BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Komplot Kaki Microcontroller CG [ATMEGA/Arduino]

Yup memang variable dan diprogram tuk tindakbalas pada jarak tertentu. Akan tambah beberapa sensor lgi,led dan speaker tuk bunyi.Akan di upgrade sampai maksimum.he he

Bro,

1. Kenapa pakai Infrared, kenapa tak ultrasound?
2. IR tu datang dalam bentuk modul lengkap bersekali dengan MCU sendiri ke?
 
Jawapan:

1. Saja nak tengok kemampuan IR ni dulu, rasanya memang kena tukar ultrasound sbb jarak IR cuma 80cm jer, refresh rate x leh kurang dari 40ms.

2. Sharp IR distance sensor modul lengkap,cuma guna 1 pin analog input.
 
Nak tanya soalan bod0h sikit leh tak.. Kalau ikutkan taknak ler tanya tapi hati nih rasa cam tak puas hati kalau tak tanya... Itupun kalau otai2 leh jawab ler...

Nape board Aduino nih mahal sedangkan kalau MotherBoard biasa yg besar pun takde mahal camnih... Ikutkan dia gunakan semua material yg sama... malah microchips nyer lebih banyak dalam satu board....
 
Pasal harga ni susah nak cakap,mungkin dari segi pengeluaran motherboard komputer di buat dengan kuantiti yang banyak.

Tapi kalau dibandingkan dengan Development board lain seperti Basic Stamp, Arduino adalah jauh lebuh murah.

Mungkin kalau kita boleh buat di Malaysia dengan kuantiti yang banyak hrga boleh dikurangkan lagi.:)
 
Nak tanya soalan bod0h sikit leh tak.. Kalau ikutkan taknak ler tanya tapi hati nih rasa cam tak puas hati kalau tak tanya... Itupun kalau otai2 leh jawab ler...

Nape board Aduino nih mahal sedangkan kalau MotherBoard biasa yg besar pun takde mahal camnih... Ikutkan dia gunakan semua material yg sama... malah microchips nyer lebih banyak dalam satu board....

Economy of Scale.

Mainboard PC dihasilkan ratusan ribu keping per model.

Cuba periksa harga sekeping IC FTDI itu sahaja sudah berbelas dollar jika dibeli kuantiti runcit. Yang peliknya pembekal industri (Digikey, Mouser, Avnet) jarang mempunyai stok dalam kuantiti ribuan unit (kali terakhir saya periksa, dulu).

Untuk ATMEGA 328, paling murah boleh didapati dalam US2.50 tapi harus pesan dalam kuantiti ribuan keping.

Ada IC yang besar, tapi murah. Ada yang kecil, tapi mahal.

Untuk PCB pula, PCB kecil mempunyai offset harganya sendiri. Upah mengerat, belum masuk kerja mematah-matahkan board besar ke kepingan-kepingan identikal yang kecil, sudah agak signifikan.

Saya sendiri pernah timbang untuk kilangkan sendiri, tapi untuk mecapai kuantiti yang benar-benar menguntungkan diluar kemampuan modal saya. Lagipun belum ada pengalaman menjual, tidak tahu pasaran bagaimana.
 
Hmmm... agak relevan penerangan yg diberikan dimana ia tipikal kepada mana2 pengeluaran produk yg mana menitikberatkan kepada kuantiti.

Terima kasih diatas penerangan... Dan kepada Brickbob jugak....
 
pergghh aku dah ketinggalan zaman sehhh...apeke benda andriano tueee??? aku dulu pakai pic jerk kat final year project..nampak sgt aku duduk dlm tempurunggg...
 
Terimakasih Megat kerana membuat penerangan yang jelas lagi jitu.

Kepada Bro advanzato jika berminat sila hubungi saya, saya sedia memberikan harga yang betpatutan untuk bro.

Perlu saya terangkan di sini saya tidak berniat untuk berniaga dalam thread ni cuma memberi bantuan sekadar yang mampu.
Sekarang pun sedang dalam proses nego dgn pembekal supaya saya dapat harga yang lebih kompetitif supaya dapat dijual dgn harga kurang dari RM100. Insyaallah.
 
Seperti yang dijanjikan, Video tutorial arduino bahagian pertama.

Sila beri komen dan pandangan anda.

T kasih pada Megat yang memberi cadangan untuk membuat video ini pada awalnya dan sanggup meluangkan masa
untuk membantu.

http://www.youtube.com/watch?v=UPhpzLHnx8k
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register