TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Buku bertajuk 'Panduan Harga Pengguna Zon Tengah' ini menyenaraikan 500 barang keperluan asas, bagi memudahkan pengguna membandingkan harga makanan kering, basah dan dalam tin.
KUALA LUMPUR, 30 Januari: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melancarkan buku elektronik (e-book), bagi mendidik rakyat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), sebelum dilaksanakan pada 1 April ini.
Buku bertajuk ‘Panduan Harga Pengguna Zon Tengah’ ini menyenaraikan 500 barang keperluan asas, bagi memudahkan pengguna membandingkan harga makanan kering, basah dan dalam tin.
KPDNKK dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan tidak dapat memberi jaminan harga serta maklumat dalam buku tersebut dan ianya tidak boleh digunakan untuk tindakan undang-undang.
“Harga barangan di dalam buku mungkin berbeza, disebabkan pelbagai faktor, termasuk bekalan, permintaan, perubahan iklim, bencana alam dan kadar pertukaran mata wang asing.
“Jika ada pihak yang mengambil kesempatan daripada pelaksanaan GST dengan meletakkan keuntungan berlebihan, KPDNKK akan menyiasat dan mengambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.
Dalam buku itu, harga kepada barangan basah dan kering, termasuk barangan bayi dan kebersihan berkurangan beberapa sen, sebaliknya makanan dalam tin dan paket dinaikkan harganya.
Buku tersebut menyatakan perkhidmatan pengangkutan, kesihatan dan pendidikan swasta dikecualikan GST sebanyak 6 peratus.
Sebanyak 169 negara daripada 193 negara di dunia ini telah melaksanakan GST.
Tinjauan di laman sesawang kementerian itu mendedahkan, 66 peratus rakyat negara ini masih tidak memahami GST dan 1,300 daripada 1,970 pengundi tidak memahami fungsi GST.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam kenyataannya berkata, buku elektonik tersebut akan diedarkan ke seluruh negara dan boleh dimuat turun di http://ebook.kpdnkk.gov.my/ebook/PANDUAN_HARGA_PENGGUNA_-_ZON_TENGAH/index.html.
“Saya berharap buku ini dapat membantu pengguna membuat pilihan tepat dalam membeli barangan keperluan,” katanya.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/30/kpdnkk-lancar-buku-panduan-gst/#ixzz3QJYCSYGn