BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongres ke 17 DAP

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866

Persoalan mengenai masa depan DAP berlegar menjelang kongres​


March 20, 2022 9:50 AM

Loke-Siew-Fook-Liew-Chin-Tong.jpg


Loke Siew Fook dijangka menggantikan Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP, namun Liew Chin Tong juga dipertimbangkan.

PETALING JAYA: Persoalan mengenai siapa pengganti Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP, pendirian parti dalam isu komunal dan kemajmukan kaum, serta prestasinya dalam politik persekutuan dijangka dipaparkan pada kongres tahunannya yang diadakan hari ini.

Lim, 62, telah memegang jawatan berkenaan sejak 2004. Beliau telah mencapai had tiga penggal dan mungkin mengambil peranan Pengerusi, menurut sumber dalaman parti.

Setiausaha Penganjur Kebangsaan Loke Siew Fook dijangka akan mengambil alih jawatan Lim, tetapi timbul ura-ura bahawa Ketua DAP Johor Liew Chin Tong dan Ketua DAP Perak Nga Kor Ming mungkin terpilih.




“Sukar untuk katakan sama ada pengaruh Lim kuat terhadap calon-calon ini. Mungkin ada antara mereka yang berfikiran bebas, dan ini tidak disukai kepimpinan lama. Akar umbi bertaruh atas Loke dan Liew, manakala Nga adalah ‘wildcard’,” katanya.



“Namun Setiausaha Agung baharu akan mengemudi haluan parti seterusnya menjelang pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir dan imej roket (logo DAP) telah merosot ke paras terendah susulan kekalahan dalam tiga pilihan raya negeri (PRN).”

Katanya, Lim mungkin akan mencanang pencapaian lalu dan cuba meyakinkan perwakilan untuk melupakan kekalahan teruk pada PRN Melaka, Sarawak dan Johor baru-baru ini.
Beliau menjangkakan Lim akan menekankan fakta bahawa walaupun berada di Putrajaya hanya bagi tempoh singkat dan timbulnya pelbagai masalah lain, 42 Ahli Parlimen parti itu tidak sesat, dan perbalahan dalam parti kurang berbanding parti Pakatan Harapan (PH) yang lain.

Seorang ketua cawangan di Pulau Pinang berkata, parti itu harus menampilkan muka baharu untuk lebih bersedia menghadapi pilihan raya akan datang memandangkan bilangan pengundi muda lebih besar.

“Orang-orang lama mesti berundur, (ahli) sudah muak dengan kepimpinan anak beranak,” katanya.

Seorang pemimpin kanan DAP yang tidak mahu dikenali berkata, perwakilan Cina dijangka menzahirkan kebimbangan mereka tentang hubungan DAP dengan Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya, memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani PH dengan kerajaan Ismail Sabri Yaakob, dan pelbagai isu komunal lain.

“Wujud rasa tidak puas hati dengan keluarga Lim kerana tidak menentang Dr Mahathir dan tidak melaksanakan peruntukan MoU dengan baik,” katanya.

Selain menyatakan bahawa beberapa perwakilan bimbang parti itu seolah-olah tidak lagi mewakili kepentingan kaum Cina, pemimpin itu berkata, timbul juga kebimbangan dalam kalangan segelintir anggota kanan mengenai trajektori DAP yang lebih berbilang kaum.

Di Kedah, seorang pemimpin parti berkata, wujud keperluan mendesak bagi parti itu untuk menyokong ahli Melayu, India dan Borneo agar kepimpinan dapat dipelbagaikan, membuktikan ia serius mengenai suara minoriti.

Di Kota Kinabalu, seorang ahli parti menzahirkan kebimbangan bahawa beberapa perwakilan tidak mampu terbang ke Kuala Lumpur untuk mengundi secara fizikal, sambil menambah, pusat undian sepatutnya ditubuhkan di Sabah dan Sarawak untuk mengutip undi perwakilan Malaysia Timur.

Bagaimanapun, Loke memberitahu FMT, akan ada perwakilan Borneo yang turun mengundi, tetapi beliau tidak mengulas lanjut.

Seramai 4,150 perwakilan dijangka mengundi 93 calon. Kongres itu sepatutnya diadakan pada Jun tahun lepas tetapi ditangguhkan berikutan peningkatan kes Covid-19.

DAP tidak memilih pemimpin tertingginya secara langsung. Sebaliknya, perwakilan daripada cawangan di seluruh negara akan mengundi 30 ahli dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), badan tertinggi parti.

Ahli-ahli CEC yang terpilih kemudiannya akan memutuskan siapa yang mengambil jawatan parti yang berbeza, dan akan menggabungkan 10 lagi ahli ke dalam CEC.

Pemimpin kanan parti Chong Eng berharap sekurang-kurangnya sembilan wanita memegang jawatan yang dipilih dalam CEC, yang kini hanya dianggotai enam wanita.

Loke berkata, ini adalah selaras dengan aspirasi negara untuk mempunyai sekurang-kurangnya 30% wanita dalam peranan kepimpinan, sambil menambah, parti itu meminda perlembagaannya semasa kongres parti yang lepas khusus untuk ini.

Chong berkata: “Tidak lama lagi, kita tak perlu sayap wanita yang berasingan, hanya sebuah biro hal ehwal wanita, kerana teras DAP akan mempunyai sekurang-kurangnya 30% perwakilan wanita. Ini akan menjadi detik terbesar dalam sejarah DAP selama 56 tahun.”

 

Kit Siang mungkin tarik diri pemilihan DAP untuk ‘imbangkan kuasa’​


March 19, 2022 10:00 PM

Lim-Guan-Eng-Kit-Siang-fb.jpg


Sumber parti berkata peralihan kepimpinan penting bagi DAP kerana Kit Siang dan Guan Eng dilihat sudah memegang jawatan Setiausaha Agung selama 48 tahun antara mereka. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Rundingan ‘sarat’ membabitkan pemimpin tertinggi DAP menjelang kongres tahunan parti esok berkemungkinan menyaksikan Lim Kit Siang enggan bertanding merebut kerusi dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).

Ini, kata sumber, adalah bagi memberikan laluan kepada anaknya Guan Eng dipilih sebagai pengerusi parti oleh 30 calon CEC yang berjaya kerana beliau terpaksa melepaskan jawatan Setiausaha Agung selepas berkhidmat untuk tempoh maksimum tiga penggal yang dibenarkan di bawah perlembagaan parti.

Mereka berkata Kit Siang, yang telah menjadi ahli CEC selama 58 tahun, dijangka mengumumkan menarik diri bertanding pada kongres esok yang akan memilih 30 ahli CEC baharu yang seterusnya mengundi dalam jawatankuasa induk.

Ketika ini Kit Siang adalah penasihat parti dan masih mempunyai pengaruh kerana kebanyakan ahli parti menghormatinya atas pengorbanan yang telah dilakukan bagi mengekalkan parti itu.





Tidak jelas kedudukan yang akan dimainkannya selepas mesyuarat esok tetapi penyokong parti kekal menganggap beliau sebagai tokoh yang berkuasa.

Satu sumber berkata, langkah Kit Siang dibuat bagi memastikan Guan Eng terus memainkan peranan penting dalam DAP, lebih-lebih lagi dengan pilihan raya umum yang semakin hampir dan ketika sokongan terhadap parti itu semakin merosot seperti yang ditunjukkan dalam pilihan raya negeri Johor, Melaka dan Sarawak.

Satu sumber berkata, langkah Kit Siang direka untuk memastikan Guan Eng terus memainkan peranan penting dalam DAP, lebih-lebih lagi dengan pilihan raya umum yang semakin hampir dan pada masa sokongan terhadap parti itu telah berkurangan seperti yang ditunjukkan dalam pilihan raya negeri Johor, Melaka dan Sarawak. .

“Guan Eng menjadi Setiausaha Agung DAP sejak 2004 dan parti itu dilihat masih memerlukan sentuhannya dan kepimpinan tegas beliau,” kata satu sumber.

“Tidak lagi menjadi Setiausaha Agung bermakna Guan Eng akan kehilangan kuasa eksekutifnya kerana perlembagaan parti secara khusus menyatakan bahawa kuasa itu akan berada di tangan Setiausaha Agung. Bukan mudah untuk tokoh berusia 62 tahun itu yang telah mengorbankan kebebasannya untuk perjuangan parti.

“Jelas sekali, parti masih memerlukan beliau. Jadi berkemungkinan besar Guan Eng akan diundi sebagai Pengerusi, jawatan di mana beliau boleh kekal berpengaruh dalam beberapa cara,” kata sumber itu.

Sumber lain berkata sebagai Pengerusi, Guan Eng akan menjadi ahli jawatankuasa lima orang yang memutuskan calon untuk pilihan raya umum. Jawatankuasa ini diketuai oleh Setiausaha Agung.

“Kit Siang sudah bertemu Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook, yang disebut-sebut akan dipilih sebagai Setiausaha Agung baharu, beberapa hari lalu. Calon CEC yang berjaya dijangka memilih Loke kerana kebanyakan ahli parti nampaknya memihak kepadanya,” katanya.

Seorang sumber dalaman parti berkata peralihan kepimpinan itu penting bagi parti kerana ia boleh menyaksikan “perubahan paling penting” dalam penumpuan kuasa parti yang menyaksikan Kit Siang dan Guan Eng memegang jawatan Setiausaha Agung selama 48 tahun antara mereka. .

“Jelas sekali, parti itu mungkin melihat hala tuju baharu walau apa cara sekalipun,” katanya.

FMT telah menghubungi Kit Siang untuk mendapatkan komen.

 
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng minta kerajaan menjelaskan sama ada negara ini telah melaksanakan dasar baru secara unilateral berhubung kuota Bumiputera bagi projek-projek besar kerajaan.

Kata Lim, kerajaan persekutuan perlu menjelaskan sekiranya terdapat perubahan dasar yang besar, kerana tindakan itu hanya perlu dilakukan dengan merujuk semua pihak berkepentingan terlebih dahulu.

Dia berkata demikian dalam ucapannya pada Konvensyen Kebangsaan DAP ke-17 di IDCC, Shah Alam hari ini.
Sumber video: https://www.facebook.com/DAPMalaysia/videos/623528482404214
 
Saki baki komunis...

Sori off topik.
Ayat ini tiada kaitan dgn tajuk atas
 
Back
Top
Log in Register