Komplot Kaki Microcontroller CG [ATMEGA/Arduino]

CG Sponsors




Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
Aku ada perasan seorang dua di dalam CG ni yang kaki MCU aliran Arduino. Apa kata kita berkongsi idea, projek, rujukan, pembekal dll.

Aku dengar ada budak CG yang buat penyelesaian MCU+GPS+GSM untuk pengesanan lojistik lori.

Geng-geng PIC pun dijemput sama memeriahkan majlis, tapi harap kekalkan haluan topik agar jangan menyasar dari teknologi Arduino (cip ATMEGA). Artinya besar hati saya/kami jika Tuan menyumbang pendapat dan nasihat dari segi litar dan penyelesaian masalah yang common antara PIC dan ATMEGA tanpa mengusulkan penyelesaian yang PIC total.

Ini kerana kami menggunakan Arduino kerana pendekatannya yang mudah. Learning Curvenya tidak menyesakkan kepala kami yang masih hijau ni. Tanpa perlu "Programmer" atau "Hex File", senang kata workflow jadi lebih ringkas.

Mencadangkan peralihan PIC nanti membuatkan kami pening.

Jom GODAM!
 
Sponsored Post

brickbob

Active Member
Joined
Nov 19, 2009
Messages
1,130
Reaction score
12
Points
25
Tima kasih Megat tuk mulakan thread ni.

Aku rasa tak ramai lagi yang perasan kat Arduino ni. Aku pun mula2 dulu guna Basic Stamp pastu PIC bila dah jumpa Arduino ni aku jadi Romeo plak......jatuh cinta....Keh keh keh..

Kalu ada sesapa nak penerangan ringkas dalam BM boleh lawat blog kat bawah ni...
 
Last edited:

the twelve

Active+ Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
3,064
Reaction score
23
Points
25
Salam.
Saya nak join boleh? Ilmu mmg zero. nampak menyeronok kan je..

Saya nak tau harga "Papan Pembagunan Arduino" berapa ek?
 

brickbob

Active Member
Joined
Nov 19, 2009
Messages
1,130
Reaction score
12
Points
25
nak tau harga tengok kat bawah. Software dan ebook boleh donlod dari situ.
cari je kat dalam tu suma dah siap.
 

brickbob

Active Member
Joined
Nov 19, 2009
Messages
1,130
Reaction score
12
Points
25
geng PIC leh join x?kekeke
Boleh je join. Ilmu untuk di kongsi...PIC ngan Arduino dua2 boleh program ngan C. Cuma Arduino open source jadi software memang free.Pendek kata Arduino ngan PIC ni macam Window ngan Linux.
 

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
Boleh je join. Ilmu untuk di kongsi...PIC ngan Arduino dua2 boleh program ngan C. Cuma Arduino open source jadi software memang free.Pendek kata Arduino ngan PIC ni macam Window ngan Linux.

bezanya kali ni, yang OS tu yang lebih mudah dipakai.

setakat ni apa projek korang dah buat?

aku baru sempat buat satu projek, sound-activated flash trigger untuk high speed photography. kalau ada masa aku share skematiknya.

aku mungkin balik johor tak lama lagi, jadi brickbob kalau ada rezeki jumpalah kita nanti. kau johor kat mana?
 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
Tima kasih Megat tuk mulakan thread ni.

Aku rasa tak ramai lagi yang perasan kat Arduino ni. Aku pun mula2 dulu guna Basic Stamp pastu PIC bila dah jumpa Arduino ni aku jadi Romeo plak......jatuh cinta....Keh keh keh..

Kalu ada sesapa nak penerangan ringkas dalam BM boleh lawat blog kat bawah ni...
:(:)(:)(:)(( baru skang aku jumpe ape yg aku nak..aritu masa aku nak guna sgt2,lgsg hampeh..last2 buat sendiri je,,,..hampeh jek team aku punya final projek..padahal nila yg kami cari selama ni...huhuhu:(( tp xpe..mana la tau nanti nak pakai,aku cari threat ni jek..tq sekalian :)cgrock
 

Megat Sri Rama

CG Top Poster Club
Joined
Aug 28, 2007
Messages
20,277
Reaction score
506
Points
161
Salam.
Saya nak join boleh? Ilmu mmg zero. nampak menyeronok kan je..

Saya nak tau harga "Papan Pembagunan Arduino" berapa ek?
Subjektif juga nih...

Arduino adalah nama pergerakan (Movement) yang mempromosi sistem Atmel ATmega yang menggunakan IDE Arduino. Papan pembangunannya ada banyak jenis :

Arduino Nano
Arduino Decimilla
Arduino Duemilanove
Arduino Mega
dll.

perlu diketahui arduino tidak tertakluk kepada "Arduino" rasmi sahaja, ada varian yang serasi dengan papan rasni :

Boarduino
Sanguino
Bare Bones Board (BBB)
dll.

Papan Pembangunan Arduino adalah sumber terbuka, sama seperti IDEnya. Skematik litarnya boleh didonlot. Jika terasa hendak buat varian, silakan.

Untuk pemula (beginner) saya saran beli Duemillanove. Jika dah biasa nanti baru beli BBB (murah dan padat).

Saya tak pakai Mega sebab cip MCUnya dipateri mati pada papan. Duemillanove pula cipnya hanya dipacak pada soket, jadi jika ada projek yang sama memang nak terus jadikan permanent, saya boleh cabut dan pindahkan cip MCU yang sudah diprogram ke dalam litar baru. untuk di PaPem Duemillanove saya akan pacak cip MCU baru yang masih dara.

pasal harga saya rasa harga di MYduino.com tu agak kompetetif. bolehlah beli di situ. lagi pun tak ramai yang jual barang Atmel di Malaysia.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register