BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongres ke 17 DAP

Pendekatan radikal akan buat DAP hilang sokongan, kata Loke​


April 3, 2022 11:50 PM

Loke-Siew-Fook-anthony-loke-Bernama.jpg


Anthony Loke berkata, ahli Melayu dalam dalam parti yang didominasi kaum Cina itu, mempunyai peranan yang sama dengan ahli lain iaitu menarik lebih banyak sokongan terutama penyokong Melayu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: DAP akan hilang sokongan jika mengamalkan pendekatan radikal dan pendirian ekstrem dalam politik, kata Setiausaha Agungnya Loke Siew Fook.

Pelantikan Loke sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu menggantikan Lim Guan Eng mencetuskan pelbagai reaksi, antaranya percaya bahawa beliau akan memimpin parti iti ke arah lebih bersederhana.

Bagaimanapun, Loke menjelaskan bukan hanya beliau sahaja mengamalkan sikap itu, malah parti itu sendiri mengamalkan “politik kesederhanaan”.
“Ideologi kita sosial demokrasi, yang ambil pendekatan sederhana dari segi dasar dan pendekatan politik.






“Saya percaya dalam konteks di Malaysia, kalau kita ambil pendirian ekstrem, ia tidak akan ke mana-mana dan kita akan menjadi parti yang tidak mendapat sokongan dari peringkat arus perdana dan majoriti rakyat Malaysia,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia.

Ketika ditanya mengenai peranan orang Melayu dalam parti yang didominasi kaum Cina itu, Loke menegaskan mereka mempunyai peranan yang sama dengan ahli lain iaitu menarik lebih banyak sokongan terutama penyokong Melayu.

“Saya dan semua pemimpin lain juga ada peranan untuk tarik sokongan Melayu dan juga kaum India, Cina, Kadazan, Iban dan lain-lain kepada kita,” katanya sambil menambah DAP tidak seharusnya bergantung kepada PKR dan Amanah untuk mendapatkan sokongan Melayu.

Tambahnya lagi, tiada kuota keahlian untuk orang Melayu atau kaum lain dalam parti itu.

Mengulas berkaitan bangsa Cina mula beralih sokongan kepada BN dan MCA, Loke berkata ia hanya “isu mikro” yang berlaku di DUN tertentu seperti Yong Peng, Johor.

“Ini memang jelas ada swing pengundi Cina kepada MCA. Tapi ini sebab isu mikro, bermaksud ia menggembleng sumber dan betul-betul fokus di kawasan itu.

“Mereka letak calon di sana yang bekerja di kawasan sepanjang masa, sejak selepas pilihan raya umum lepas. Di Yong Peng, strategi MCA adalah calon yang telah kalah sewaktu PRU14, dia tetap teruskan khidmat seperti seorang wakil rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Seremban itu turut mendedahkan di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara PH dan kerajaan persekutuan, pembangkang mempunyai kewajipan untuk kekal berkecuali sekiranya terdapat usul untuk membentangkan undi percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Maka kedudukan beliau sebagai PM tak tergugat, kecuali ada orang dalam kerajaan menarik sokongan terhadapnya termasuk dari parti beliau sendiri,” katanya.

 
Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas wakil rakyat DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, persepsi pengundi Melayu terhadap DAP tidak akan berubah selagi kaum itu dilihat sekadar sebagai kumpulan minoriti dan hanya menghiasi organisasi parti.

DAP perlu ‘cakap serupa bikin’ tarik sokongan Melayu​






04/04/2022



norhizam.jpg



PETALING JAYA: DAP perlu ‘cakap serupa bikin’ untuk mengetengahkan lebih ramai pemimpin Melayu dalam keanggotaan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu sekiranya mahu menghapuskan tanggapan sebagai parti yang hanya didominasi satu kaum tertentu sahaja.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas wakil rakyat DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, persepsi pengundi Melayu terhadap DAP tidak akan berubah selagi kaum itu dilihat sekadar sebagai kumpulan minoriti dan hanya menghiasi organisasi parti.

Beliau kemudian menjelaskan, sekurang-kurangnya perlu ada enam wakil Melayu dalam CEC yang dilihat bertepatan matlamat DAP untuk menarik lebih ramai sokongan kaum Melayu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Tidak kira apa pun parti, semua kena ada usaha dan nawaitu untuk meletakkan sama kaum dalam jawatankuasa kepimpinan parti. Selagi perkara ini tidak berlaku, selagi itu orang Melayu tidak percaya DAP.

“Bagaimanapun kepemimpinan DAP perlu berubah walaupun tidak dinafikan pemilihan parti baru-baru ini berlaku perubahan tampuk kepemimpinan, namun masih ada orang lama yang berada CEC. Jadi dua isu iaitu penyertaan orang Melayu dan muka lama merupakan masalah membelenggu sejak dulu hingga kini yang perlu diselesaikan segera,” katanya.

Kelmarin, Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook melahirkan kebimbangan terhadap penyertaan orang Melayu dalam parti itu ekoran pemilihan CEC DAP pada 20 Mac lalu menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura menjadi wakil tunggal Melayu terpilih menganggotai CEC DAP bagi penggal 2022 hingga 2025 daripada 10 orang wakil Melayu bertanding.

Bagaimanapun selepas pemilihan itu, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Syahredzan Johan dilantik ke dalam CEC.

Dalam pada itu, Norhizam Hassan yang dikenali ‘YB Viral’ tidak menafikan langkah DAP meletakkan calon Melayu membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sewaktu pilihan raya lalu merupakan strategi untuk menarik memancing undi kaum itu.

Namun bekas ADUN Pengkalan Batu, Melaka tersebut menjelaskan, tiada timbul isu berhubung perkara itu setiap parti akan melakukan perkara sama sebagai salah satu usaha meraih demi kemenangan pilihan raya.

“Tetapi parti kena telus dalam soal ini. Mereka kena jelaskan adakah hanya meletakkan calon Melayu bagi menarik undi sahaja atau sebaliknya? Akhirnya, ini terserah kepada rakyat untuk menilai.

“Sebaliknya DAP sendiri perlu berubah daripada segi kepimpinan. Saya rasa bukan Melayu yang muak, orang Cina pun sama dengan melihat prestasi Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor baru-baru ini,” ujar beliau.
– UTUSAN

 
IMG_20220415_062153_312.jpg

"Untuk kes Norhizam ini sudah jelas, dia lompat keluar bila kita jatuh, jadi sekarang dia nak kembali, dia rasa selepas kalah dalam pilihan raya negeri, dia mahu platform, dia nak kembali, lupakan, kami beritahu lupakan, kami ada ramai calon yang bagus dan berkaliber," kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook .


Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com


#AWANInews #PolitikMalaysia
 
Back
Top
Log in Register