BTC USD 83,897.4 Gold USD 4,151.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KONGSI.. SATU hari SATU hadis

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Contohi Rasulullah SAW Dalam Berakhlak

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا

Daripada Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian." (HR Tirmizi No: 1898) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW di utus untuk menyempurnakan akhlak manusia

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad (8952)] Status: Hadis sahih

2. Sebaik-baik kita ialah yang paling baik akhlaknya

3. Akhlak yang baik adalah akhlak terpuji yang dicontohi dari Rasulullah SAW

4. Bersifat terpujilah kita dengan sentiasa memiliki akhlak yang paling baik sama ada dalam beribadat mahupun ketika berhubungan sesama manusia dan makhluk yang lain.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

05hb Okt 2023
19hb Rabiul Awal 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Contohi Rasulullah SAW Jika Melihat Suatu Yang Disukai dan Dibenci

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Daripada 'Aisyah RA dia berkata; "Apabila Rasulullah SAW melihat sesuatu yang baginda sukai, baginda akan mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna." dan apabila baginda melihat sesuatu yang dibenci, baginda mengucapkan: "Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan." (Sunan Ibnu Majah No: 3793) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mengajar kepada kita adab apabila melihat sesuatu sama ada yang disukai atau yang dibenci.

2. Apabila melihat sesuatu yang disukai, hendaklah kita mengucapkan kalimah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna."

3. Apabila melihat sesuatu yang kita benci hendaklah kita mengucapkan kalimah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
"Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan

Mari kita amalkan kalimah terpuji apabila melihat sesuatu yang disukai mahupun juga yang dibenci

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

06hb Okt 2023
20hb Rabiul Awal 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ikuti Pesan Rasulullah SAW Ketika Makan

عَنْ عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ يَقُولُ: كُنْتُ غُلاَمًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ

Daripada Umar bin Abi Salamah katanya: Sewaktu aku kecil di bawah jagaan Nabi SAW tanganku sentiasa berlegar sekeliling talam (untuk mendapatkan makanan dan lauk). Nabi SAW berkata kepadaku: Wahai anak, sebut nama Allah (baca Bismillah), makan dengan tangan kananmu dan makanlah (ambillah makanan) yang hampir denganmu. (HR Bukhari No: 5061) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam mengajar agar beradab dalam setiap perkara termasuklah ketika makan.

2. Antara adab makan dalam Islam:

a. Memulakan dengan bacaan Basmallah (Bismillah)

b. Makan menggunakan tangan kanan

c. Mulakan makanan yang paling hampir dengan kita

3. Makanan dan minuman yang tidak menyebut nama Allah akan disertai oleh syaitan. Rasulullah bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَيَسْتَحِلُّ الطَّعَامَ الَّذِى لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ

“Sesungguhnya syaitan menghalalkan makanan yang tidak disebutkan nama Allah padanya. (HR. Abu Daud No. 3766). Status: Hadis Sahih

Ikuti pesan Rasulullah SAW dalam makan dan minum.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

07hb Okt 2023
21hb Rabiul Awal 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ikuti Pesan Rasulullah SAW Dalam Beramal

عَنْ أَبِي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيِّ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِابْنِ مَسْعُودٍ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ سَأَلْتُ عَنْهُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الصَّلَاةُ عَلَى مَوَاقِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَبِرُّ الْوَالِدَيْنِ قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَالْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Daripada Abu 'Amru Asy Syaibani bahawa seorang lelaki berkata kepada Ibnu Mas'ud, "Amal apakah yang paling utama?" ia berkata; "Aku pernah bertanya Rasulullah SAW tentang hal itu, maka baginda pun menjawab: "Solat pada waktunya, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Berbuat baik kepada kedua orang tua, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Jihad di jalan Allah." (HR. Tirmidzi No: 158) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Antara amal yang paling utama bagi seorang Muslim adalah:

1. Solat di awal waktu

2. Berbuat baik kepada ibu bapa (sama ada semasa mereka masih hidup mahupun selepas meninggal dunia)

3. Berjihad di jalan Allah (dalam pelbagai relong mengikut kemampuan, ruang dan kesempatan yang ada)

Marilah kita melakukan amal-amal yang menjadi keutamaan dalam kehidupan kita.


#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

08hb Okt 2023
22hb Rabiul Awal 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ikuti Pesan Rasulullah SAW Dalam Solat Malam

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ وَمَكْفَرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَنْهَاةٌ لِلْإِثْمِ

Daripada Abu Umamah dari Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda: "Hendaknya kalian melakukan solat malam kerana solat malam adalah amalan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, dan mendekatkan kepada Tuhan kalian, menghapus keburukan, serta mencegah dosa." (Sunan Tirmidzi No: 3472) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Solat malam atau qiamullail adalah amalan orang-orang yang soleh. Allah SWT memuji para hamba-Nya yang soleh yang sentiasa melakukan solat malam dan bertahajud:

كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

“Mereka sedikit tidur di waktu malam; dan di akhir-akhir malam mereka memohon keampunan (kepada Allah).” [Adz-Dzaariyaat/51: 17-18]

2. Solat malam adalah amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebagai makanan spiritual membina kekuatan dalaman diri setiap Muslim.

3. Solat malam boleh menghapuskan keburukan atau kesalahan serta dosa.

4. Solat malam juga boleh mencegah seseorang dari melakukan dosa dan maksiat.

Peruntukkanlah sedikit waktu pada waktu malam sebelum solat subuh untuk melakukan solat sunat malam agar ia menjadi sebahagian dari kebiasaan kita sepertimana amalan orang yang soleh.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

09hb Okt 2023
23hb Rabiul Awal 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berkasih Sayang Dalam Islam

عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

Daripada an-Nu'man bin Basyir RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan seseorang Mukmin sesama Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama satu badan. Apabila ada salah satu anggota badan yang menanggung kesakitan, maka seluruh badannya akan turut terjaga (tidak akan tidur) dan terasa panas (merasakan sakitnya)." HR Bukhari No : 6011) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Umat Islam adalah seumpama satu badan yang saling mencintai, mengasihi dan menyayangi. Ianya terbentuk daripada ikatan persaudaraan dalam Islam.

2. Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam apa jua keadaan. Saat bergembira akan dinikmati bersama begitu juga saat berduka tetap akan bersama mengharungi kesusahan serta keperitannya

3. Nilai kebersamaan dan saling menyayangi ini akan terbina apabila ada orang Islam yang memerlukan bantuan, maka orang Islam lain akan saling membantu dan meringankan beban yang dipikul bersama-sama.

4. Saudara kita di Palestin di zalimi. Hak mereka ke atas Masjid Aqsa dan bumi Palestin dirampas. Masjid umat Islam diceroboh. Mereka sedang dihujani dengan peluru dan bom di saat kita bergembira di tanah air kita. Ratusan yang syahid dan cedera. Adakah kita merasai nilai kebersamaan dan persaudaraan dengan mereka?

5. Sewajarnya kita merasai keperitan dan penderitaan mereka. Mengambil tahu dan mengusahakan semampu mungkin bantuan ke atas mereka. Hak mereka yang menjadi tanggungjawab kita.

6. Hak-hak yang lahir daripada persaudaraan diwajibkan kerana iman. Wajib memberikan komitmen sama seperti wajibnya menunaikan solat, puasa, zakat dan haji.

7. Marilah kita menzahirkan keprihatinan terhadap isu Palestin ini antaranya melalui solat hajat dan Qunut Nazilah, bermunajat mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan ketabahan umat Islam di palestin. Sebarkan info kesedaran isu pembebasan Masjidil Aqsa dan kekejaman Yahudi keatas umat Islam Palestin serta menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin.

Ayuh bersama membantu Dana Bantuan Kemanusiaan Gaza melalui MyCARE. Salurkan sumbangan anda di:


#PalestinDiHatiTaufanAlAqsa
#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

10hb Okt 2023
24hb Rabiul Awal 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Membela Muslim Yang Dizalimi

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ رَدَّ عَنْ عِرْضِ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ كَانَ حَقًّا عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يَرُدَّ عَنْهُ نَارَ جَهَنَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Daripada Abu Darda' dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa membela harga diri saudaranya sesama muslim (mempertahankan kehormatan dan maruah), maka sudah menjadi hak Allah untuk menghindarkannya dari neraka pada hari Kiamat." (HR Ahmad No: 26260) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Menjadi kewajipan seorang Muslim mempertahankan kehormatan dan maruah diri saudaranya yang diketahui seorang yang baik, jika ia dizalimi oleh orang lain.

2. Sebagai Muslim, apabila kita mengetahui ada dalam kalangan umat Islam di zalimi hak mereka, seperti di Palestin, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mengembalikan kehormatan dan hak mereka dengan apa jua yang kita mampu seperti sumbangan wang ringgit serta doa dari kita.

3. Orang yang mempertahankan kehormatan dan maruah diri saudara Muslim yang lain, nescaya Allah akan menghindarkannya daripada api neraka pada hari kiamat.

Marilah kita saling menjaga maruah saudara Muslim kita walau dimana mereka berada dengan apa juga kemampuan yang kita ada. Semoga kita akan dipelihara daripada api neraka di akhirat nanti.

Semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan orang yang perihatin terhadap orang lain, menolong saudara kita yang dizalimi. Jangan sekali-kali kita membiarkannya tanpa pembelaan.

Ayuh bersama membantu Dana Bantuan Kemanusiaan Gaza melalui MyCARE. Salurkan sumbangan anda di:


#PalestinDiHatiTaufanAlAqsa
#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

11hb Okt 2023
25hb Rabiul Awal 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menunaikan Tangungjawab Ke atas Muslim

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة

Bahawa Abdullah bin Umar RA mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat. (Sahih Bukhari No: 2310) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain walau dimana mereka berada.

2. Sebagai orang Muslim, menjadi kewajipan kepada kita untuk menjaga hak orang Islam yang lain antaranya:

a. Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain

b. Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi contohnya di Palestin

3. Dalam isu umat Islam di Palestin dan pembebasan Masjidil Aqsa adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk tidak membiarkan kezaliman berterusan. Menjadi kewajipan kita membantu mereka paling tidak dengan wang ringgit dan doa.

4. Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenan hajatnya.

5. Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudah kehidupannya di hari kiamat

6. Menjadi tanggungjawab seorang Muslim menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain.

7. Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan sahabatnya semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.

8. Menurut Al-Qadhi Iyadh dalam Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (16/360): “Ditutupnya aib si hamba pada hari kiamat berkemungkinan dua keadaan:

a. Allah akan menutup maksiat dan aibnya dengan cara tidak mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar.

b. Allah Taala tidak akan menghisab aibnya dan tidak akan menyebut aibnya tersebut.”


#PalestinDiHatiTaufanAlAqsa
#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

12hb Okt 2023
26hb Rabiul Awal 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi dan Masjid al-Aqsa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلاَّ إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صلى الله عليه وسلم وَمَسْجِدِ الأَقْصَى ‏.‏

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW (Masjid Nabawi) dan masjid al-Aqsa”. (HR Bukhari No: 1189) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Masjid adalah tempat yang mulia untuk dikunjungi dan menjadi tempat untuk beribadat.

2. Tiga buah masjid yang disuruh agar bersusah payah bermusafir padanya bagi tujuan ibadah ialah Masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi dan Masjid al-Aqsa.

3. Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat para Nabi dan kiblat terawal umat Islam serta salah satu masjid yang sangat digalakkan untuk diziarahi dan menunaikan solat didalamnya. Malangnya sejak penguasaan rejim zionis ke atas Baitul Maqdis, kesucian Masjid al-Aqsa sering diceroboh. Pelbagai usaha dilakukan oleh rejim untuk menafikan hak umat Islam terhadap Masjid al-Aqsa.

4. Walaupun kita tidak berpeluang untuk menziarahi Masjid al-Aqsa, kita masih bertanggungjawab untuk membantu umat Islam di Palestin yang menjadi benteng terakhir mempertahankan Masjid al-Aqsa dalam apa juga bentuk seperti doa dan sumbangan harta. Rasulullah SAW ditanya oleh Maimunah (pembantu Rasulullah SAW):

يا رسولَ اللَّهِ أفتِنا في بيتِ القُدُسِ قال ائتوهُ فصلُّوا فيهِ قالَتْ كيفَ والرُّومُ إِذ ذاكَ فيهِ قال صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ فإِن لَم تَستَطيعُوا فابعَثوا بِزيتٍ يُسرَجُ في قناديلِهِ

Daripada Maimunah maula Nabi SAW: "Wahai Rasulullah, berilah fatwa kepada kami tentang Baitul Maqdis. Baginda SAW bersabda: "Datangilah ia dan solatlah di dalamnya. Maimunah berkata: "Bagaimana (untuk datang dan solat) dengan keadaan Rom berada di dalamnya? Baginda SAW bersabda: "Jika kamu tidak mampu (untuk pergi ke Baitulmaqdis) kirimlah minyak ke sana untuk dinyalakan lampu-lampunya." (HR As-Sakhawi) Status: Hadis Hasan.

Isu Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa dan Palestin adalah perkara yang berkait dengan Iman. Menjadi kewajipan setiap orang Islam mengambil cakna dan membantu semampu mugkin antaranya memastikan perjuangan dan kehidupan umat Islam Palestin tetap kukuh.

Menjadi tanggungjawab setiap kita menyalurkan bantuan.


#PalestinDiHatiTaufanAlAqsa
#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

13hb Okt 2023
27hb Rabiul Awal 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mengasihi Sesama Muslim Tuntutan Iman

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Daripada Anas RA, Nabi SAW, bersabda: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikkan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya”. (HR Bukhari No: 12 ) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Mengasihi sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.

2. Menyayangi dan mengasihi saudara Muslim yang lain walau dimana mereka berada, bangsa apapun mereka adalah antara kriteria sifat berukhuwah dan tanda kesempurnaan iman seseorang.

3. Ibn Qayyim menyatakan kasih sayang dalam berukhuwah:

a. Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain
b. Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada sahabat atau menjauhkannya daripada bencana.

4. Saudara kita di Palestin yang melalui kesusahan dan keperitan mempertahankan bumi para anbiya dan Masjidil Aqsa dengan darah dan nyawa. Tahukah kita dalam tempoh seminggu sejak Sabtu lalu, Israel Zionis telah berlaku kejam dengan melepaskan sekitar 6,000 bom ke atas Gaza? Adakah kita juga turut merasainya dengan bersusah payah membela dan membantu mereka?

5. Mari kita saling membantu agar saudara Muslim kita mendapat kebaikan dan kebahagiaan seperti mana kita juga memperolehinya. Buktikan kesempurnaan iman kita dengan saling berkongsi senang dan susah. Paling tidak dengan doa juga sumbangan wang ringgit dari kita.


#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

14hb Okt 2023
28hb Rabiul Awal 1445H
 
Back
Top
Log in Register