BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongres ke 17 DAP

Korek Korek

Sebentar tadi ·

1647864444348.png
 

Korek Korek

21m ·

Antara tiga nama besar yang tewas pemilihan parti. Diberi jolokan kem 'Oxbridge Faction' (Oxford-Cambridge).

Tony Pua (Oxford): Dulu Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan (Lim Guan Eng).

Ong Kian Ming (MPhil-Cambridge): Dulu, sebelum dilantik Timbalan MITI, merupakan Pegawai Khas Menteri Kewangan (Lim Guan Eng).

Yeo Bee Yin (MPhil-Cambridge): Menteri MESTECC dan pernah menjadi Pembantu Khas Tony Pua.

Yeo dan Ong sama-sama umum sertai DAP pada Ogos 2012.

Manakala itu, banyak laporan media berhubung kekalahan Tony dan Ong, melampirkan rekod mereka kuat melobi kerjasama politik dengan kerajaan Muhyiddin Yassin.

1647934989208.png
 

Pelik tapi benar... 30 orang bakal tentukan barisan jeneral baharu​

Oleh LAIN PADANG LAIN BELALANG 20 Mac 2022 10:24am | Masa membaca: 3 minit

1633830.jpg

DAP menjadi parti politik yang pertama bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan di kalangan parti-parti politik utama Malaysia tahun ini. Gambar kiri: Guan Eng, gambar kanan: Anthony Loke


SEBAIK sahaja selesai Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, tiba giliran sebuah lagi parti politik untuk memulakan perhimpunan mereka pula.
Parti itu adalah Parti Tindakan Demokratik Malaysia atau DAP.

Yang mencuri perhatian Belalang pada Kongres Kebangsaan ke-17 parti itu ialah kerusi Setiausaha Agung - jawatan tertinggi dalam DAP.

Tidak sepertimana UMNO yang menangguhkan pemilihan parti sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selesai, DAP menjadi parti politik yang pertama bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan di kalangan parti-parti politik utama Malaysia tahun ini.

PKR bakal mengadakan pemilihan pada bulan April.
Selepas 18 tahun menerajui DAP sebagai Setiausaha Agung (sejak September 2004) Lim Guan Eng bakal mengundurkan diri.
Beliau telah menyandang jawatan tersebut tiga penggal dan ekoran pindaan kepada perlembagaannya, jawatan tersebut tidak boleh disandang lebih dari itu.
Selain itu, akan berlaku beberapa perubahan dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Sebanyak 30 peratus atau sembilan kerusi CEC bakal disandang oleh golongan wanita.
Ini kerana pada tahun 2019, DAP telah meluluskan pindaan perlembagaan bagi menetapkan kuota 30 peratus di peruntukkan kepada wanita dalam CEC.

Ia bermakna, dalam jawatankuasa pusat baharu nanti akan ada sekurang-kurangnya sembilan ahli yang terdiri daripada wanita.
Belalang dimaklumkan sejumlah 93 calon dari seluruh negara telah dicalonkan untuk kerusi CEC.
Pemilihan dalam DAP ni pelik sikit. Mereka mengamalkan pengundian dua peringkat.

Yang pertama, lebih 4,000 perwakilan ke perhimpunan agung perlu memilih 30 anggota CEC terlebih dahulu dan selepas itu, mereka yang terpilih menganggotai CEC akan mengundi dalam kalangan mereka untuk memilih Setiausaha Agung, Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Timbalan Setiausaha Agung, Setiausaha Organisasi serta lain-lain jawatan utama dalam parti.

Oleh kerana kesemua jawatan penting itu tidak dibuka kepada pencalonan (tidak sepertimana jawatan CEC), maka tidak ada siapa dapat menjangkakan siapa yang bakal menggantikan Guan Eng.

Semuanya bergantung kepada kumpulan atau ‘orang siapa’ yang bakal terpilih menduduki CEC.
Setahu Belalang, yang disebut-sebut bakal mengambil alih tempat Guan Eng ialah Anthony Loke yang kini menyandang jawatan Setiausaha Organisasi.

Di bawah sistem sosialis, iaitu fahaman politik yang dibawa oleh DAP, Setiausaha Agung itu adalah ibarat presiden manakala Setiausaha Organisasi pula adalah kedudukan yang lebih kurang menyamai Setiausaha Agung dalam mana-mana organisasi politik lain.

Kesimpulannya, untuk membolehkan Anthony Loke atau sesiapa sahaja terpilih menduduki kerusi Setiausaha Agung, para perwakilan mestilah terlebih dahulu memastikan penyokong orang yang mereka mahu menerajui parti menduduki barisan CEC seramai 30 orang itu.

Ini kerana kuasa sebenar untuk memilih pucuk pimpinan dalam DAP terletak di tangan 30 orang ini nanti bukan para perwakilan.
Tugas perwakilan hanya memilih anggota-anggota CEC dan selepas itu barisan CEC inilah yang menentukan siapa bakal menerajui parti. Pelik tapi benar.

Belalang - hanya ada kuasa mengundi dalam PRU.

 
Walaupun tewas dalam pemilihan, khidmatnya masih diperlukan, kata setiausaha agung DAP yang baru itu. -BeritaMkini

1648005586322.png


Tony Pua aset berharga DAP, kata Loke

Diterbitkan: Mar 23, 2022 11:13 AM

Dikemaskini: 11:13 AM




Setiausaha Agung DAP yang baru, Anthony Loke menyifatkan Anggota Parlimen Damansara Tony Pua sebagai 'aset berharga' parti itu walaupun tewas dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), Ahad lalu.

Menurutnya, Pua telah menyumbang masa dan tenaga untuk perjuangan parti selama 15 tahun.

"Malam tadi, saya menghubungi Tony Pua untuk bertanya khabar dan memintanya untuk terus memainkan peranan yang penting dalam parti kerana khidmat beliau masih diperlukan.

"Saya amat memahami kekecewaannya. Namun, ini adalah asam garam dalam politik. Usaha kita tidak selalunya mendapat balasan yang setimpal mahupun dihargai. Keputusan perwakilan perlu diterima dengan hati yang terbuka seperti dia nyatakan dalam kenyataannya semalam," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.




Loke berkata Pua telah ke seluruh pelusuk negara untuk memberi penerangan berhubung 1MDB beberapa tahun lalu, sebelum isu itu difahami oleh orang ramai.

31ce5966f0ae3d518d8cd094cb15236e.jpg


Sudah tentu segala titik peluh Pua dalam isu 1MDB menyumbang sedikit sebanyak kepada kejayaan PH dalam PRU14, katanya lagi.

"Dia juga merupakan seorang pemimpin parti yang sangat komited dan sanggup mengambil tanggungjawab dalam tugasan yang sukar seperti mengetuai projek "Impian" di Sabah dan Sarawak.

"Saya nak menyatakan secara terbuka bahawa Tony Pua adalah 'aset' yang sangat penting kepada DAP.

"Khidmat dan sumbangannya masih amat diperlukan. Saya berharap beliau akan terus membantu parti dan saya untuk menghadapi segala cabaran di depan kita terutamanya PRU15," kata bekas menteri pengangkutan itu.

Pua antara lima pemimpin DAP yang tersingkir daripada barisan CEC pada penggal ini, selain Chong Eng, Ngeh Koo Ham, Zairil Khir Johari dan V Sivakumar.

Mengulas lanjut, Loke berkata dia mengenali Pua secara dekat sejak 2007 lagi ketika bekas pengerusi DAP Selangor itu dijemput untuk berucap di pemukiman parti di Cameron Highlands sebelum menyertai parti itu.

"Dia amat lantang di Parlimen dengan membongkarkan pelbagai isu dan skandal yang melibatkan projek-projek Kerajaan. Saban hari, dia akan membangkitkan pelbagai persoalan di dalam dan di luar dewan.

"Para wartawan di lobi parlimen tidak pernah jemu mendengar sidang medianya kerana setiap kenyataan akhbarnya sarat dengan fakta dan angka yang tepat," kata Loke yang juga anggota Parlimen Seremban.


 
Walaupun tewas dalam pemilihan, khidmatnya masih diperlukan, kata setiausaha agung DAP yang baru itu. -BeritaMkini

1648005586322.png


Tony Pua aset berharga DAP, kata Loke

Diterbitkan: Mar 23, 2022 11:13 AM

Dikemaskini: 11:13 AM




Setiausaha Agung DAP yang baru, Anthony Loke menyifatkan Anggota Parlimen Damansara Tony Pua sebagai 'aset berharga' parti itu walaupun tewas dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), Ahad lalu.

Menurutnya, Pua telah menyumbang masa dan tenaga untuk perjuangan parti selama 15 tahun.

"Malam tadi, saya menghubungi Tony Pua untuk bertanya khabar dan memintanya untuk terus memainkan peranan yang penting dalam parti kerana khidmat beliau masih diperlukan.

"Saya amat memahami kekecewaannya. Namun, ini adalah asam garam dalam politik. Usaha kita tidak selalunya mendapat balasan yang setimpal mahupun dihargai. Keputusan perwakilan perlu diterima dengan hati yang terbuka seperti dia nyatakan dalam kenyataannya semalam," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.




Loke berkata Pua telah ke seluruh pelusuk negara untuk memberi penerangan berhubung 1MDB beberapa tahun lalu, sebelum isu itu difahami oleh orang ramai.

31ce5966f0ae3d518d8cd094cb15236e.jpg


Sudah tentu segala titik peluh Pua dalam isu 1MDB menyumbang sedikit sebanyak kepada kejayaan PH dalam PRU14, katanya lagi.

"Dia juga merupakan seorang pemimpin parti yang sangat komited dan sanggup mengambil tanggungjawab dalam tugasan yang sukar seperti mengetuai projek "Impian" di Sabah dan Sarawak.

"Saya nak menyatakan secara terbuka bahawa Tony Pua adalah 'aset' yang sangat penting kepada DAP.

"Khidmat dan sumbangannya masih amat diperlukan. Saya berharap beliau akan terus membantu parti dan saya untuk menghadapi segala cabaran di depan kita terutamanya PRU15," kata bekas menteri pengangkutan itu.

Pua antara lima pemimpin DAP yang tersingkir daripada barisan CEC pada penggal ini, selain Chong Eng, Ngeh Koo Ham, Zairil Khir Johari dan V Sivakumar.

Mengulas lanjut, Loke berkata dia mengenali Pua secara dekat sejak 2007 lagi ketika bekas pengerusi DAP Selangor itu dijemput untuk berucap di pemukiman parti di Cameron Highlands sebelum menyertai parti itu.

"Dia amat lantang di Parlimen dengan membongkarkan pelbagai isu dan skandal yang melibatkan projek-projek Kerajaan. Saban hari, dia akan membangkitkan pelbagai persoalan di dalam dan di luar dewan.

"Para wartawan di lobi parlimen tidak pernah jemu mendengar sidang medianya kerana setiap kenyataan akhbarnya sarat dengan fakta dan angka yang tepat," kata Loke yang juga anggota Parlimen Seremban.


Tony ni Rapiji versi DAP
 

Undur diri sebagai Pengerusi DAP, Boo gesa Guan Eng​


March 23, 2022 12:14 PM

Boo-Cheng-Hau-N-Lim-Guan-Eng-collage-230322.jpg


Dr Boo Cheng Hau percaya Lim Guan Eng boleh melakukan kemunculan semula pada bila-bila masa jika terbukti tidak bersalah di mahkamah.

PETALING JAYA: Dr Boo Cheng Hau daripada DAP Johor menggesa Lim Guan Eng berundur sebagai pengerusi kebangsaan parti itu, memetik perbicaraan rasuah projek terowong dasar laut yang sedang berjalan membabitkan Ahli Parlimen Bagan itu.

Boo berkata, ahli jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) baharu DAP sepatutnya bebas daripada sebarang beban untuk memacu parti itu ke hadapan dalam meraih semula keyakinan rakyat dan menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir.

“Mana-mana pemimpin yang dibebani tuduhan rasuah atau sebarang skandal patut mengambil inisiatif meletak jawatan bagi mengelak daripada menghantar isyarat salah mengenai nilai-nilai parti kepada masyarakat umum dan menjejaskan kedudukan parti pada PRU15.”
“Saya percaya pengerusi kebangsaan (Lim) adalah seorang pemimpin yang berkebolehan dan boleh membuat kemunculan semula pada bila-bila masa jika terbukti tidak bersalah di mahkamah.



“Saya berpendapat pengerusi kebangsaan patut mengundurkan diri,” katanya dalam kenyataan.

Bekas ADUN Skudai itu berkata, Lim harus berundur atas dasar “cintanya kepada parti”.

Beliau menggesa mentor parti Kit Siang agar turut menasihati anaknya supaya melepaskan jawatan.

Beliau juga menggesa Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo agar menarik diri daripada menjadi peguam bela Guan Eng di mahkamah bagi mengelak sebarang konflik kepentingan, termasuk kemungkinan menggantikannya sebagai pengerusi.

Katanya, sukar bagi DAP untuk mengekalkan prinsip dan nilai terasnya jika ia dipimpin oleh individu yang berdepan tuduhan di mahkamah.
Menggunakan “penganiayaan politik” sebagai pembelaan secara tidak langsung memberi “tekanan tidak wajar” ke atas badan kehakiman, tambahnya.

“Justeru, ia bertentangan dengan pendirian jangka panjang parti dalam menegakkan kebebasan kehakiman,” katanya.

“Saya percaya peletakan jawatan secara tegas adalah (langkah) baik untuk pengerusi kebangsaan dan imej parti. DAP tidak boleh menyokong cara Umno mengendalikan isu seperti ini ketika kita berusaha untuk menjadi parti politik dan negara bertaraf dunia.”

Boo memetik bagaimana Parti Tindakan Rakyat dan Parti Pekerja di Singapura mengkehendaki pemimpin atau ahlinya yang berdepan tuduhan rasuah sama ada berhenti atau dipecat daripada parti.

“Ini adalah cara yang patut diamalkan parti politik bertaraf dunia. DAP dan pengerusi kebangsaan patut mematuhi standard pemimpin-pemimpin ini,” katanya.

Secara berasingan, Boo memberitahu FMT beliau sedia dikritik atas kenyataan ini, namun menegaskan bahawa DAP harus berubah atau berdepan risiko kehilangan keyakinan rakyat disebabkan “sel-sel kanser”.

 

DAP bercanggah pendapat mengenai perlunya lebih ramai pemimpin Melayu​





March 23, 2022 10:00 AM


Young-Syefura-Aziz-Bari-Zairil-Khir-Johari.jpg


Young Syefura Othman terpilih menganggotai CEC DAP baharu, namun pemimpin terkemuka seperti Abdul Aziz Bari dan Zairil Khir Johari tidak berjaya.

PETALING JAYA: Terdapat percanggahan besar antara kepimpinan DAP dan akar umbi mengenai perlunya lebih ramai pemimpin Melayu di peringkat atasan hierarki parti, menurut seorang penganalisis.

Felo kanan Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata, keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti pada Ahad yang menyaksikan hanya seorang daripada 10 calon Melayu dipilih boleh ditafsirkan bahawa ahli akar umbi tidak mengendahkan desakan pemimpin ke arah itu.

Beliau berkata, walaupun Young Syefura Othman menunjukkan prestasi meyakinkan dengan memenangi 981 undi, beberapa pemimpin Melayu terkenal seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari di Perak dan ADUN Tanjong Bunga Pulau Pinang Zairil Khir Johari tidak terpilih.
Tonton video di sini.



“Ini adalah perkara yang perlu dibimbangkan oleh para pemimpin. Ya, Syefura dapat 981 undi walaupun calon Melayu lain meraih undi yang jauh lebih sedikit, tetapi kuota 30% yang ditetapkan untuk calon wanita mungkin membantunya.

“Ini memberi gambaran, sama ada tepat atau tidak, bahawa akar umbi parti pada umumnya tidak mesra calon Melayu. Persepsi ini hanya akan menjadi lebih buruk walaupun mereka melantik dua lagi pemimpin Melayu ke dalam badan pembuat keputusan tertinggi DAP,” katanya kepada FMT.

Dua pemimpin Melayu yang dilantik adalah Syahredzan Johan (ahli jawatankuasa) dan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (timbalan setiausaha agung).

Azmi berkata, kepimpinan parti itu perlu mendidik akar umbi untuk menerima pemimpin Melayu bagi mengelak DAP terus dianggap sebagai parti anti-Melayu.

“Pesaing DAP telah cukup berjaya menggambarkan parti itu sebagai anti-Melayu dan bersifat cauvinis. Malangnya keputusan pemilihan CEC akan mengukuhkan persepsi seperti ini,” katanya.

Beliau percaya walaupun setelah veteran parti Lim Kit Siang bersara daripada politik dan Lim Guan Eng tidak lagi menjadi setiausaha agung, namun persepsi bahawa DAP adalah parti anti-Melayu mungkin akan berterusan.

“Walaupun DAP berusaha keras untuk mengubah (persepsi) ini, dengan barisan CEC baharu dan bilangan wakil rakyat Melayu yang rendah, ia akan menjadi kerja yang sukar,” katanya.

Bagaimanapun Azmi berkata, pemilihan Loke Siew Fook sebagai setiausaha agung memberi “gambaran baik”, kerana beliau secara umumnya lebih diterima oleh orang Melayu dan kelihatan sebagai pemimpin yang sederhana.

“Jika kita ingat semasa zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH), sebagai menteri pengangkutan, beliau bekerja keras dan dengan gaya sederhananya diterima oleh orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata, masa semakin singkat untuk DAP menarik orang Melayu memandangkan pilihan raya umum (PRU) sudah tidak lama lagi.
“Ia sepatutnya meninggalkan wawasan ini buat masa ini dan membiarkan sekutunya PKR dan Amanah berusaha mendapatkan sokongan pengundi Melayu untuk calon DAP,” katanya.

 
1648173181445.png


Tiga cabaran menanti Anthony Loke sebagai ‘orang kuat’ baharu DAP​





25 Mac 2022 08:32am | Masa membaca: 4 minit

1639249.JPG

Bolehkah Anthony Loke muncul sebagai pemimpin baharu DAP yang tidak lagi dibayangi oleh pengaruh Guan Eng.


PEMILIHAN Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook sebagai Setiausaha Agung baharu DAP bagi penggal 2022-2025 membuka lembaran baharu kepada parti roket itu.

Ini kerana dalam DAP, Setiausaha Agung itu adalah ketua parti sama seperti presiden untuk parti-parti politik yang lain. Setiausaha Agunglah yang menetapkan hala tuju dan masa depan parti.

ADUN Perling, Liew Chin Tong dalam satu artikelnya pernah menggambarkan jawatan Setiausaha Agung DAP adalah ibarat CEO dalam sesebuah organisasi manakala Pengerusi adalah seperti Pengerusi Lembaga Pengarah.

Jelas Chin Tong, walaupun Setiausaha Agung tidaklah mempunyai kuasa mutlak tetapi beliau memiliki kuasa eksekutif untuk tujuan operasi dengan perbincangan bersama Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dalam soal-soal dasar.

Lantaran itu, di bahu Anthony Loke selaku pemimpin keenam pernah menduduki jawatan terpenting itu terpikul banyak cabaran dan keperluan melakukan transformasi baharu.

Sebelum Anthony Loke, lima pemimpin lain yang pernah menyandang tugas Setiausaha Agung ialah Devan Nair (1966-1967), Goh Hock Guan (1967-1969), Lim Kit Siang (1969-1999), Kerk Kim Hock (1999-2004) dan Lim Guan Eng (2004-2022).

Cuma bezanya, jika dahulu tempoh menyandang jawatan ini tiada had tahun tetapi setelah perlembagaan parti itu dipinda, Setiausaha Agung yang baharu tidak lagi boleh memegang melebihi tiga penggal.
Atas sebab itu jugalah Guan Eng tidak boleh lagi terus memimpin DAP. Jawatan itu perlu dipimpin oleh orang lain.




Satu daripada beberapa tanggungjawab besar Anthony Loke ialah untuk mengembalikan DAP ke Putrajaya sebagaimana yang berjaya dilakukan oleh Guan Eng pada 2018.

Sudah tentulah prasyarat untuk DAP berbuat demikian ialah melalui penyatuan dan kerjasama jitu semua parti pembangkang sepertimana yang ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Cabaran kedua Anthony Loke sudah tentulah bagaimana untuk membawa DAP sebagai parti pelbagai kaum yang dapat diterima oleh orang Melayu. Ini kerana imej kecinaan yang diperjuang dan dibawa oleh DAP dilihat oleh orang Melayu sebagai terlalu menebal sehinggakan mereka susah menembusi kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu.

1648173279544.png

Anthony Loke

Dan cabaran terbesar beliau seterusnya ialah bagaimanakah beliau hendak memisahkan dirinya daripada pengaruh Dinasti Lim. Bolehkah Anthony Loke muncul sebagai pemimpin baharu DAP yang tidak lagi dibayangi oleh pengaruh Guan Eng sebaliknya memeperlihatkan daya kepimpinan baharu yang dinamik dan keluar daripada kepompong serta imej lama DAP.

Ini kerana, Guan Eng walaupun bukan lagi Setiausaha Agung masih berada dalam senarai CEC sebagai Pengerusi DAP manakala bapanya, Kit Siang walaupun sudah mengumumkan persaraan tetapi masih dilantik sebagai mentor atau penasihat parti.

Bayang-bayang bapa dan anak ini masih wujud dalam pucuk pimpinan DAP. Mereka tidak mengundurkan diri sepenuhnya.Pengaruh Dinasti Lim dalam parti itu bukan lagi satu rahsia apabila Kit Siang menjadi Setiausaha Agung selama 30 tahun manakala anaknya Guan Eng menduduki kerusi sama selama 18 tahun.

PENGARUH DINASTI LIM
Bagi Penganalisis Politik dan Geostrategis, Dr Azmi Hassan, walaupun sesetengah orang mungkin melihat pengaruh keluarga Lim telah berkurangan dengan pengumuman persaraan Kit Siang, namun legasi yang ditinggalkan oleh keluarga Lim masih kuat dan terasa.
“Saya berpandangan, biarpun ada perubahan dalam DAP sekarang, namun pengaruh keluarga Lim masih kuat. Apatah lagi legasi yang ditinggalkan baik Kit Siang mahupun Guan Eng sangat besar,” katanya.

Anthony Loke akan dibantu oleh tiga timbalan yang mana dua daripadanya dilantik oleh CEC. Mereka ialah Chin Tong, Sivakumar Varatharaju Naidu (dilantik) dan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (dilantik).

Dalam sistem sosialis DAP, perwakilan akan terlebih memilih 30 anggota CEC. Selepas itu, 30 anggota eksekutif inilah yang akan mengundi sesama mereka bagi menentukan siapakah menerajui parti iaitu mengisi jawatan Setiausaha Agung, Pengerusi dan lain-lain jawatan termasuklah kerusi lantikan tambahan anggota CEC.

Keputusan pemilihan CEC pada Ahad lalu juga menyaksikan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 1,782 undi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula mendapat undian kedua tertinggi iaitu 1,641, manakala Loke yang juga bekas Menteri Pengangkutan di bawah pemerintahan PH memperoleh 1,625 undi.

1648173293410.png

Young Syefura Othman -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Mereka berjaya memperoleh undi lebih banyak berbanding Guan Eng (1,311) dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suih Sim (1,373).
Sementara itu, Young Syefura Othman yang memenangi jawatan Timbalan Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY) memperoleh 991 undi berada di hadapan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto dengan 978 undi. Ketua DAPSY, Dr Kelvin Yii Lee tidak bertanding dalam pemilihan CEC.

Untuk rekod, Young Syefura yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari adalah satu-satunya calon Melayu yang tersenarai dalam 30 kerusi CEC.

Dalam pada itu, Azmi berkata, apa yang menarik dan baik berlaku dalam DAP sekarang adalah, Setiausaha Agung DAP baharu ialah seorang pemimpin yang dilihat lebih mesra Melayu dan fasih berbahasa Melayu berbanding pemimpin-pemimpin sebelumnya yang mungkin mempunyai sejarah atau masih tebal dengan persepsi kecinaan dalam sebilangan masyarakat Malaysia.

Berikutan itu, beliau tidak menolak kemungkinan faktor Anthony Loke dan persaraan Kit Siang daripada arena politik tanah air mungkin boleh menarik sedikit sokongan pengundi Melayu untuk menyokong DAP pada PRU15 nanti.“Wajah-wajah pemimpin Melayu muda seperti Young Syefura dan Marina Ibrahim mungkin dapat membantu Anthony Loke dalam memikat lebih ramai pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar.

“Apatah lagi Marina baru-baru ini tampil sebagai calon PRN Johor yang menang paling banyak undi bukan sahaja bagi DAP bahkan semua parti yang bertanding,” ujar Azmi.

 
1648266083378.png


'Guan Eng letak jawatan? Tunggu keputusan mahkamah'

Diterbitkan: Mar 26, 2022 11:34 AM

Dikemaskini: 11:34 AM



Pendirian DAP adalah untuk menunggu keputusan mahkamah sebelum membuat keputusan berhubung nasib pengerusinya Lim Guan Eng, kata naib pengerusi parti itu Chow Kon Yeow.

Chow yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika mengulas gesaan bekas pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau agar Lim meletakkan jawatan sementara menunggu keputusan perbicaraannya.

“Saya fikir buat masa ini, pendirian kekal sama…parti tidak akan mengendalikan soal ini sehingga mahkamah memberikan keputusan,” katanya kepada pemberita di Batu Ferringhi, Pulau Pinang hari ini.

Dia berkata DAP akan membuat pertimbangan jika berlaku sebarang perubahan dalam perkara itu.

Lim dipilih sebagai pengerusi DAP dalam pemilihan Ahad lalu, selepas berundur daripada jawatan setiausaha agung kerana telah mencapai had tiga penggal.

Jawatan tertinggi parti itu diambil alih oleh Anthony Loke.


d03110616ec62989f2ebef568131342d.jpg
Boo Cheng Hau

Boo yang dilihat sebagai pemimpin yang berbeza haluan dalam parti menegaskan Lim tidak sepatutnya memegang sebarang jawatan ketika kesnya masih berjalan.

“Mana-mana pemimpin yang berdepan skandal atau pertuduhan rasuah perlu ambil inisiatif untuk meletakkan jawatan bagi agar tidak menghantar isyarat salah berhubung nilai parti kepada orang ramai dan menjejaskan peluang parti dalam PRU15,” katanya.

Lim didakwa meminta rasuah untuk membantu sebuah syarikat agar dilantik melaksanakan projek terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion, ketika menjadi ketua menteri negeri itu pada 2011.

Dia juga berdepan pertuduhan berhubung pembelian banglo di bawah harga pasaran dan penukaran status sebidang tanah daripada pertanian kepada perumahan.

 
Back
Top
Log in Register