BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongres ke 17 DAP

Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP 2022-2025 yang dipilih hari ini menyaksikan beberapa wajah baharu tampil memimpin parti itu.
#AWANInews #AWANI745 #PolitikMalaysia

Senarai penuh Jawatankuasa Tertinggi Parti DAP 2022-2025​

Mac 20, 2022 21:15 MYT
Senarai penuh Jawatankuasa Tertinggi Parti DAP 2022-2025

Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP 2022-2025 yang dipilih hari ini menyaksikan beberapa wajah baharu tampil memimpin parti itu. - Foto fail

SHAH ALAM: Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP 2022-2025 yang dipilih hari ini menyaksikan beberapa wajah baharu tampil memimpin parti itu.
Berikut senarai penuh Jawatankuasa Tertinggi Parti DAP 2022-2025:

Pengerusi Kebangsaan: Lim Guan Eng

Timbalan Pengerusi Kebangsaan: Gobind Singh Deo
Naib Pengerusi Kebangsaan: Nga Kor Ming, Chow Kon Yeow, Chong Chieng Jen, M Kulasegaran, Teresa Kok Suh Sim

Setiausaha Agung: Anthony Loke Siew Fook

Timbalan Setiausaha Agung: Liew Chin Tong, Sivakumar Varatharaju Naidu (dilantik), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (dilantik)

Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun

Penolong Bendahari Kebangsaan: Ng Sze Han

Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Sim Chee Keong

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Ng Suee Lim, Khoo Poay Tiong (dilantik)

Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Teo Nie Ching

Penolong Setiausaha Publicity Kebangsaan: Yeoh Tseow Suan, Ganabatirau A/L Veraman (dilantik)

Setiausaha Antarabangsa: Jannie Lasimbang

Penolong Setiausaha Antarabangsa: Kasthuriraani A/P Patto

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Wong Kah Woh

Penolong Pengarah Politik Kebangsaan: Wong Shu Qi

Ahli Jawatankuasa: Tan Kok Wai, Lim Lip Eng, Lim Hui Ying, Alice Lau Kiong Yieng, Chan Foong Hin, Liu Tian Khiew, Tan Hong Pin, Young Syefura Othman, Teo Kok Seong, Su Keong Siong, Wu Him Ven, Syahredzan Johan (dilantik)

Mentor Parti: Lim Kit Siang

Penasihat: Tan Kok Wai

Ketua Parlimen: Nga Kor Ming

Kata dah pencen.
 
FB_IMG_1647840923311.jpg

KONGRES KEBANGSAAN DAP KE-17 | Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu dalam sesi Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu, semalam.

Beliau akan dibantu oleh Liew Chin Tong, V Sivakumar dan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung.

Klik pautan di 'IG story' untuk tonton video atau tonton di YouTube Buletin TV3
 
Daripada 93 calon yang bertanding, Govind yang merupakan Ahli Parlimen Puchong mendapat undi tertinggi.
#malaysiagazette #DAP

Undi tertinggi, Gobind patut jadi Setiausaha Agung DAP?​

21 March 2022

MGF20032022_KONGRES-DAP-KEPUTUSAN-20-1.jpg

Pengerusi Kebangsaan DAP yang baharu, Lim Guan Eng (dua kiri) bersama Setiausaha Agung DAP yang baharu, Anthony Loke Siew Fook (tengah) dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP yang baharu, Gobind Singh Deo (dua kiri) bergambar selepas Kongres Ke-17 Parti Tindakan Demokratik (DAP) di IDCC Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2022.

PEMILIHAN pucuk pimpinan baharu DAP berjalan lancar semalam walaupun terdapat unsur dramatik dan emosi.
Dramatik apabila pemimpin veteran, DAP Lim Kit Siang mengumumkan bersara daripada politik selepas lebih 50 tahun memimpin parti itu.

Beliau menarik diri daripada bertanding Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP. Dia turut mengumumkan tidak akan menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya.

MGF20032022_KONGRES-DAP-22-1.jpg

Mantan Penasihat DAP, Lim Kit Siang selepas mengumumkan persaraannya dalam politik pada Kongres Ke-17 Parti Tindakan Demokratik (DAP) di IDCC Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2022.

Emosi menyelubungi suasana persidangan semalam sebaik Kit Siang mengumumkan persaraan sehinggakan pemimpin kanan, PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kelihatan mengesatkan air mata.

Pengumuman Kit Siang bukanlah satu-satunya unsur emosi yang menyelubungi Kongres Kebangsaan DAP kali-17 yang dihadiri 4,149 perwakilan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) , Shah Alam.

Anaknya, Lim Guan Eng turut membuatkan hadirin sebak.

Air mata Guan Eng yang mengalir ketika menyampaikan ucapan kali terakhir sebagai Setiausaha Agung DAP selepas 17 tahun mengemudi parti tersebut turut menyebabkan suasana hiba menyelubungi konvensyen berkenaan.

MGF20032022_KONGRES-DAP-35-2.jpg

Reaksi sedih Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa mengumumkan peletakan jawatan ketika berucap pada Kongres Ke-17 Parti Tindakan Demokratik (DAP) di IDCC Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2022.

Guan Eng perlu melepaskan jawatan kerana Perlembagaan DAP tidak membenarkan seseorang individu menjadi setiausaha agung lebih daripada tiga penggal.

Adakah pengaruh ‘dinasti Lim’ dalam DAP berakhir dengan persaraan Kit Siang dan undurnya Guan Eng daripada jawatan Setiausaha Agung DAP?

Govind Singh paling popular
Dalam pemilihan kepimpinan DAP yang bermula awal pagi dan keputusan diketahui pada pukul 8.00 malam itu, ternyata anak bekas pemimpin DAP mendiang Karpal Singh, Govind Singh Deo merupakan pemimpin paling popular.

Daripada 93 calon yang bertanding, Govind yang merupakan Ahli Parlimen Puchong mendapat undi tertinggi iaitu 1,782. Manakala Guan Eng pula menduduki tempat ke-8 dengan 1,311 undi.

Guan Eng bukan sahaja ‘ditewaskan’ oleh Govind tetapi juga oleh Chow Kon Yeow (1,641), Anthony Loke (1,625), Teresa Kok (1,373), Hannah Yeoh (1,346), Fong Kui Lun (1,341) dan Steven Sim (1,340).

MGF20032022_KONGRES-DAP-KEPUTUSAN-27.jpg

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP yang baru, Gobind Singh Deo melambai tangan selepas Kongres ke-17 Parti Tindakan Demokratik di IDCC, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2022.

Bagaimanapun mendapat undi tertinggi bukanlah bermakna Govind secara automatik akan dipilih menjadi pemimpin nombor satu dalam parti.

Sistem pemilihan pemimpin dalam DAP adalah berbeza berbanding parti-parti lain. Malah jawatan tertinggi DAP bukanlah presiden atau pengerusi tetapi setiausaha agung.

Anthony yang mendapat undi ketiga tertinggi dipilih sebagai Setiausaha Agung manakala Guan Eng pula dipilih sebagai Pengerusi Kebangsaan sementara Gobind dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan.

Menurut penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Prof. Dr. Sivamurugan Pandian, dari awal sudah dirancang bahawa Anthony adalah penganti Guan Eng.

“Dia bukan yang (mendapat undi) tertinggi akan dipilih. Itu bukan amalan DAP. Tetapi sudah menjadi satu konsesus dalam parti, mereka telah tentukan siapa akan menggantikan Guan Eng.

“Kerana pada asalnya pertembungan antara Anthony dan Nga Kor Ming. Tetapi kemudiannya saya rasa Kor Ming memberikan laluan dan beliau juga tidak mendapat kedudukan tiga tertinggi.

“Maka saya percaya pemilihan Anthony adalah berdasarkan kepada konsesus oleh 30 CEC yang dipilih. Mereka yang menentukan siapa yang akan menjadi pengerusi, timbalan pengerusi dan seterusnya,” kata Dr. Sivamurugan ketika dihubungi MalaysiaGazette.

MGF13112021_TEMUBUAL-KHAS-07.jpg

Prof Dr. Sivamurugan Pandian
Justeru walaupun Govind mendapat undi paling popular dalam kalangan perwakilan itu bukan bermakna dia akan mendapat jawatan tertinggi.

Pengaruh ‘dinasti Lim’ masih ada

Pengumuman persaraan Kit Siang dan pengunduran Guan Eng daripada jawatan setiausaha agung pula bukan bermakna pudarnya pengaruh ‘dinasti Lim’ dalam DAP. Dinasti Lim merujuk kepada keluarga Kit Siang.

MGF20032022_KONGRES-DAP-21_1-1.jpg

Mantan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bergambar bersama bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu selepas Kongres Ke-17 Parti Tindakan Demokratik (DAP) di IDCC Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2022.

Pengaruh keluarga itu dalam DAP tidak pudar, lebih-lebih lagi selepas Kit Siang diumumkan sebagai ‘mentor parti’ dalam konvensyen tersebut.

Guan Eng pula walaupun tidak lagi menjadi Setiausaha Agung namun beliau masih ada jawatan dalam parti iaitu sebagai Pengerusi Kebangsaan.

Seorang lagi dinasti Lim iaitu Lim Hui Ying turut terpilih menganggotai CEC DAP dengan 1,155 undi.

Hui Ying merupakan anak perempuan Kit Siang dan adik kepada Guan Eng. Hui Ying juga seorang Senator di Dewan Negara mewakili DAP.
“Sudah pasti pengaruhnya itu tidak boleh kita ketepikan walaupun sudah membuat keputusan persaraan, sebagai mentor saya rasa DAP masih akur kepada nasihat yang diberikan oleh Kit Siang,” kata Dr. Sivamurugan.

Tambah beliau, kedudukan keluarga Lim sedikit sebanyak akan membayangi kepimpinan Anthony sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu.

Namun beliau percaya, Anthony akan berusaha untuk keluar daripada pengaruh dinasti Lim.

“Walaupun Guan Eng adalah pengerusi lazimnya di dalam parti DAP setiausahalah yang memainkan peranan yang cukup besar dan bukannya pengerusi.

“Jadi, saya merasakan Anthony sudah pasti mahu keluar daripada dipengaruhi sesiapa. Walaupun dia akan mendapatkan nasihat daripada pengerusi, mentor pun masih lagi Kit Siang. Masih ada pengaruh keluarga Lim.

“Tetapi barangkali beliau akan bergerak sendiri untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada DAP agar menjadi parti pelbagai etnik yang diterima ramai,” kata Dr. Sivamurugan.

Anthony pemimpin sederhana DAP
Seperti ramai yang lain, Dr. Sivamurugan turut berpendapat Anthony adalah pemimpin DAP berperwatakan sederhana.
Ahli Parlimen Seremban itu dikenali sebagai pemimpin yang boleh dibawa berbincang termasuk oleh pihak lawan.

MGF20032022_KONGRES-DAP-KEPUTUSAN-18.jpg

Setiausaha Agung DAP yang baru, Anthony Loke Siew Fook selepas Kongres ke-17 Parti Tindakan Demokratik di IDCC, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2022.

Justeru beliau tidak hairan di bawah kepimpinan Anthony, DAP akan mengalami banyak perubahan pada masa depan.

“Saya rasa Anthony seorang pemimpin yang ada ketokohan dan kewibawaan dan sentiasa bersikap terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak.

“Atas dasar itu ramai yang melihat beliau salah seorang tokoh yang boleh membawa perubahan dalam parti DAP. Tokoh muda graduan dari UKM, memang boleh bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk pihak lawan.

“Sebagai generasi ketiga sudah pasti beliau harus menyesuaikan pimpinan dengan perubahan eko-politik semasa.

“Saya percaya beliau mampu melakukannya memandangkan beliau serasi dengan kedudukan politik hari ini,” katanya.
Apapun Anthony mempunyai tempoh sehingga 2025 untuk membuktikan kepimpinannya.

Mampuhkah beliau mengikis pengaruh ‘dinasti Lim’ dan membawa DAP mengharungi gelora pilihan raya umum yang akan berlangsung pada bila-bila masa.
Semua mata kini terarah kepada beliau. – MalaysiaGazette.

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

· 6m ·

Tahniah kepada Syahredzan Johan kerana dilantik dalam Ahli jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP walaupun kalah pemilihan.

Tak sia-sia jadi setiausaha uncle Lim Kit Siang.

Untuk rekod, terdapat 4 jawatan dalam CEC yang akan dilantik. Kebiasaannya, ia diberikan kepada mereka yang gagal mendapat undi dalam 30 ahli CEC yang dipilih oleh ahli DAP.

1647850709725.png
 
mgf20032022_kongres-dap-keputusan-18-jpg.474336

sebab YB ni lah kita boleh pakai cermin gelap.. :D
 
Kejap Gobind je Govind. Mana satu yang betul ni?
 
Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

· 2m ·

Mohon semua kuarantin dan buat saringan covid lusa atau tulat

Anthony Loke Siew Fook

16j ·

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua perwakilan DAP yang telah memberikan mandat kepada saya untuk terus berada dalam kepimpinan tertinggi parti.

Seterusnya, saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang telah melantik saya secara sebulat suara sebagai Ketua Parti selaku Setiausaha Agung DAP.

Dalam sistem pemilihan DAP, jawatan Setiausaha Agung merupakan "first among the equals" yang membawa maksud bahawa jawatan tersebut adalah kuasa ekskutif tertinggi dalam kepimpinan parti.

Pemilihan hari ini merupakan pembuka tirai era kepimpinan baharu dalam DAP yang rata-ratanya terdiri daripada generasi ketiga (3G) kepimpinan parti. Pimpinan 3G ini terdiri daripada saya, Gobind Singh, Nga Kor Ming, Liew Chin Tong, Chong Chieng Jen, Teo Nie Ching, Tengku Zul, Sivakumar, Ng Sze Han, Ng Sue Lim, Khoo Poay Tiong

Pimpinan generasi kedua (2G) DAP yang akan terus memberi sokongan kepada pimpinan baru ialah seperti Lim Guan Eng, Tan Kok Wai, Chow Kon Yeow, M. Kulasegaran, Teresa Kok dan Fong Kui Lun

Malah, Kongres hari ini juga telah memilih pemimpin generasi keempat (4G) dalam DAP seperti Steven Sim, Wong Kah Woh, Hannah Yeoh, Wong Shu Qi, Rara, Kasturi Patto, Alice Lau, Teo Kok Seong, Tan Hong Pin...

Kami berharap kepimpinan 3G ini akan membentuk pasukan teras (core team) yang akan memimpin DAP untuk 10 tahun yang akan datang dan apabila sampai masanya, generasi seterusnya pula bersedia memikul tanggungjawab untuk memimpin perjuangan parti.

Pendekatan kepimpinan (leadership approach) saya akan menekankan aspek inklusif dan konsensus. Segala keputusan penting dan hala tuju parti akan diputuskan melalui konsensus selepas perbincangan teliti dijalankan.

Perjuangan politik DAP pula akan terus berlandaskan kepada semangat dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kepentingan rakyat Malaysia daripada semua latarbelakang dan kedaulatan negara akan terus dipertahankan.

Kami sedar bahawa perjuangan politik DAP masih ada jalan yang panjang dan ruang yang luas untuk diperkembangkan. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mendekati rakyat untuk menyakinkan mereka bahawa perjuangan kami adalah ikhlas.

Aset yang paling penting dalam parti ialah bakat dan idealisme di kalangan ahli-ahli muda kita.

Selaku Setiausaha Agung, saya akan meneruskan tradisi parti untuk menyediakan peluang yang sebanyak mungkin untuk anak-anak muda dalam parti yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang kaum, agama dan gender untuk memaksimakan bakat kepimpinan mereka termasuk peluang untuk mewakili parti dalam pilihanraya.

Saya amat sedar bahawa jawatan Setiausaha Agung DAP adalah satu tanggungjawab yang sangat besar. Saya akan memastikan segala usaha untuk menjaga integriti dan kredibiliti institusi jawatan ini dengan sebaik mungkin.

Terima kasih kepada semua ahli dan penyokong DAP yang telah memberi kepercayaan kepada saya!

Salam hormat,
Anthony Loke
Setiausaha Agung DAP
21 Mac 2022

1647863787593.png

1647863796120.png

1647863803743.png
 
Back
Top
Log in Register