BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konsert dibatalkan, Inul hampir pitam

jgn byk gelek,
anwar ade kat blakang tu:))
 
Gelek gerudi Inul punca konsert batal

yahoooo...gilek jgn tak gilek:)

JOHOR BAHRU - Pejabat Daerah Johor Bahru mengesahkan gelek goyang gerudi Inul Daratista (gambar) menjadi antara faktor tiada jabatan menyokong konsertnya diadakan, sekali gus menjadi penyebab permit tidak diluluskan.

"Permohonan konsert ditolak sebab semua jabatan yang berkaitan tidak menyokong."

Itulah alasan yang diberikan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohd. Jaffar Awang berhubung pembatalan konsert penyanyi dangdut Indonesia itu yang dijadualkan berlangsung malam esok di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin.

Menurut beliau, sudah menjadi amalan pihaknya akan merujuk kepada kepada beberapa jabatan sebelum memberi kelulusan.

"Dalam surat jawapan, semua jabatan berkenaan tidak sokong.

"Jadi, atas pertimbangan itu, kita tidak keluarkan permit," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, penampilan seksi penyanyi itu di atas pentas antara puncanya.

Semalam Kosmo! menyiarkan pembatalan konsert tersebut setelah pihak berkuasa tempatan menolak rayuan yang dikemukakan penganjur.

Apa yang digerudi oleh si Inul tu?

:-? :-? :-?
 
padan muka..haramkan aje konsert2 si inul ni..dan juga konsert2 yg sewaktu dengan nye
 
aduh.. inul pn jadi kebanggaan.. dia da kawin pn.. cari la yg single lg:"> :p :)) :eek: ..tgk siti nyanyi lg sempoi:D
 
KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut sensasi Indonesia, Inul Daratista hampir pitam hari ini, sebaik dimaklumkan pembatalan Konsert Inul Live In JB pada saat akhir yang dijadual malam esok.

Inul yang bergegas dari Johor Bahru ke ibu kota hanya dimaklumkan mengenai pembatalan konsert itu pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel di sini, petang tadi.

Dia yang kecewa mendengar berita itu meminta penganjur, IMS Prima Sdn Bhd menyatakan alasan mengenai pembatalan konsert di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunus di Larkin, Johor Bahru itu.

"Saya ingin tahu alasan yang jelas mengapa dibatalkan kerana hanya dimaklumkan sebaik sampai di sini (Kuala Lumpur).

"Saya cuma mahukan penjelasan kerana laporan akhbar yang diterima semuanya baik saja. Saya mahu tahu siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini," katanya sebak.

Bagaimanapun, konsert di Larkin, itu tetap diteruskan apabila penganjur memindahkan lokasinya ke Stadium Putra, Bukit Jalil, 27 Julai ini.


lebih baik kau pitam dari ramai yang pitam dengan gelekan maut kau tu

:eek: :eek: :eek: :eek:

Aku refer yg ni..
 
hahahaha....gelek inul gelek....ahahaha....kekg mesti ada plak akedemi gelek...skang akedemi nasyid...hahahaha.....
 
cik inul sila joget di youtube aje dgn yg lain2 yer ! :))
 
Back
Top
Log in Register