BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konvensyen PN 2022

Siapakah pilihan PN utk PRU15 nanti?

  • 1.UMNO+BN

    Votes: 3 23.1%
  • 2.PH

    Votes: 6 46.2%
  • 3.GTA (Gagasan Tanah Air)

    Votes: 1 7.7%
  • 4.Warisan

    Votes: 0 0.0%
  • 5.hanya dengan PAS

    Votes: 3 23.1%
  • 6.dan lain lain

    Votes: 0 0.0%

  • Total voters
    13
Perwakilan Perikatan Nasional (PN) dari Terengganu dan Kedah mencadangkan lambang Pas dapat digunakan di negeri berkenaan.

PRU15: Terengganu, Kedah mahu guna lambang Pas​

27 Ogos 2022 05:47pm Masa membaca: 2 minit

1889487.jpg

Ahli Pakatan Nasional (PN) menyanyikan lagu parti berkumandang pada Konvensyen PN 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). - Foto Bernama

SERDANG - Perwakilan Perikatan Nasional (PN) dari Terengganu dan Kedah mencadangkan lambang Pas dapat digunakan di negeri berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perwakilan PN Terengganu, Ariffin Deraman berkata, cadangan itu tidak bermakna tidak menerima lambang PN sebaliknya perlu mengambil kira perbezaan suasana politik antara nasional dan Pantai Timur.

"Kami memohon Kelantan, Kedah dan Terengganu dibuat satu kajian sebenarnya penerimaan masyarakat lambang manakah yang diterima mereka.
"Kita boleh menerima keputusan kajian ini dengan jika melihat lambang PN boleh menang besar," katanya yang merupakan Pengarah Pilihan Raya PN Terengganu.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan sempena Konvensyen PN 2022 dan sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini pada Sabtu.
Sebelum ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas membuat keputusan untuk menggunakan lambang PN dalam PRU15.
Perwakilan PN Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamudden pula dalam ucapannya mencadangkan agar lambang PN dikaji semula dan ditukar warna lain.

Tanpa menamakan warna Barisan Nasional (BN), beliau dalam nada kiasan berkata rakyat negeri Kedah akan berasa ‘gatal, gelisah dan panas’ jika menggunakan pakaian berwarna biru.

“Saya rasa Kelantan dan Terengganu pun sama. Orang tengok logo itu nampak semacam sahaja. Dia tak tahu warna apa, macam mana.
“Dia nak pangkah PN, akhirnya dia terpangkah BN. Jadi kita minta kaji semula logo ni,” ujarnya.
Menurutnya, sekiranya ia tidak boleh diubah, pihaknya mencadangkan agar rakan dalam gabungan PN di Kedah menggunakan logo Pas.
“Kalau pun tidak boleh diubah, Kedah cadang seperti Terengganu, rakan-rakan lain boleh bertanding di Kedah atas nama PN, guna logo bulan,” katanya.
 
Pemuda PN syor rundingan dengan PH atau BN, elak tiga penjuru​

27 Ogos 2022 06:40pm Masa membaca: 2 minit

1889524.jpg

Ahmad Fadhli ketika berucap pada sesi penggulungan Konvensyen PN 2022 dan Sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Sabtu.

SERDANG - Pemuda Perikatan Nasional (PN) mengesyorkan supaya pimpinan gabungan parti itu mempertimbang untuk mengadakan rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) atau BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ramuan paling baik untuk memastikan hasrat PN untuk kembali mentadbir Putrajaya adalah dengan cara satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang.

Justeru, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas berkata, pimpinan PN perlu meneliti sebaiknya antara kedua-dua gabungan parti itu mana yang lebih sesuai untuk dijadikan ‘kawan’.
“Pimpinan (PN) sudah tentu melihat bahawa di antara PH yang memerintah dengan begitu bahaya polisinya dan BN yang sudah ada liabilitinya (dapat menilai) mana satu boleh kita perbaiki untuk kita jadikan sebagai kawan supaya kita dapat mara ke Putrajaya.

“Kalau seandainya nama BN atau UMNO (yang dipilih), (kini) ada sedikit perubahan dalam kalangan mereka, (jadi) saya fikir rundingan perlu dibuat untuk memastikan tragedi 2018 tidak berulang.

“Walaupun mood konvensyen hari ini kita ingin melawan UMNO tetapi rasionalnya kalau kita bertempur tiga penjuru, adakah kita boleh menang? Ini kajian yang perlu kita lakukan dengan begitu terperinci,” katanya ketika sesi penggulungan Konvensyen PN 2022 dan Sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini pada Sabtu.
Ujar Ahmad Fadhli lagi, secara asasnya PN memiliki rekod yang paling untuk menerajui kerajaan, namun hal itu tidak dapat dilakukan sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru.

“Rakyat ketika ini sudah membuka mata dengan pelbagai isu yang didedahkan membabitkan pemimpin-pemimpin parti lain dan kini pastinya PN dilihat sebagai pilihan utama (oleh rakyat) untuk mara ke Putrajaya,” katanya.
 
BN sewaktu bersama dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) membuat keputusan mengekalkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.

Tuan Ibrahim dedah BN mahu kekalkan Muhyiddin PM selepas PRU15​

27 Ogos 2022 04:49pm Masa membaca: 1 minit

1889430.png

Tuan Ibrahim semasa berucap dalam sesi perbahasan sempena Konvensyen PN 2022 dan sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Sabtu.

SERDANG - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan Barisan Nasional (BN) dan partinya sebelum ini telah membuat keputusan untuk mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dikongsikannya semasa berucap dalam sesi perbahasan sempena Konvensyen PN 2022 dan sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, perkara itu merupakan keputusan yang dibuat oleh BN dan Pas.
“Pada waktu itu BN bersama dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) membuat keputusan mengekalkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.

"Ini keputusannya,” katanya.
Menurut Tuan Ibrahim, keputusan yang dibuat BN pada masa itu juga bermakna mereka menerima kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu.
“Bermakna bahawa sebenarnya mereka juga menerima kepimpinan Tan Sri Muhyiddin,” katanya.

Pada Ogos tahun lalu, Muhyiddin telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan selepas hilang majoriti sokongan ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.
 
#BHnasional Strategi penting bagi kekalkan formula satu lawan satu menghadapi PRU-15
https://bit.ly/3CJyMaK

Siapa pilihan PN - BN atau PH?​

Ogos 27, 2022 @ 7:14pm

BN-PH-PN_1661598855.jpg

SERDANG: Perikatan Nasional (PN) perlu memilih sama ada mahu bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika mahu merealisasikan impian kembali ke Putrajaya.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, menegaskan itu adalah pilihan rasional memandangkan strategi satu lawan satu dilihat sebagai ramuan terbaik untuk PN menang dan membentuk kerajaan dalam PRU-15.

Ia terbukti berdasarkan keputusan dua pilihan raya negeri (PRN) di Melaka dan Johor sebelum ini, yang menyaksikan PN jauh ketinggalan sekiranya berlaku pertembungan selain satu lawan satu.

Sehubungan itu, katanya, PN wajar memilih mengadakan rundingan dengan UMNO dan BN, dengan syarat wujud perubahan dalam UMNO.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS, bagaimanapun tidak memperincikan perubahan dimaksudkan.
"Ramuan paling baik dalam PRU-15 adalah satu lawan satu. Kita bimbang kalau masih ulangi pertembungan tiga penjuru atau lebih, kita tidak mampu mara ke Putrajaya dengan baik.

"Rundingan perlu dilakukan. Pimpinan tentunya melihat antara PH yang memerintah dengan begitu bahaya dasarnya atau BN yang sudah ada liabilitinya, mana satu yang boleh kita baiki dan dijadikan kawan untuk kita mara ke Putrajaya.

"Andainya BN dan UMNO ada sedikit perubahan dalam kalangan mereka, saya fikir rundingan perlu dibuat supaya tragedi 2018 tidak berulang," katanya dalam ucapan penggulungan di Konvensyen PN 2022 di sini, hari ini.

Ahmad Fadhli menegaskan, PN sudah menguji strategi pertembungan selain satu lawan satu dalam PRN Melaka dan Johor, namun kedua-duanya menyaksikan PN gagal, sekali gus memerlukan gabungan itu menggunakan strategi baharu.

"Lawan kita UMNO dan BN berada dalam situasi yang sangat lemah, begitu juga PH. Rakyat yang rasional akan memilih PN sekali lagi.
"Bagaimanapun mesti kena dengan caranya kerana kegilaan adalah melakukan perkara yang sama berulang-ulang dengan mengharapkan keputusan berbeza.

"Kita lakukan ramuan sama di Melaka, kita gagal. Ramuan yang sama di Johor, kita gagal. Adakah ramuan sama kita nak ulang dan kita akan terus gagal?" katanya.

Pada masa sama, Ahmad Fadhli mengulangi gesaan beberapa perwakilan dalam konvensyen itu supaya PN mengangkat sebanyak mungkin golongan muda lelaki dan wanita sebagai calon gabungan itu dalam PRU-15.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menggesa PN segera membentangkan manifesto anak muda bagi memikat anak muda untuk menyokong gabungan itu dalam PRU-15, dengan mengetengahkan kebimbangan dan isu tumpuan golongan berkenaan.

"Anak muda mahu jaminan pengajian yang tidak terbeban hutang, rumah pertama, jaminan kerjaya, skim pembelian kenderaan dan jaminan masa depan mereka," katanya.
 
“Ramuan yang paling baik dalam PRU akan datang ialah satu lawan satu," kata Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan perlu rundingan bersama BN. https://cstu.io/72a5b3

1661603454628.png

'PN tak mampu menang PRU15 jika ulang formula PRN Melaka, Johor'

Diterbitkan: Aug 27, 2022 8:00 PM

Dikemaskini: 8:00 PM

Perikatan Nasional tidak mampu ke Putrajaya dengan begitu baik pada pilihan raya umum ke-15 sekiranya gabungan itu mengulangi formula yang sama seperti di pilihan raya negeri di Melaka dan Johor, kata Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari.

Sebaliknya, Ahmad Fadhli yang juga ketua Pemuda PAS berkata formula yang terbaik adalah “satu lawan satu”, iaitu rundingan bersama BN-Umno dengan perubahan.

Bagaimanapun, dia tidak memperincikan maksud kata "dengan perubahan" yang disebutnya itu.

“Ramuan yang paling baik dalam PRU akan datang ialah satu lawan satu. Kita bimbang kalau kita masih lagi mengulangi isu tiga penjuru, kita tak mampu mara ke Putrajaya dengan begitu baik.

“Rundingan perlu dilakukan… justeru itu, pimpinan sudah tentu melihat bahawa antara Pakatan Harapan yang telah perintah dengan bahana polisinya dan juga Barisan Nasional yang ada liabilitinya, mana satu yang kita perbaiki untuk kita jadikan satu kawan untuk kita mara ke Putrajaya.

“Kalau seandainya Umno-BN ada sedikit perubahan di kalangan mereka saya fikir rundingan perlu dibuat untuk kita pastikan supaya tragedi 2018 tidak berulang lagi,” katanya dalam ucapan Konvensyen Perikatan Nasional 2022 di Maeps, Serdang hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas berkata PN tidak boleh melakukan kesilapan yang sama berulang kali dan mengharapkan keputusan yang berbeza.
“Kita dah lakukan ramuan yang sama di (PRN) Melaka, kita gagal, ramuan yang sama di (PRN) Johor, kita gagal.

“Adakah ramuan yang sama kita nak ulang sekali lagi dan akan terus gagal? Sama sekali tidak," katanya.

Sekiranya PN melaksanakan strategi yang sewajarnya, gabungan itu mampu menghadapi pilihan raya dengan mudah walaupun ia diadakan dalam masa terdekat.

Terdapat desas-desus mendakwa PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat susulan gesaan dibuat selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap bekas perdana menteri Najib Razak minggu lalu berhubung kes SRC International.
“Kita mohon kepada semua pihak supaya tak ada masa lagi kita nak bernostalgia dan kita tak perlu lagi nak kita bernostalgia untuk kita membentangkan kepada rakyat kerana rakyat telah melihat dengan mata kepala mereka.

“Alhamdulillah dua tahun lalu kecemerlangan itu rekod.

"Tetapi untuk menjadikan nostalgia itu sebagai suatu perkara yang utama untuk kita bentangkan kepada rakyat dengan harapan untuk mereka memilih kita sekali lagi, (namun) kita melihat itu perkara yang tidak boleh lagi dijadikan harapan dan juga satu keutamaan,” katanya menyorot prestasi PN sewaktu memimpin negara pada Mac 2020.
 
Mcm mana plk x mampu mng, kata hari tu sokongan meningkat🤣
 
PN kerjasama dengan GTA? Muhyiddin kata mungkin​

August 27, 2022 8:28 PM

muhyiddin-yassin-PN-congress-270822.jpg

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan menjalin kerjasama dengan parti Gerakan Tanah Air (GTA).

Beliau berkata, meskipun ada membuat pertemuan dengan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad, setakat ini belum ada kata putus berhubung perkara itu.
“Ya apa-apalah kemungkinan, dulu pun saya dah jumpa Mahathir, Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) datang tempat saya selalu maknanya kalau itu, tetapi ke hadapan ini saya kurang pastilah sama ada mereka ada fikir hal sama atau pun tidak begitu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Muhyiddin bagaimanapun tidak menyatakan bila pertemuan dengan Mahathir berlaku.
 
Konvensyen Perikatan Nasional 2022 lulus 15 resolusi​

27 Ogos 2022 08:02pm Masa membaca: 2 minit

View attachment 521729
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama presiden-presiden parti politik ketika upacara memotong kek dan pulut kuning sempena ulang tahun PN pada Konvensyen PN 2022 di MAEPS pada Sabtu. - Foto Bernama

SERDANG - Memastikan calon Perikatan Nasional (PN) bersih, berintegriti dan bebas rasuah dengan mewajibkan mereka melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), adalah antara 15 resolusi yang diluluskan dalam Konvensyen PN 2022 pada Sabtu.

Menerusi resolusi itu, calon PN perlu mengisytiharkan harta dan memastikan mereka tiada kes mahkamah, seterusnya membuat aku janji untuk menolak rasuah serta salah guna kuasa.

Selain itu, memperkasa peluang melanjutkan pelajaran dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi bagi anak muda dan wanita, serta menampilkan calon boleh menang dalam kalangan tersebut dengan kuota sekitar 30 peratus untuk Pilihan Raya Umum ke-15 termasuk dalam resolusi itu.

Resolusi PN turut menetapkan untuk meningkatkan kecekapan tadbir urus kewangan dan penyampaian perkhidmatan institusi kerajaan tanpa campur tangan politik atau salah guna kuasa serta menjadikan prinsip "Prihatin Rakyat, Berintegriti dan Bebas Rasuah” sebagai landasan utama perjuangannya.

Mengenai ekonomi, PN menerusi resolusi itu bertekad membangunkan ekonomi berimpak tinggi untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan menjadikan Malaysia sebagai negara maju, makmur dan sejahtera.

Pada masa sama, resolusi itu memutuskan untuk memajukan sektor pendidikan dengan digitalisasi, mengurangkan jurang pencapaian pendidikan bandar dan luar bandar, mempercepat penyediaan dan pembaikan infrastruktur serta memperkukuhkan ekosistem pendidikan termasuk kurikulum bagi memperkasakan kemenjadian murid. - Bernama
 
#BHnasional #PRU15 Jatuhkan pentadbiran PH yang celaru, lebih kepada kerajaan ‘mi segera’
https://bit.ly/3QZRW0v

Hadi Awang ungkit kisah kerajaan 'mi segera', perebutan jawatan PM​

Ogos 27, 2022 @ 1:37pm

Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang (tengah) bersama pimpinan PN selepas perasmian Konvensyen PN 2022 di Serdang, hari ini. - NSTP/FATHIL ASRI.
Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang (tengah) bersama pimpinan PN selepas perasmian Konvensyen PN 2022 di Serdang, hari ini. - NSTP/FATHIL ASRI.

SERDANG: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mahu semua parti komponen Perikatan Nasional (PN) berpadu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan menolak 'peristiwa lama' serta 'mereka yang terbabit dengan peristiwa lama'.

Tegas Timbalan Pengerusi PN itu, ia penting untuk memastikan gabungan BERSATU, PAS, GERAKAN, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) itu dapat membentuk kerajaan yang kukuh

Beliau tidak memperincikan 'peristiwa lama' dan 'mereka yang terbabit dengan peristiwa lama', namun ia dipercayai merujuk tindakan sekumpulan Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga hilang jawatan Perdana Menteri.

"Sekurang-kurangnya kita dapat membuktikan integriti kita melalui menteri dalam Kabinet serta kerajaan negeri yang kita perintah dalam masa singkat. Mudah-mudahan rakyat dapat melihat," kata Abdul Hadi.

Berucap pada Konvensyen PN 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini, Presiden PAS juga mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini ditubuhkan secara demokratik pada Mac 2020, bukan menerusi 'pintu belakang'.

Beliau menegaskan, gabungan itu dibentuk dengan menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) kerana pentadbiran PH didakwanya dipenuhi kecelaruan dan kegopohan, selain menyifatkannya sebagai 'kerajaan mi segera'.

Sehubungan itu, Abdul Hadi mengajak rakyat memilih PN pada PRU-15 kerana gabungan berkenaan terbukti berjaya menyelesaikan isu pandemik, ekonomi dan rasuah.

"PH kerajaan yang gopoh, 'kerajaan mi segera'. Masaknya segera, banyak hal-hal mentah, hingga ia terpaksa dijatuhkan. Ketika PH mengambil alih kerajaan, mereka bercelaru.

"Sudahlah kerajaan mi segera, tidak masak, berlaku pula krisis berebut nak jadi Perdana Menteri, menyebabkan alpa masalah yang patut diutamakan," katanya.

Berikutan itu, beliau menjelaskan, Ahli Parlimen BERSATU yang sebelum itu keluar daripada UMNO dan PH, bersama parti lain seperti PAS serta parti dari Sabah, Sarawak dan UMNO, membuat perubahan kerajaan secara demokratik.

"Ini bukan pintu belakang, tetapi demokratik melalui (kaedah) mengumpul jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi. Ini demokrasi," katanya.
Abdul Hadi berkata, PN berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada PH dalam keadaan teratur tanpa pertumpahan darah, demonstrasi atau pergaduhan antara rakyat dengan pihak berkuasa.

Malah, katanya, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU sanggup melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri demi memastikan perpaduan dan kelangsungan pentadbiran PN sehingga kini.

Beliau turut mengangkat kejayaan PN menyelesaikan masalah ketirisan, salah guna kuasa dan salah laku serta isu bantuan yang tidak sampai ke sasaran dalam tempoh masa singkat, meskipun ia ditubuhkan tanpa memiliki manifesto atau janji.
"Dalam keadaan gangguan yang banyak daripada luar dan dalam, bahtera PN dapat diteruskan sampai hari ini," katanya.
Ayoh Chik dengki dengan Anwar le tu. Haha
 
PN kerjasama dengan GTA? Muhyiddin kata mungkin​

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan menjalin kerjasama dengan parti Gerakan Tanah Air (GTA).

Beliau berkata, meskipun ada membuat pertemuan dengan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad, setakat ini belum ada kata putus berhubung perkara itu.
“Ya apa-apalah kemungkinan, dulu pun saya dah jumpa Mahathir, Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) datang tempat saya selalu maknanya kalau itu, tetapi ke hadapan ini saya kurang pastilah sama ada mereka ada fikir hal sama atau pun tidak begitu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Muhyiddin bagaimanapun tidak menyatakan bila pertemuan dengan Mahathir berlaku.

Takkan Pas nak cium tangan atuk ? Tak logik..

Tp boleh nmpk kata "ada" stratergi PAS team up dgn PN..

Yg penting logo pas dkt kelantan, terengganu, kedah.. Sbb tu safe deposit PAS..

---

Kiranya ia satu transformasi PAS dlm menarik undi golongan melayu liberal, golongan bukan melayu bersama membentuk kerajaan persekutuan..

Cuma skrng ni bersatu x kuat, dlu bersatu ada atuk.. Dimana populariti atuk dlm menjemput pengundi umno adalah tinggi..

Termasuklah menjemput kekuatan kerusi sabah..

---

Jdi utk kita analisis kemampuan PN, boleh dikatakan PN xde sokongan tambahan utk menang kerusi kwsn2 bandar serta sabah sarawak..

Kekuatan PAS kekal di kwsn mejoriti melayu 80% keatas shj..itu pun terhad kpd kedah, kelantan, terengganu..

---

Maka BN merupakan barisan yg mempunyai tarikkan pelabagai latar belakang pengundi..

Termasuk pengundi melayu islam, melayu liberal, bukan islam, sabah, sarawak..

---

Tak lupa persaingan dari pakatan harapan dimana kekuatan bukan melayu bersama mereka dikwsn bandar2.. Termasuk bandar sarawak..

---

Base on apa yg aku faham, kita bakal membentuk kerajaan campuran dari BN + PN.. ( PAS Only )

Jika tidak, mungkin berlaku..
BN + PH ( PKR Only )

Dan amat Mustahil PN + PH..

Tapi kena tgk bagaimana BN tarik pengundi bukan melayu.. Diorang ni key indicator utk BN menang mejoriti 113 kerusi keatas..

---

Jika bukan melayu vote for BN, comfirm UMNO senyum lebar.. Bossku x lama dlm penjara, dpt pengampunan..kes2 lain slow2 bakal tutup..

---

Kita boleh tgk sama ada bukan melayu berani tukar dari PH ke BN atau mereka mmg akan stay firm dgn DAP..

Kena ingat, jika pemimpin mca, mic dlm bn x dpt kerusi.. Suara bukan melayu bakal terkubur dlm kerajaan persekutuan..

So bukan melayu main peranan buka peluang BN perintah..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register