BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Komunikasi Asertif Kunci Elak Penderaan, Krisis Kesihatan Mental Keluarga

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Komunikasi Asertif Kunci Elak Penderaan, Krisis Kesihatan Mental Keluarga​

1dccd7a5db6f1ed5b8cce4f6cd1711406a7d2e4ee0d29

Penolong Pengarah Kanan Unit Kaunseling dan Intervensi, Bahagian Kesejahteraan Keluarga LPPKN Rasidah Sulaiman

Amalan komunikasi asertif iaitu menyuarakan emosi dan keperluan secara jujur serta saling menghormati amat penting dalam mengelakkan krisis kekeluargaan seperti keganasan rumah tangga dan isu kesihatan mental.

Penolong Pengarah Kanan Unit Kaunseling dan Intervensi, Bahagian Kesejahteraan Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Rasidah Sulaiman berkata gaya komunikasi agresif atau pasif yang memendam perasaan sering menjadi punca konflik berlarutan dalam sesebuah rumah tangga.

Beliau berkata cabaran utama keluarga masa kini bukan sahaja kekurangan masa, tetapi juga cara berinteraksi yang semakin jauh berikutan penggunaan peranti elektronik yang menjejaskan perkongsian emosi dan fikiran secara mendalam.

“Komunikasi asertif ini bermaksud kita berupaya menyuarakan keperluan dan perasaan kita dengan jujur dan menghormati orang lain. Menerusi gaya ini, seseorang itu bukan sahaja menghormati hak dan perasaannya sendiri, malah turut menghormati hak serta perasaan orang lain.

“Amalan ini berbeza berbanding komunikasi agresif yang kerap memicu perkelahian serta keganasan rumah tangga, atau komunikasi pasif yang menyimpan perasaan sehingga menyebabkan konflik berpanjangan,” katanya ketika menjadi tetamu dalam episod ketujuh Podcast KASIH Lensa Keluarga terbitan Bernama TV dihoskan oleh Zahan Rashid malam tadi.

Menyentuh mengenai komunikasi bersama anak-anak remaja, Rasidah mengingatkan ibu bapa agar tidak menggunakan pendekatan nasihat secara terus atau memberi arahan terlalu ketat memandangkan golongan berkenaan lebih banyak belajar menerusi pemerhatian.

“Anak remaja tidak suka dinasihati secara terus atau diberikan arahan secara melulu. Mereka memerlukan ruang untuk didengari dan ibu bapa jangan sekali-kali membuat andaian awal.

“Contohnya jika anak enggan ke sekolah, elakkan menuduh mereka malas kerana di sebalik enggan itu mungkin wujud emosi lain seperti rasa takut, kecewa atau tidak selamat di sekolah,” katanya.

Bagi mengukuhkan ikatan kekeluargaan, beliau menggesa ibu bapa memperuntukkan masa berkualiti secara individu bersama pasangan dan setiap anak mengikut karakter masing-masing.

 
Back
Top
Log in Register