BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Kondom Anti-Perogol Dicipta

notrexdame

Passed Away
gemgem
Messages
76,166
Paid Membership
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,166
Reaction score
63
Points
525


Uploaded with ImageShack.us

Kepada para perogol laknat diluar sana, mulai sekarang harap berwaspada. Untuk mengurangi jumlah angka kes rogol yang meningkat, Sonette Ehlers seorang wanita dari Afrika Selatan telah berjaya mencipta kondom wanita anti rogol.

dimana tujuan diciptakan kondom yang unik ini adalah untuk mencegah kes rogol kerana tingginya angka kes rogol yang terjadi didunia dan khususnya yang terjadi di Afrika Selatan.

Yang paling terbaik mengenai kondom ini ialah tugasnya menyepit zakar penyerang, melukai dan membuatnya tidak berdaya.

Alat ini tidak seperti kondom-kondom lelaki namun memang sekilas berbentuk seperti kondom biasa dengan berbentuk kantung dari Latex.


Tetapi kelainan kondom ini ialah ia terdapat duri-duri logam mikroskop yang menuju ke dalam, dan dipakai oleh seorang wanita dalam vaginanya seperti tampon. Apabila seseorang wanita itu diserang dan berlaku cubaan merogol, zakarnya akan masuk kantung latex tersebut dan tertusuk duri-duri.

Duri-duri itu akan menyebabkan rasa sakit dan diharapkan dapat memberi masa untuk mangsa untuk melarikan diri.

Kondom ini akan tetap melekat pada tubuh si penyerang dan hanya dapat dicabut melalui pembedahan kecil dan apabila situasi demikian berlaku, perogol tersebut akan terpaksa dibawa ke hospital. Di hospital perogol itu akan ditangkap.

Idea yang agak kreatif bukan?. Selain itu kondom ini berfungsi sama seperti kondom wanita biasa yang boleh mencegah kehamilan dan penularan penyakit berjangkit. Kondom ini diperkenalkan di Afrika Selatan, di mana banyak kes rogol terjadi.
 
mcm ni pun ada gak ker? nanti ko nak jual ke noty. kekekekek
 
heven kene pakai ni...

asyik kene rogol je masa friendly....
 
kepada perempuan2 yang nak kena tu, cakap kt perogol saya pakai kondom tu, sure tak jadi kena.
 
kepada lelaki2 kena berjaga2 jugak... buat lupa nak cabut, para lelaki yg bukan perogol yg teraniaya... hahaha
 
huyooo..bape hengget...tula..rejam xnk..rotan xnk...opprettt la gamaknye..
 
Back
Top
Log in Register