BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Bongkar Penyelewengan Diesel Di Masjid Tanah, Tahan Tiga Lelaki

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPDN Bongkar Penyelewengan Diesel Di Masjid Tanah, Tahan Tiga Lelaki​

e071b97e59744a299fa1d00c63c79ac36a897b42803d8

Kredit: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membongkar kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah, Melaka semalam.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata dalam serbuan kira-kira 9 pagi itu, pihaknya merampas 17,460 liter diesel bersubsidi dan menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan.

“Serbuan dilakukan oleh sembilan pegawai penguat kuasa daripada Bahagian Penguat Kuasa KPDN Putrajaya bersama-sama KPDN Melaka selepas bertindak hasil maklumat risikan.

“Premis berpagar terbabit disyaki digunakan sebagai lokasi penyimpanan dan pemindahan minyak diesel secara haram," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata 17,460 liter diesel itu ditemukan disimpan dalam sebuah tangki skid dan dua lori tangki.

Azman berkata pihaknya menyita kesemua diesel itu, tangki skid, satu unit pam, empat hos penyambung dan dua lori tangki.

Turut disita ialah sebuah lori kargo, lima telefon bimbit pelbagai jenama serta beberapa dokumen, dengan keseluruhan sitaan dianggar bernilai RM334,363.20.

“Notis di bawah Seksyen 8(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 turut dikeluarkan bagi mengarahkan pengisytiharan stok dan penyerahan dokumen berkaitan,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 21 akta sama.

 
Back
Top
Log in Register