BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Kedah Komited Bantu Petani Dapat Permit Khas Bahan Api

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPDN Kedah Komited Bantu Petani Dapat Permit Khas Bahan Api​

856ca606b2fdc2f968a0af590292becb6a1a990d687ef

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Zalina Aziz

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah komited membantu golongan petani mendapatkan permit khas bagi pembelian petrol atau diesel melebihi 20 liter untuk kegunaan jentera ladang.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kedah Zalina Aziz berkata pihaknya melaksanakan pelbagai program turun padang dan sesi libat urus bagi memahami keperluan petani memperoleh bahan api dalam kuantiti yang banyak bagi mengendalikan jentera seperti mesin rumput, pam air atau traktor.

“Petani boleh mohon permit khas untuk beli petrol atau diesel dalam tong di stesen minyak di bawah kategori pertanian dan penternakan. Mereka boleh beli bahan api melebihi 20 liter, mengikut kuantiti diluluskan berdasarkan keluasan tanah serta keperluan penggunaan jentera pertanian,” katanya kepada Bernama di sini.

Zalina berkata permohonan permit khas itu adalah percuma dan boleh dibuat secara dalam talian menerusi Sistem Permit Bekalan KPDN.

Beliau berkata pembelian menggunakan permit itu pula hanya boleh dilakukan di stesen minyak yang ditetapkan dan berdekatan dengan lokasi ladang atau kawasan operasi pemohon.

Menurut Zalina, bagi memudahkan urusan petani, KPDN mengadakan siri jelajah libat urus melibatkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di 11 kawasan di seluruh negeri berkenaan.

“Hasil program itu, sebanyak 494 permit khas baharu diluluskan dari 1 Jan hingga 1 Jun 2026. Kami membawa sendiri peralatan dan petugas ke lokasi yang ditetapkan bagi membantu proses permohonan yang dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian.

“Kami faham ada petani dan pesawah yang kurang mahir menggunakan sistem dalam talian. Sebab itu KPDN mengambil inisiatif turun padang untuk memberi penerangan serta membantu mereka membuat permohonan secara terus di lokasi,” katanya.

Beliau berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila setiap program mencatatkan antara 20 hingga 30 permohonan baharu.

 
Back
Top
Log in Register