BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konvensyen PN 2022

Siapakah pilihan PN utk PRU15 nanti?

  • 1.UMNO+BN

    Votes: 3 23.1%
  • 2.PH

    Votes: 6 46.2%
  • 3.GTA (Gagasan Tanah Air)

    Votes: 1 7.7%
  • 4.Warisan

    Votes: 0 0.0%
  • 5.hanya dengan PAS

    Votes: 3 23.1%
  • 6.dan lain lain

    Votes: 0 0.0%

  • Total voters
    13
PN ni sama macam umno dua2 kerajaan tebuk atap gila kuasa
 
#BHnasional Strategi penting bagi kekalkan formula satu lawan satu menghadapi PRU-15
https://bit.ly/3CJyMaK

Siapa pilihan PN - BN atau PH?​


Ogos 27, 2022 @ 7:14pm


BN-PH-PN_1661598855.jpg


SERDANG: Perikatan Nasional (PN) perlu memilih sama ada mahu bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika mahu merealisasikan impian kembali ke Putrajaya.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, menegaskan itu adalah pilihan rasional memandangkan strategi satu lawan satu dilihat sebagai ramuan terbaik untuk PN menang dan membentuk kerajaan dalam PRU-15.

Ia terbukti berdasarkan keputusan dua pilihan raya negeri (PRN) di Melaka dan Johor sebelum ini, yang menyaksikan PN jauh ketinggalan sekiranya berlaku pertembungan selain satu lawan satu.






Sehubungan itu, katanya, PN wajar memilih mengadakan rundingan dengan UMNO dan BN, dengan syarat wujud perubahan dalam UMNO.




Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS, bagaimanapun tidak memperincikan perubahan dimaksudkan.
"Ramuan paling baik dalam PRU-15 adalah satu lawan satu. Kita bimbang kalau masih ulangi pertembungan tiga penjuru atau lebih, kita tidak mampu mara ke Putrajaya dengan baik.

"Rundingan perlu dilakukan. Pimpinan tentunya melihat antara PH yang memerintah dengan begitu bahaya dasarnya atau BN yang sudah ada liabilitinya, mana satu yang boleh kita baiki dan dijadikan kawan untuk kita mara ke Putrajaya.

"Andainya BN dan UMNO ada sedikit perubahan dalam kalangan mereka, saya fikir rundingan perlu dibuat supaya tragedi 2018 tidak berulang," katanya dalam ucapan penggulungan di Konvensyen PN 2022 di sini, hari ini.

Ahmad Fadhli menegaskan, PN sudah menguji strategi pertembungan selain satu lawan satu dalam PRN Melaka dan Johor, namun kedua-duanya menyaksikan PN gagal, sekali gus memerlukan gabungan itu menggunakan strategi baharu.

"Lawan kita UMNO dan BN berada dalam situasi yang sangat lemah, begitu juga PH. Rakyat yang rasional akan memilih PN sekali lagi.
"Bagaimanapun mesti kena dengan caranya kerana kegilaan adalah melakukan perkara yang sama berulang-ulang dengan mengharapkan keputusan berbeza.

"Kita lakukan ramuan sama di Melaka, kita gagal. Ramuan yang sama di Johor, kita gagal. Adakah ramuan sama kita nak ulang dan kita akan terus gagal?" katanya.

Pada masa sama, Ahmad Fadhli mengulangi gesaan beberapa perwakilan dalam konvensyen itu supaya PN mengangkat sebanyak mungkin golongan muda lelaki dan wanita sebagai calon gabungan itu dalam PRU-15.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menggesa PN segera membentangkan manifesto anak muda bagi memikat anak muda untuk menyokong gabungan itu dalam PRU-15, dengan mengetengahkan kebimbangan dan isu tumpuan golongan berkenaan.

"Anak muda mahu jaminan pengajian yang tidak terbeban hutang, rumah pertama, jaminan kerjaya, skim pembelian kenderaan dan jaminan masa depan mereka," katanya.
Buat poll pun menarik ni mek..
 
To be honest.. kwn nk tgk PN memerintah utk 5thn..walaupun akar dia dari umno tp xde la teruk sgt corruption mcm umno.. bg peluang rakyat nilai.. umno ni kite bole bg peluang utk memerintah, tp belum ape2 lg dah kerek semacam.. lpas tu dok cover lg kluster2 yg ade kes ni..
Knp kwn nk tgk PN memerintah sbb mase covid aritu xbole tgk full potential.. lpas tu kite tau geng2 umno ni ade pengalaman tadbir..mmg bagus..tp kalau 100% umno yg perintah nanti dia naik tocang plak..abis smua dia nk control.. jd PN ni umno jgk tp 30-35% je.. BN dgn PN lebih kurang je.. tp PN nmpk kurang umno dari BN.. dan yg membuat lebih menarik, dia ade PAS dlm tu..
Lantak la org nk ckp sembab ke.. lompat ke..mane2 pun same je..katak kt mane2 parti ade.. jd kite timbang la buruk baiknya kt mane.. xde coalition yg sempurna skrg.. PH dah serik.. BN pulak mcm2 hal dgn skandal mahkamah umno..corruption.. gaduh rebut jwtn.. PN plak ade mslh jgk.. jd kite tgk la yg mane paling kurang mudarat nye..
Kwn masih xtau lg nk pangkah mane.. igt nk pangkah umno je ni.. tp PN pun not a bad choice kalau nk bg peluang perintah.. kalau xok tukar je la balik.. andaikata teruk sgt smpai rakyat xbole tahan..buat mcm PH.. kena guling 22bulan..

Sekadar pendapat 10sen kwn.. 😁
 
1661637362819.png


Muhyiddin: PN belum putuskan gerak solo atau gabung parti lain


Diterbitkan: Aug 27, 2022 9:21 PM

Dikemaskini: 9:43 PM





Perikatan Nasional, yang terdiri daripada gabungan lima parti politik masih belum memuktamadkan sama ada ia akan bergabung dengan mana-mana parti dalam pilihan raya umum ke-15 ataupun bergerak solo.

Bagaimanapun, Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berkata gabungan itu terbuka untuk membuka pintu rundingan bersama parti lain yang ingin menentang BN, sebagai musuh utama mereka.

“Selepas PRN Johor, ada beberapa pihak daripada parti lain kata mereka nak berjumpa, tapi itu yang lepas

“Mungkin mereka rasa PRU masih jauh lagi..jadi dia biarkan begitu. Tapi kalau sekarang mereka fikir PRU sudah dekat, apakah mereka akan datang balik, nak bincang balik, kita (PN) terbuka sebab kita tahu musuh utama kita adalah BN.


810f3a9ff57a692a6dd7e3cbebe41d24.jpg





“Pasal ini kebobrokan BN, salahguna kuasa, rasuah yang tak habis-habis tak sudah-sudah, yang tak baik untuk negara,” katanya dalam sidang media selepas ucapan penggulungannya di Konvensyen Perikatan Nasional di Maeps, Serdang hari ini.

Ketika diminta mengesahkan sama ada PN akan mengadakan gabungan dengan BN seperti yang dicadangkan oleh Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari dalam ucapannya, Muhyiddin berkata terdapat banyak kemungkinan yang boleh berlaku berdasarkan keadaan semasa politik sedia ada.

Ahmad Fadhli dalam ucapannya itu menggesa supaya PN melaksanakan strategi baru “satu lawan satu” dalam PRU akan datang.
“Saya susah nak kata dia macam-macam istilah ‘if and if’. Dalam BM ‘kalau, kalau, kalau'. Saya tak kata we ruled out atau we welcome (bergabung). Saya tak tahu lagi.

“Pasal dalam keadaan yang tak begitu menentu, situasi dinamik, pergolakan dan perpecahan yang berlaku dalam Umno, saya tak nak sebutkan,” kata Muhyiddin.
 
Muhyiddin berkata, sekurang-kurangnya empat negeri di bawah PN iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Sabah akan dapat dipertahankan.
#AWANInews #AWANI745

PRU15: PN yakin pertahan empat negeri, kekuatan di Parlimen dan DUN - Muhyiddin​



Ogos 27, 2022 20:12 MYT
PRU15: PN yakin pertahan empat negeri, kekuatan di Parlimen dan DUN - Muhyiddin

Berdasarkan bacaan awal, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekurang-kurangnya empat negeri di bawah PN Kedah, Kelantan, Terengganu dan Sabah akan dapat dipertahankan.

SERDANG: Masih terlalu awal untuk Perikatan Nasional (PN) berasa yakin, boleh membentuk kerajaan Persekutuan sendiri selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketika ini parti masih membuat kajian untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan di seluruh negara.

Namun, berdasarkan bacaan awal, beliau berkata, sekurang-kurangnya empat negeri di bawah PN iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Sabah akan dapat dipertahankan.

“Kalau ikut bacaan saya, negeri-negeri ini bukan saja dapat dipertahankan, tapi akan ada pertambahan kekuatan. Kita tahu kawasan di luar empat negeri itu kita fikir boleh menang, seperti kerusi ‘incumbent’ yang musuh kita lebih lemah dan pelbagai masalah lagi yang melanda mereka.

“Kita ambil kira satu-persatu, tetapi kita tidak boleh overconfident. Have to be realistic, depan anda (media) mungkin saya cakap begini, tapi di belakang kita kena fikir (segala kemungkinan),” katanya lagi.

Beliau bercakap demikian kepada sidang media selepas selesai berucap menutup Konvensyen PN 2022, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kajian daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka menunjukkan sokongan Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah merosot, manakala sokongan kepada PN meningkat 26 peratus.

Selain itu, katanya lagi, kajian bebas yang lain menunjukkan pengundi muda, dari golongan Undi18 mempunyai kecenderungan untuk menyokong PN.

Terdahulu, dalam ucapan penutupnya, Muhyiddin berkata, PN akan terus mengekalkan ciri calon yang prihatin rakyat dan yang paling penting, berpegang kepada nilai integriti.

Dan prinsip itu, katanya lagi, telah disokong dan dijadikan teras utama oleh perwakilan PN sebagai usaha menghadapi PRU yang akan datang.

“Dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sendiri, kita keluarkan arahan supaya pimpinan di semua bahagian, mengenal pasti tokoh-tokoh dan calon yang berkelayakan, berkaliber, ada latar belakang pendidikan tinggi, disenangi penduduk.

“Kita sudah tunjukkan di Johor dan Melaka, semua calon kita angkat sumpah, menentang rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan.

Kedua-dua PRN Johor dan Melaka kita pastikan calon kita angkat sumpah. Saya fikir di waktu itu, tiada parti lain yang berbuat demikian.

“Kita berpegang pada prinsip integriti dan ini akan jadi satu amalan kita apabila kita masuk PRU nanti. Kerana kita nak kekalkan prinsip dan pendirian kita menentang rasuah dan salah guna kuasa,” tegasnya lagi.
 

Pemuda PN syor rundingan dengan PH atau BN, elak tiga penjuru​

oleh NURUL HUDA HUSAIN 27 Ogos 2022 06:40pm Masa membaca: 2 minit

1889524.jpg

Ahmad Fadhli ketika berucap pada sesi penggulungan Konvensyen PN 2022 dan Sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Sabtu.

SERDANG - Pemuda Perikatan Nasional (PN) mengesyorkan supaya pimpinan gabungan parti itu mempertimbang untuk mengadakan rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) atau BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ramuan paling baik untuk memastikan hasrat PN untuk kembali mentadbir Putrajaya adalah dengan cara satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang.

Justeru, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas berkata, pimpinan PN perlu meneliti sebaiknya antara kedua-dua gabungan parti itu mana yang lebih sesuai untuk dijadikan ‘kawan’.

“Pimpinan (PN) sudah tentu melihat bahawa di antara PH yang memerintah dengan begitu bahaya polisinya dan BN yang sudah ada liabilitinya (dapat menilai) mana satu boleh kita perbaiki untuk kita jadikan sebagai kawan supaya kita dapat mara ke Putrajaya.

“Kalau seandainya nama BN atau UMNO (yang dipilih), (kini) ada sedikit perubahan dalam kalangan mereka, (jadi) saya fikir rundingan perlu dibuat untuk memastikan tragedi 2018 tidak berulang.

“Walaupun mood konvensyen hari ini kita ingin melawan UMNO tetapi rasionalnya kalau kita bertempur tiga penjuru, adakah kita boleh menang? Ini kajian yang perlu kita lakukan dengan begitu terperinci,” katanya ketika sesi penggulungan Konvensyen PN 2022 dan Sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini pada Sabtu.

Ujar Ahmad Fadhli lagi, secara asasnya PN memiliki rekod yang paling untuk menerajui kerajaan, namun hal itu tidak dapat dilakukan sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru.

“Rakyat ketika ini sudah membuka mata dengan pelbagai isu yang didedahkan membabitkan pemimpin-pemimpin parti lain dan kini pastinya PN dilihat sebagai pilihan utama (oleh rakyat) untuk mara ke Putrajaya,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register