BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kos cuci dosa RM135,800

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Sindiket pukau menjadikan laman sembang untuk mencari mangsa mengakibatkan janda beranak empat berputih mata apabila wang simpanan RM135,800 lesap.
Mangsa yang mulanya menyangka laman sembang itu mampu merawat kesunyian sejak diceraikan kini trauma kerana kehidupannya makin tidak terurus sejak kehilangan wang yang sepatutnya digunakan membeli rumah demi keselesaan anak.


Mendakwa seolah-olah dipukau, mangsa dikenali sebagai Rina, 38, berkata, dia tidak menyangka kenalan sembangnya itu seolah-olah mempunyai rangkaian memburu mangsa di laman web untuk diperdayakan dalam tempoh singkat.


“Semuanya bermula apabila saya menjadikan laman sembang ‘My Space’ mencari kawan sekitar April lalu dan berkenalan dengan dua wanita dikenali Ida dan Ila.


“Ketika bersembang, saya menceritakan tentang latar belakang dan kehidupan saya yang tertekan kerana terpaksa berkorban menjaga empat anak masih bersekolah berusia enam hingga 17 tahun serta perniagaan makin merosot,” katanya.


Menurutnya, dia diberitahu Ida yang mendakwa ingin membantu memulihkan semangatnya melalui kaedah berbomoh dengan seorang lelaki Indonesia dikenali sebagai Mbah.


“Menyangkakan Ida ikhlas ingin membantu, saya memberikan nombor telefon bimbit kepadanya dan dia berjanji memulihkan saya. Selain itu, dia menasihati saya menderma kepada Ila yang mempunyai ibu yang cacat sebagai cara menebus dosa silam,” katanya.


Rina berkata, dia menerima panggilan daripada seoranglelaki, Yan Hasnor untuk bertemu dengan alasan ingin melihat keadaan dirinya.


“Sebaik bertemu dengan lelaki berusia 52 tahun itu, saya terpaku melihat wajahnya yang tenang dan tanpa segan silu menceritakan keadaan diri saya serta perniagaan butik kecantikan yang diusahakan sejak 18 tahun lalu.

“Yan Hasnor mendakwa saya perlu menderma RM50,000 bagi membina masjid di Indonesia sebagai satu cara mencuci dosa dan menebus segala kesalahan dilakukan dikatakan menjadi punca diceraikan suami,” katanya yang menuruti kehendak lelaki itu.


Seolah-olah dipukau, Rina mengeluarkan wang simpanannya dari bank di Bangsar sebelum diberikan kepada suspek.


“Ekoran pertemuan pertama dengan lelaki itu, keadaan saya tidak keruan kerana asyik teringatkan dia menyebabkan saya menghubunginya untuk bertemu empat hari kemudian.


“Suspek tidak menolak pelawaan itu dan ketika bertemu untuk kali kedua, dia memberitahu kos merawat penyakit serta menghapus dosa dengan Tok Guru Mbah memerlukan bayaran tambahan RM100,000,” katanya yang kemudian menyerahkan wang simpanannya berjumlah RM85,800 secara beransur-ansur selama tiga hari.

Menurut Rina, walaupun ditegur anak kerana menyerahkan wang yang banyak, dia tidak mempedulikannya, malah membenarkan suspek tidur di rumahnya kerana berasakan enggan berpisah.


“Keadaan saya seperti lembu di cucuk hidung yang menuruti kata suspek walaupun baru berkenalan tidak sampai seminggu.


“Mujur anak sulung yang menyedari keadaan pelik ini menghubungi keluarga di Pulau Pinang dan menceritakan keadaan menimpa saya untuk diselamatkan,” katanya yang dilarikan keluarganya lelaki terbabit untuk diubati.


Setelah seminggu berada di kampung, suspek memburunya bagi meminta bayaran perubatan di negara seberang yang didakwa tidak mencukupi menyebabkan dia membuat laporan polis.


“Saya cuba mencari lelaki itu untuk meminta wang saya kembali, namun telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi manakala cubaan keluarga mencari di rumahnya di Damansara gagal,” katanya.
 
sendiri yg nak masuk mulut buaya..
 
Byk duit ibu tunggal ni. Jika jumpa aku kan bagus boleh gak aku membantu. Ada pula org lain boleh cuci dosa ya???? Cuci pulak dgn wang yg terlalu byk pulak tu. Umur scammer lak tu dah lebih setengah abad dan dibantu dgn pompuan lain lak tu. Mcm ada sindiket. mmg laknat lah scammer ni buat naya kat org.
 
x faham la aq..
 
Ayo... Tak leh ke cuci dosa dengan sabun basuh lagi murah? Hiks
 
lebih 100k duit wanita ini???

sangat kaya ye di situ~

derma kat saya lagi baik. anak yatim de.. ;)
 
mudahnya terpengaruh dengan hal ni...mintak2 mata kita semua dapat dijauhkan dari orang2 penipu begini
 
Back
Top
Log in Register