BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kopi Radix tiruan dirampas

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Nov 27, 2014

FW350443_PR05_261114_RADIX_.jpg

Ketua Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Perlis Jamal Nor Ahmad Harun (kiri) dan Pengurus Kilang HPA Industries Zakaria Abu Bakar (kanan) menunjukkan kopi pra-campuran Radix (Kopi Radix) tulen berbanding Kopi Radix tiruan selepas sidang media.


KANGAR – Unit Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis merampas 176 papan kopi jenama Radix tiruan dalam satu operasi di negeri ini semalam.

Ketua Seksyen Penguatkuasa KPDNKK Negeri, Jamal Nor Ahmad Harun berkata pemeriksaan terhadap empat premis perniagaan antara 11 pagi hingga 1.30 tengah hari itu menghasilkan rampasan bernilai RM3,520.

Katanya operasi itu dibuat setelah KPDNKK Perlis menerima aduan syarikat HPA Industries Sdn Bhd (HPA), pengeluar kopi Radix, yang mengesyaki terdapat kopi Radix tiruan dalam pasaran di negeri ini.

Sebanyak 15 anggota penguat kuasa menyertai operasi itu di sekitar bandar Kangar dan pekan Simpang Empat, dekat sini diiringi beberapa pegawai syarikat itu yang diketuai Pengurus Kilang A. Zakaria Abu Bakar untuk membantu mengenal pasti kopi Radix tiruan.

Kopi Radix yang dirampas itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian kandungan, kata Jamal Nor kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA
 
sama je xde beza
 
Patut minum radix jadi lebih sihat InsyaAllah....ini minum jadi tak sihat....
 
kedai cina kalau jual murah tu hati2 la..
yusmira pon kedai cina jual murah..
terpikir jgk ada ke yusmira tiruan?
 
mcm sm je,
tang mana yg boleh beza tiruan tu?
kopi hi goat pn byk tiruan, murah je jual sekotak
 
kena ciplak sbb dgrnye stok sikit sgt tp pmintaan byk. cina laju je copy. nama pun cina
 
Back
Top
Log in Register