BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongres ke 17 DAP

Anthony Loke dilantik Setiausaha Agung DAP baharu, Guan Eng jadi Pengerusi DAP​


Mac 20, 2022 20:15 MYT
Anthony Loke dilantik Setiausaha Agung DAP baharu, Guan Eng jadi Pengerusi DAP

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP baharu. - Foto Astro AWANI

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu.
Ia hasil mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang menang dalam pemilihan yang berlangsung hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pula dilantik sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan yang baharu.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang pula dipilih sebagai Mentor Parti manakala Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dilantik sebagai Penasihat DAP.
Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming pula dilantik sebagai Ketua Whip DAP di Parlimen.

 

CEC DAP: Gobind raih undi tertinggi, beberapa nama besar tewas​


Mac 20, 2022 19:24 MYT
CEC DAP: Gobind raih undi tertinggi, beberapa nama besar tewas

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo (kiri) menerima undi terbanyak dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang berlangsung hari ini. - Foto Astro AWANI

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menerima undi terbanyak dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) pada Kongres Kebangsaan Ke-17 parti itu yang berlangsung hari ini.
Beliau mendapat 1,782 undi daripada keseluruhan 4,149 perwakilan yang layak memilih pada pemilihan kali ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula berada di kedudukan kedua selepas menerima 1,641 undi.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook pula berada di kedudukan ketiga tertinggi apabila mendapat 1,625 undi.

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP

Keputusan tersebut diaudit oleh firma, Grant Thornton dan disampaikan dalam majlis pengumuman di Shah Alam pada Ahad.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berada di kedudukan ke-8 selepas meraih 1,311 undi.

Dalam pada itu, beberapa nama besar DAP tersingkir daripada barisan CEC untuk penggal 2021-2024.

Antaranya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, V. Sivakumar, Ngeh Koo Ham, Tony Pua Kiam Wee, Yeo Bee Yin dan Ong Kian Ming.
Anggota CEC DAP kini akan bermesyuarat untuk menentukan jawatan masing-masing dalam parti itu.

 
1647782177722.png


Guan Eng sebak beri ucapan terakhir sebagai setiausaha agung DAP
Diterbitkan: Mar 20, 2022 8:02 PM

Dikemaskini: 8:02 PM



Lim Guan Eng hari ini menyampaikan ucapan terakhirnya sebagai Setiausaha Agung DAP selepas memegang jawatan itu selama 18 tahun.
Dalam ucapan terakhirnya kepada Kongres DAP, Lim mengucapkan terima kasih kepada ahli parti atas sokongan mereka sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Dia kemudian tunduk hormat kepada perwakilan parti di atas pentas dan disambut dengan tepukan gemuruh.

“Saya bangga kerana saya menyerahkan DAP yang lebih kuat kepada setiausaha agung akan datang kerana DAP kini parti terbesar di Parlimen.




“Saya akan menyokong setiausaha agung baru dan bekerjasama dengan pemimpin generasi baru DAP untuk membina parti kita dan bekerjasama dengan sekutu yang sehaluan untuk Malaysian Malaysia yang lebih baik.

“Kami mahu setiausaha agung baru berjaya supaya parti boleh berkembang,” katanya pada Kongres DAP di Shah Alam hari ini.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada pemipin veteran DAP Lim Kit Siang atas sumbangannya. Kit Siang, yang juga bapa Guan Eng, mengumumkan persaraannya daripada politik di kongres itu.

“DAP amat bersyukur kerana kita mempunyai pemimpin generasi pertama Kit Siang masih bersama kita untuk membimbing kita dengan kebijaksanaan dan pandangannya,” kata Guan Eng.

Guan Eng kelihatan menahan sebak ketika bercakap tentang Kit Siang.

Dia juga menggesa ahli parti supaya tidak berkecil hati dengan situasi politik semasa selepas DAP dan sekutu Pakatan Harapan (PH) digulingkan daripada kuasa dan berdepan beberapa siri kekalahan dalam pilihan raya.

“Saya tahu kita kecewa dengan Langkah Sheraton yang menyebabkan kita kehilangan kuasa dalam kerajaan persekutuan dan beberapa kerajaan negeri selepas kemenangan bersejarah kita dalam pilihan raya umum (PRU) 2018, serta keputusan yang mengecewakan di Melaka, Sarawak dan baru-baru ini di Johor.

“Kita harus ingat bahawa keadaan kita semasa kita menjadi pembangkang sebelum 2008 lebih teruk,” katanya.

Guan Eng berundur sebagai setiausaha agung kerana had tiga penggal yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.

Bagaimanapun, dia masih akan bertanding jawatan dalam jawatankuasa eksekutif pusat.

Seramai 92 calon bertanding untuk 30 tempat dalam jawatankuasa eksekutif pusat.

Sistem pemilihan DAP mengikut sistem dua peringkat di mana ahli akan memilih 30 calon teratas mereka ke jawatankuasa eksekutif pusat dan bukannya jawatan tertentu.

Tiga puluh teratas yang dipilih kemudiannya akan memilih sesama mereka untuk mengisi jawatan masing-masing dalam parti.

 
Back
Top
Log in Register