BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Kopi tradisional semakin dilupakan

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266

Kopi tradisional semakin dilupakan​

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | | 03 Mac 2022
1613172.jpeg

Biji kopi perlu digoreng selama dua jam untuk mendapatkan kopi yang berkualiti.

KUALA NERANG - Pembuatan kopi tradisional semakin dilupakan selepas kopi campuran mendapat tempat di hati penggemar minuman tersebut hari ini.

Sebahagian besar generasi muda juga tidak pernah merasai keenakan kopi tradisional yang digoreng menggunakan dapur kayu manakala biji kopi pula dihancurkan menggunakan lesung kayu.

Di Kampung Lubuk Perung, di sini terdapat pengusaha yang membuat kopi tradisional secara kecil-kecilan dan masih ada tempahan yang diterima dari penggemarnya setiap bulan biarpun dalam kuantiti kecil.

Menurut pengusaha kopi tradisional, Mashitah Abdullah,66, kelebihan kopi yang ditumbuk ini adalah aromanya lebih harum dan tidak dicampur dengan pelbagai bahan selain gula dan sedikit garam.

"Kami mengamalkan minum kopi asli ini sejak turun-temurun. Kopi tradisional menjadi pilihan walaupun kini semakin banyak kopi campuran di pasaran. Banyak rumah di kampung ini masih mengamalkan minum kopi tradisional.

"Kepuasan menikmati kopi tradisional tiada tolak banding jika mahu dibandingkan dengan kopi campuran yang kita tidak tahu apa yang dicampur bersamanya," katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Lubuk Perung pada Selasa.

Mashitah yang juga dikenali dengan panggilan Mak Teh menjelaskan, ada beberapa buah kampung lagi di Padang Terap masih mengekalkan minum kopi tradisional antaranya Kampung Tandop Besar, Kampung Kubang Bembang, Kubang Kenyeng. Kampung Sireh dan Kampung Datuk.

1613171.jpeg

Mashitah mendapat sokongan suaminya, Ishak (tengah) dan anak-anaknya lain di Kampung Lubuk Perung, Kuala Nerang.

Disyorkan artikel ini:
Menurutnya, kopi tradisional yang dihasilkan pada awalnya dibuat untuk keluarga sahaja namun tidak menyangka menerima tempahan selepas tetamu meminum kopi yang disediakan semasa datang ke rumah.

"Sebulan saya buat kira-kira 7 kilogram (kg) kopi tradisional berdasarkan tempahan. Pada musim kenduri pula, ada tambahan pula kerana ada yang menempah sehingga 6kg bagi satu-satu kenduri.

"Mereka kena maklum awal sebab nak buat kopi ini ambil masa juga. Sekurang-kurang dua jam diperlukan untuk menggoreng biji kopi tidak termasuk proses menumbuk dan mengayak kopi yang telah hancur," ujarnya yang mempunyai tujuh anak dan 28 cucu.

Mashitah berkata, dia mendapat sokongan suami, Ishak Latif, 67 dan kopi tradisional yang telah siap dijual pada harga RM35 sekilogram.

1613173.jpeg

Biji kopi yang telah digoreng selama dua jam sebelum ditumbuk dengan lesung kayu.

"Saya mewarisi teknik membuat kopi tradisional ini daripada nenek dan ibu sewaktu kecil dahulu. Kini beberapa anak saya juga turut belajar dan mewarisi ilmu ini pula," katanya lagi.

Tambahnya, bekalan buah kopi diperolehi dari Baling selepas pokok kopi yang diusahakan di sekeliling rumahnya semakin mati berikutan kemarau sejak beberapa tahun lalu.

Seorang peminat kopi, Riban Zainon, 44 dari Kampung Barokhas mengakui keistimewaan kopi tradisional kerana aromanya yang berbeza berbanding kopi campuran.

org2 lama jaa layan kopi kampung mcm nih....mmg ada peminat sendiri....kalu dak.. takkan nestle wat kopi kedah... ni versi kampung yg dikomersilkan..
 
Kak promote kopi ye........... Ambik le gambar suami tu minum kopi,............ Suami duduk sebelah minum teh tarik pula.........
 
Sedap ke kopi Kedah.....kalau 434...kopi muar tu sedap juga...kapal api pun ok juga..
xtau bos .. x pernah try... tp bekas dia comey hhehehe.. cap gantang pun bulih try.. sedap jugak
 
kopi tradisional tok wan ini macam formula kopi campuran jenama kapal api. beza dia kapal api pakai kopi + magerin + garam

kpoi peladang kira kopi tradisional juga macam ini. kopi + gula + magerin

tradisional maksud dia tumbuk pakai lesung kayu. goreng pakai kayu api.
 
sedap wooo kopi kg... tp kopi kg ni kalo org x reti bancuh... mmg kelat rase... emak aku ckp nk bancuh kopi kg ni air kene betoi2 panas tahap dewa... kalo pakai air panas cam coway...cookoo... mmg rase x bp sedap la.... pastuh letak gula perang skit or gula melaka...
 
Sebut kopi kg ni
Tringat kecik² dulu
Time nak kenduri
Masa rewang belah mlm tu dorg buat kopi
Pekat betul
Padu
 
Back
Top
Log in Register