BTC USD 81,647.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Korek telinga tidak batal puasa?

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
27hb Jun

Soalan: Antara perkara yang menyusahkan masa puasa ialah apa yang diberitahu bahawa korek telinga membatalkan puasa. Begitu juga titik ubat di mata. Kalau kita gatal telinga, ataupun pedih mata maka memang susah. Betulkah batal?


Jawapan:
1. Antara anggapan yang salah ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh ataupun membatalkan puasa memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah.

2. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas: “Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).
Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa.
‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.

3. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabah akan bertanya mengenainya. Namun, apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.

4. Maka korek telinga ataupun hidung, menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.



kak.png

sumber DrMaza.com
 
Mase zaman sekolah dulu... dgn wajah angkuh ustaz aku korek idung sambil wat jelingan manja... sampai sume terkedu.. pastuh dier ckp.. "idung dok poso.. "... jenggg
 
sy di ajar dr kecik lg sejak sekolah rendah...

blh ajer korek telinga atau hidung...

tp hanya spi thp yg biasa di cpi oleh jari jer ler...

jika lbh drpd itu blh membw kpd btl puasa...

jd skrg nih Dr. MAZA kater selain drpd mknan...

jika dimasukkan dlm hidung & telinga x akan membtlkan puasa takper plak yer...

maksudnyer blh ajer lah korek telinga dgn putik kapas...

hhhmmmm :-? :-? :-?...
 
Last edited:
Asap rokok bukan makanan...hihi..
 
haha komen first tu mmg klaka
 
masa dulu2 kalau tak dan nak buka posa. Dengar azan, korek hidung bagi batal posa.. Kena tipu lah dulu-dulu ni.
 
Back
Top
Log in Register