Economy of Scale.
Mainboard PC dihasilkan ratusan ribu keping per model.
Cuba periksa harga sekeping IC FTDI itu sahaja sudah berbelas dollar jika dibeli kuantiti runcit. Yang peliknya pembekal industri (Digikey, Mouser, Avnet) jarang mempunyai stok dalam kuantiti ribuan unit (kali terakhir saya periksa, dulu).
Untuk ATMEGA 328, paling murah boleh didapati dalam US2.50 tapi harus pesan dalam kuantiti ribuan keping.
Ada IC yang besar, tapi murah. Ada yang kecil, tapi mahal.
Untuk PCB pula, PCB kecil mempunyai offset harganya sendiri. Upah mengerat, belum masuk kerja mematah-matahkan board besar ke kepingan-kepingan identikal yang kecil, sudah agak signifikan.
Saya sendiri pernah timbang untuk kilangkan sendiri, tapi untuk mecapai kuantiti yang benar-benar menguntungkan diluar kemampuan modal saya. Lagipun belum ada pengalaman menjual, tidak tahu pasaran bagaimana.