BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPT Terus Pantau Lima Pelajar Malaysia Di Iran - Zambry

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141
f3cde66902adada45c1dcf906a6a823568721a2339f7c

Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (dua, kanan) menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Bukit Nangka, Jeli Kelantan.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub (kanan).

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus memantau lima pelajar Malaysia yang masih berada di Iran kerana ingin meneruskan pengajian, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata pihak kerajaan juga telah memberi ruang dan menyatakan hasrat untuk membantu mereka sekiranya mahu pulang ke tanah air.

"Kita bagaimanapun akan terus memantau walau di mana sahaja mereka berada demi keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Bukit Nangka, di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata hanya lima rakyat Malaysia masih berada di Iran atas pilihan sendiri.

Kesemua mereka telah menandatangani surat aku janji untuk kekal di Iran meskipun kerajaan sebelum ini menggesa supaya kesemua rakyat meninggalkan negara terbabit berikutan konflik yang semakin meruncing.

Pada 23 Jun lepas, sebanyak 17 rakyat Malaysia yang berada di Iran selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama enam warga Iran yang merupakan tanggungan kepada warga Malaysia dan seorang rakyat Singapura.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai perkembangan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan bas bulan lepas, Zambry berkata kesemua mereka telah dibenarkan keluar hospital.

"Pelajar terakhir yang cedera telah discaj pada 8 Julai di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

"Sekarang ini, tiga pelajar sudah memulakan pengajian mereka di kampus, manakala selebihnya mengikuti kelas secara dalam talian," katanya.

 
Back
Top
Log in Register