BTC USD 97,477.4 Gold USD 2,860.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info MILITARY - Rusia Hasilkan Senjata Anti Dron Dengan 24 Laras Senapang Patah & 7 Laras AK-47

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,194
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,194
Reaction score
7,151
Points
916
Awards
1
Amerika Syarikat, Israel dan UK sudah membangunkan senjata laser khusus untuk menangkis dron dan juga peluru artileri. Sistem laser dipilih kerana kos yang serendah secawan kopi untuk setiap “das” tembakan laser. Ketika tiga negara ini menggunakan teknologi digital terkini, Rusia menemukan jawapan kepada masalah serangan dron menggunakan teknologi analog yang sudah terbukti keberkesanannya.

Senjata-Anti-Dron-B-950x535.jpg.webp


Dalam video yang dokongi oleh Kementerian Perhutanan Rusia minggu lalu, dua sistem senjata baharu telah dibangunkan untuk menembak dron milik Ukraine. Satu daripadanya terdiri daripada 24 laras senapang patah yang dilengkapi peluru tabur. Sementara itu sebuah lagi sistem terdiri daripada 7 laras raifal AK-47. Kedua-duanya dipasang pada sebuah kereta Lada Niva yang digunakan oleh pasukan infantri Rusia di Ukraine.

Senjata-Anti-Dron-950x535.jpg.webp


Konflik Ukraine mendedahkan kelemahan sistem senjata uzur Rusia yang tidak direka untuk berdepan sistem dron moden yang sukar dikesan menggunakan radar. Saiznya yang kecil membuatkan ia hanya dapat dilihat ketika saat akhir sebelum menjatuhkan bom atau melakukan serangan kamikaze berani mati. Sebuah sistem kecerdasan buatan (AI) kini sedang dibangunkan oleh Ukraine dengan ia dilatih menggunakan rakaman video serangan dron sepanjang 228 tahun yang dikumpul sejak konflik bermula. Ia diharap kelak boleh digunakan dron untuk mengesan kehadiran musuh dan melakukan serangan sendiri.​
 
Back
Top
Log in Register