TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
KR1M ditukar Kedai Harapan
KUALA LUMPUR – Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diperkenalkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan dijenamakan semula bagi memastikan matlamat asalnya menangani kos sara hidup rakyat tercapai.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan Kedai Harapan itu akan menawarkan harga kompetetif rendah kepada rakyat khususnya golongan B40.
“Kerajaan sekarang, apa yang dimulakan dengan baik, kebaikan sampai kepada rakyat, contohnya Majlis Sara Hidup satu inisiatif kerajaan lepas, cuma tak sempat dilaksanakan
“Bila kita dapati isu rakyat itu masih berlegar isu sama, saya memilih untuk mengangkat semula kepada Jemaah Menteri dan menerangkan akhirnya dipersetujui untuk kita laksanakan, kita aktifkan semula.
“Begitu juga KR1M yang ada dua fasa, model pertamanya ada beberapa kelemahan,” katanya pada sidang Dewan Negara, di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah kemungkinan KR1M akan diteruskan dan diganti dengan Kedai Harapan susulan penerimaan rakyat khususnya di luar bandar amat menggalakkan.
Saifuddin Nasution berkata, antara pembaharuan bakal dilakukan ialah tidak mengekalkan dua pemain utama di sebalik kedai rakyat sebelum ini dan dibuka kepada pihak lain.
“Keputusannya kita masih meneruskan tapi tidak mengekalkan dengan dua pemain utama, kita akan buka kepada pemain lain.
“Pemilihan pemain dan lokasi perniagaan ini akan ditentukan berdasarkan pertimbangan perniagaan, mempunyai keupayaan kewangan dan pengalaman,” katanya. – MalaysiaGazette

Klinik 1Malaysia ditukar Klinik Komuniti
![]()
Pada 27 Jun lepas, Kementerian Kesihatan mengumumkan kesemua K1M akan dinilai sebelum diputuskan untuk dinaik taraf, dijenamakan semula atau ditutup. - Gambar fail
KUALA LUMPUR - Sebanyak 293 Klinik 1Malaysia (K1M) di seluruh negara akan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata daripada 347 K1M semasa, 20 daripadanya pula akan dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan manakala 34 yang lain bakal ditutup secara berperingkat.
Menurutnya pihak kementerian akan melaksanakan pelan reformasi perkhidmatan K1M untuk memberi nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada, selain menyusun keperluan dan pengurusan sumber.
"Reformasi ini bakal menambah baik mutu penjagaan kesihatan kepada golongan sasar dengan menambah fungsinya kepada Rawatan Pesakit Luar yang memberi fokus kepada rawatan dan kawalan penyakit tidak berjangkit serta Kecemasan Asas.
"Sekali gus ia membezakan fungsi antara Klinik Komuniti dan Klinik Desa yang mempunyai fokus perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak," katanya menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang ingin tahu impak positif penjenamaan semula K1M kepada Klinik Komuniti pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Pada 27 Jun lepas, Kementerian Kesihatan mengumumkan kesemua K1M akan dinilai sebelum diputuskan untuk dinaik taraf, dijenamakan semula atau ditutup.
Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, kementerian akan menempatkan Pegawai Perubatan dan Pegawai Farmasi di semua 293 buah Klinik Komuniti secara berperingkat. - Bernama
http://www.kosmo.com.my/terkini/klinik-1malaysia-kini-dikenali-sebagai-klinik-komuniti-1.773306
RTC ditukar PKD
![]()
AYER KEROH: Bermula bulan ini, semua 201 Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di seluruh negara akan dijenamakan sebagai Pusat Komuniti Desa (PKD).
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun, berkata penjenamaan baharu itu merangkumi 196 mini RTC dan lima RTC yang akan ditingkatkan matlamat penubuhannya pada masa depan.
Katanya, fungsi PKD akan ditambah baik, antaranya bagi menempatkan lebih ramai usahawan, khususnya masyarakat luar bandar untuk memasarkan produk jualan dan perniagaan di pusat berkenaan.
“Semua mini RTC mahupun RTC selepas ini hanya akan dikenali sebagai PKD,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari di Seri Negeri, di sini, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/484687/rtc-dijenamakan-sebagai-pkd