BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Rampas 400 Liter Diesel Disyaki Cuba Diseleweng Di Kudat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
fac27c5e5b6a59699bc07295e99bd1a769d4f7240a414

Kredit: KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat merampas 400 liter minyak diesel disyaki cuba diseleweng dalam serbuan di sebuah stor di Jalan Airport, di sini menerusi Ops Tiris 4.0 hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Kudat Nazatul Shima Karim berkata bahan api berkenaan disimpan dalam dua tong drum untuk kegunaan persendirian secara tidak sah.

"Seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun dipercayai sebagai pemilik stor ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu kesalahan berurusan dengan barang kawalan tanpa lesen atau kebenaran yang sah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan secara berterusan dan lebih agresif, terutamanya di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi berlakunya aktiviti penyeludupan dan penyelewengan bahan api termasuk Kota Marudu, Pitas dan Pulau Banggi.

Nazatul Shima berkata Ops Tiris 4.0 dilaksanakan sebagai tindakan susulan kepada Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (GEMPUR) oleh kerajaan melalui KPDN yang memberi fokus kepada usaha menangani ketirisan barang kawalan di pasaran.

 
Back
Top
Log in Register