BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (A-R-2796) - www.katmb.com.my

BAGUS TU.......TAPI BAB DUIT TU BAHAYA SIKIT SEJAK DULU KALA LAGI..............TAKUT SAUDARA PUN TAK NAKU SAUDARA...........TAPI MACAMMANA PUN ITU JE CARA TERBAIK....BETUL TU TAK SAMPAI 10 TAHUN DAH ADA 100 K.....TIAP TAHUN LEH DAPAT 10 KE ATAS BAHAGI 12 BULAN DAPAT LA KASAR DLM 1000 SEBULAN......WOW:D:D:D MACAM PENCEN JUGAK TU.......:)cgrock:)cgrock:)cgrock
SAYA RASA KALAU ORANG TUA TUAN PASUKAN 10 MELAYU DULU , KALAU TAK SILAP BOLEH MASUK AHLI BALIK.....CUBA RUJUK DGN KOPERASI TENTERA........

:D:D

bro nih kalo dengan koop cukup suka yer..dengar jer koop bro mesti ada jer bagi komen..:D
 
tahun depan aku nak tambah duit yuran aku kat sini...
 
:D:D

bro nih kalo dengan koop cukup suka yer..dengar jer koop bro mesti ada jer bagi komen..:D

mesti banyak pengalaman ngan koperasi tu.... hmmm...cam aku plak penah buat biz ngan koperasi2... tu yg jengah2 kat sini... heheh
 
Kopearsi tentera paling bagus ..

Aku pun masih jadi ahli walaupun dah berhenti tentera ..

Dividen baik...
 
Kopearsi tentera paling bagus ..

Aku pun masih jadi ahli walaupun dah berhenti tentera ..

Dividen baik...

hmmm.. rasanya setiap koperasi ada kelebihan masing masing.. kalo terbaik mungkin ada yg leeebihh baik... renungan bersama...
 
mengundi bulan 6 ni..rm 50 hinggit ..hahaha...(aku tak pernah mengundi punn..hahha..yuran sebulan 250..dividen boleh tahan gaktahun nih..
 
Dividen Koperasi Tentera

Salam..
Semoga tahun ni Koperasi Tentera bagi lebih dividen dari tahun lepas..hehe :)


PG
pgcare.blogspot.com
 
Dividen Koperasi Tentera Kekal 13 Peratus

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd (Koperasi Tentera) mengekalkan pembayaran dividen sebanyak 13 peratus kepada lebih 140,000 anggotanya untuk tahun ini membabitkan jumlah syer sebanyak RM700 juta.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Datuk Sri Azizan Ariffin berkata keupayaan pembayaran dividen itu membuktikan koperasi itu berjaya mengekalkan prestasi pulangan sekurang-kurangnya di paras 12 peratus.

"Koperasi telah berjaya menghasilkan prestasi kewangan yang sangat baik dan konsisten, serta mampu memberi pulangan dividen berterusan sebanyak 12 peratus atau lebih, sejak 13 tahun lepas," katanya ketika berucap sempena Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-45 pada hari Ahad.

Beliau berkata pencapaian itu amat membanggakan walaupun keadaan ekonomi negara tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Azizan berkata bagi mengekalkan keutuhan ekonomi sesebuah koperasi, anggota perlu bekerjasama dan membuat keputusan bernas untuk memastikan ia terus maju.

"Hanya dengan penglibatan dan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada anggota sahaja yang mampu menjamin kejayaan koperasi ini, bukan sahaja dalam lingkungan koperasi, malah dalam ekonomi bersifat global," katanya.

-- BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register