BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konvoi berdarah

cixent

Banned
Messages
129
Joined
Jun 28, 2013
Messages
129
Reaction score
66
Points
20
Kota Tinggi: “Sepanjang konvoi mereka amat ceria dan tak sangka ini konvoi terakhir saya bersama mereka,” kata Shahil Zulfyri Muhd Zulkeri, 24, rakan kepada dua penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut dalam kemalangan di Kilometer 38, Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, Abdul Rashid Mansor, 48, dan Mohamad Hisham Salleh, 36, maut di tempat kejadian apabila motosikal ditunggang mereka merempuh sebuah lori tangki.
Lori berkenaan ketika itu melintang di tengah jalan selepas cuba mengelak daripada melanggar kereta yang berhenti mengejut dan kejadian berlaku ketika hujan renyai.

Shahil Zulfyri berkata, konvoi yang dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk pulang ke Kuala Terengganu itu membabitkan lima kereta dan 16 motosikal berkuasa tinggi.

xpix_gal1.pagespeed.ic.a6oztYmYXk.webp


Menurut Shahil, ibu bapanya iaitu Muhd Zulkeri Embong, 49, dan Anisar Muhammad, 49, turut menyertai konvoi berkenaan dengan menunggang dan membonceng motosikal Harley Davidson manakala dia memandu kereta. Oleh Ahmad Othman

SUMBER: http://www.cari.gold/2013/06/konvoi-berdarah.html
 
salah satu sebab aku mungkin membunuh niat utk memiliki motor besar...btw, ajal maut di tangan maha esa...jalan kaki pun boleh mati...cuma kita boleh ikthiarkan supaya dapat mengelakkan nya... al fatihah
 
terus jd ko punye sumber eh..metrok punye tu
 
Bila dah sampai masa.. sampai la jugak walau camner pu. Al-Fatihah
 
konvoi motor ni mmg bahaya. kekadang derang ni makan penuh satu jalan. habis suma org kena beratur belakang... bengang pun ada...
 
Back
Top
Log in Register