Assalamualaikum...
Bila belek-belek thread kat CG ni, rasanya ramai gak org Jawa. Jadi, untuk memeriahkan lagi thread-thread yang ada, apa kata tolong tambahkan post kat thread ni.
Maklumat yang mungkin boleh dikongsi bersama forumers CG yang lain berkaitan kaum Jawa di Malaysia ni dari segi suku kaum, dialek, daerah, adat yang rasanya best, dan tambah jer la sendiri apa yang patut.
Aku mulakan dengan diri aku :
Suku kaum : Ponorogo- bahasakan diri dgn 'aku', engkau/kau = kue, dia + dhe'(susah tul nak eja)- ni bahasa kasar dia, kalau yang halus dipanggil Jawa Boso (ni dah nak pupus dah)
Daerah : Sabak Bernam (Kg Batu 37 Darat) - satu kampung ni majoriti Jawa.
Adat yang best : 1)Kawin : Kejubus - dulu 4-5 hari sblm majlis bermula dah start kejubus. Buat khemah, cari buluh, angkat pinggan mangkuk, buat tempat cuci pinggan mangkuk, buat tempat memasak, cari daun pisang, dan banyak lagi..
2)Raya : Bara'an. Ni pun sama.. dulu 2 hari full, satu rumah dekat 15-20 minit, sekarang kalau ikut kata mak aku "mcm org mintak api nak masak" ~ kira sekejap sangat, baru nak duduk dah bangun balik.. hahahahahah.
yang lain nanti aku tambah..