pasal panel insuran. Telefon AIA untuk kepastian bahawa hospital KPMC adalah panel hospital AIA.
Dua kali saya suruh dia semak. Sekali dengan sistem dan sekali saya minta dia semak dengan supervisor. Saya berikan sekali nombor polisi dan nombor kad insuran saya.
Saya kata dan berkeras bahawa saya tidak mahu buang masa di lobi hospital atau bilik kecemasan. Nak masuk terus wad.
Sekali pergi, KPMC bukan panel hospital. Sungguh kecewa dan menyesal ambil AIA.
Berbalik kepada masalah KTMB, bagi saya ini semua masalah manusia iaitu pekerja yang tidak profesional, jujur, cekap dan amanah.
Saya syorkan tuan buat aduan bertulis kepada KTMB dengan menggunakan email dan surat berdaftar. Pastikan tuan sebut nama pegawai yang berikan maklumat salah.
Pastikan tuan sebut bayaran mahal daripada bas, jadi sepattunya ikut jadual. Kalau mahal dan terus lewat begini ditambah dengan kes kemalangan nescaya orang ramai akan pilih semula bas. Jangan sampai pengguna buat kempen boikot ETS.