BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konflik Rusia-Ukraine: Kiev kerah robot darat lancarkan lebih 100 serangan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
3493432.webp

Pelancar grenad RPG-7 dipasang pada kenderaan darat tanpa pemandu semasa sesi ujian di Kiev pada minggu lalu.

KIEV - Konflik Rusia-Ukraine kini memasuki fasa lebih intensif apabila Kiev mula mengerahkan sistem robotik darat (GRS) untuk melancarkan lebih 100 serangan ke atas kedudukan musuh.

"Operasi tempur sistematik dilancarkan Briged Serangan Ketiga ini turut menyasarkan pasukan lawan dan markas mereka," menurut kompeni NC-13 yang pakar dalam penggunaan senjata baharu tersebut.

Tambahnya, sistem itu menggantikan unit infantri yang bertempur di barisan hadapan yang dapat meminimumkan kematian anggota pasukan tersebut.

"Kami turut melancarkan kira-kira lima hingga enam robot kamikaze untuk kempen serangan berskala penuh bersama-sama dengan sistem serupa yang dilengkapi modul tempur. Strategi ini berkesan kerana musuh akhirnya akur mahu berundur," jelasnya lagi.

Briged Serangan Ketiga dalam satu kenyataan mengesahkan operasi pertama dilancarkan pada musim panas 2025.

"Kami mengerahkan empat dron darat kawalan jauh yang setiap satunya membawa kira-kira 30 kilogram alat letupan. Ia berjaya mengebom kubu musuh di barisan hadapan setelah operasi dilakukan unit infantri sebelum itu gagal dan mengakibatkan banyak nyawa terkorban.

"Ia merupakan serangan robotik pertama di dunia yang berupaya menawan musuh tanpa penglibatan unit infantri," ujarnya.

Pada awal minggu lalu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengumumkan penggunaan robot darat memberi kelebihan kepada mereka untuk merampas kedudukan tentera Rusia di medan perang setelah kedua-dua negara bekas Kesatuan Soviet itu saling memperhebat serangan dron sejak beberapa tahun lalu. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register